30 December 2018

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

December 30, 2018 5 Comments
Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog. |  *this is sticky post until 11.59 pm on 30 Disember 2018. Please scroll below to read a latest entry. TQ!  

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, sekarang kita dan berada di pertengahan minggu kedua bulan Disember. Cepat ya masa berlalu kan. Tak lama lagi dah nak habis dah tahun 2018. Macam mana dengan tahun 2018? Mesti banyak kenangan tak pernah dilupakan kan. Betul tak? 

Oh ye, bersempena dengan ini, cikla nak melancarkan satu segmen bloglist untuk mencari blog-blog yang aktif duduk dalam bloglist cikla selama 3 bulan iaitu dari Januari hingga Mac 2019. Lama kan. 

Takpelah, cikla bagi can korang duduk lama sikit. Hehe... 

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

Macam selalu, cikla ada letakkan beberapa syarat mudah untuk korang join segmen ni. Ala, mudah je. Jom check syaratnya satu-satu. 

Syarat penyertaan utama yang sangat senang adalah seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback
  2. Follow g+ di SINI.
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Dalam entri itu juga, korang share lah sikit apa kenangan, pengalaman, cerita dan apa-apa saja yang berlaku sepanjang tahun 2018 ni pada diri korang ataupun orang sekeliling korang. Tak payah panjang-panjang, satu dua perenggan pun dah ok dah. 
  8. Lepas tu, korang tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  9. Settle! 

Segmen berlangsung dari  6 Disember hingga 30 Disember 2018 pukul 11.59 malam. Keputusan akan diumumkan pada 31 Disember 2018, InshaAllah. 

Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama 3 bulan. Tapi, kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua peserta akan masuk dalam bloglist. 

Pemilihan pemenang akan dibuat menggunakan khidmat random.org dan korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segmen ni sekarang. Mehlah join ramai-ramai. Support cikla ok! 

Selamat bersegmen korang! 

❤❤SENARAI PESERTA❤❤

16 December 2018

Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!

December 16, 2018 0 Comments
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, resepi asal guna biskut marie perisa kopi. Tapi, disebabkan cikla tak jumpa pun biskut tu dekat kedai, yang ada pun biskut marie perisa coklat. So, cikla onzz ajelah since bahan-bahan lain semua dah ada. Tukar nama dia ajelah, dari kastad tiramisu ke kastad coklat. Settle! Haha. 

Walauapapun, thanks pada tuan punya resepi share resepi senang dan sedap ini. 

Resepi kastad coklat sejuk. 

Jom tengok bahan-bahannya dulu. Check it out! 
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! 

Bahan-bahan :
1 tin susu pekat. 
1 tin susu cair. 
3 sudu makan gula aising. (Kalau korang suka manis, tambah je sukatan gula tu. Tapi, cikla rasa 3 sudu dah ok dah manisnya.)
11 sudu makan tepung kastad.
Air (Ikut sukutan 5 tin susu yang digunakan.)
Biskut marie perisa coklat (Kalau korang nak guna perisa kopi pun boleh). 
Milo dan garam secukupnya.

Cara nak buat pula :

  1. Dalam periuk yang sesuai, masukkan susu pekat, susu cair, tepung kastad, gula dan garam. Kacau sebati. 
  2. Selepas itu, letakkan periuk tersebut di atas api sederhana besar dan kacau bahan tadi sehingga menjadi pekat dan berkilat. 
  3. Tutup api dan sejuk kan sekejap. 
  4. Dalam bekas yang sesuai (cikla guna loyang je, korang boleh juga guna bekas kecil sikit senang nak makan kan), korang masukkan adunan kastad sebagai lapisan pertama. Diikuti dengan milo yang di tabur dan lapisan biskut marie. Ulang langkah tersebut sampai habis. 
  5. Bila dah siap, simpan dalam ice box semalaman. Memang sedap gila weh... Oh ye, kalau adunan kastad korang terlalu pekat, boleh cairkan sikit.

Inilah kejadiannya...

Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! 

Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! 

Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! 

Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! 

Tapi, memang sedap dimakan sejuk. Serius! Kalau nak tau sedap ke tak, kenalah cuba ye. Jangan lupa cuba tau!

Kredit : Solehah Yusoff

15 December 2018

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia.

December 15, 2018 1 Comments
8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. | Assalamualaikum wbt. Setuju tak kalau cikla cakap, kebanyakan orang akan bertukar karektor bila berada di atas jalan raya. Contoh terdekat adalah encik suami. Emmm, kalau tiba time hangin satu badan dia habis semua orang yang lambat bawa kereta dekat depan dia kena marah. Cikla dekat sebelah urut dada je. Bawa bersabar banyak-banyak ye. Asyik marah je, nanti cepat tua. Hehe.

Bagi cikla, bila memandu kita sebenarnya kena lebih banyak bersabar dalam pemanduan. Bukan apa, akibat dari ketaksabaran kita tu nanti menjadikan orang lain yang tak bersalah menjadi mangsa. Mangsa apa? Mangsa kecuaian kitalah!

Walaupun cikla ni tak tau memandu kereta, tapi tahu jugalah sikit-sikit mengenai peraturan jalan raya. Huhu!

So, cikla nak share dengan korang 8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Jom check, manalah tau tetiba kita termasuk dalam 8 tabiat itu... Haha. Haaa, kantoi sudah!

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. 

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. 

Pertama : Tak mematuhi lampu isyarat. 
Haa, kalau yang ni memang cikla selalu jumpa. Bila nampak lampu kuning, sepatutnya ready untuk stop kan. Bukannya makin tekan minyak. Bukan apa, malang tak berbau kan. Mungkin tabiat kita ni boleh menjadi punca kepada kemalangan. Cikla ingat lagi, dulu cikla pernah nampak kemalangan berlaku disebabkan oleh tabiat macam inilah. Lori kontena melanggar seorang penunggang motosikal yang nak jalan bila lampu hijau dilaluannya. Tetiba, lori tu boleh tekan minyak sebab nak kejar lampu isyarat. Padahal dah merah dah masa tu. Cikla tak tau pula apa nasib penunggang tu...

Kedua : Memotong di garisan berkembar. 
Kalau korang nak tau dan mungkin ada yang dah tau, garisan berkembar itu menandakan selekoh yang berbahaya ataupun lintasan kenderaan. Tapi, ada sesetengah pemandu main 'langgar' je. Kalau nasib tak naik, dah excident!

Ketiga : Berhenti di lorong kecemasan. 
Dah namanya lorong kecemasan, dah tentu ia digunakan semasa kecemasan saja kan. Betul tak? Lorong ini akan digunakan oleh ambulans atau bomba supaya mereka dapat sampai ke tempat kejadian secepatvyanv mungkin. Tapi itulah. Ada sesetengah orang yang suka sangat menyalahgunakan lorong ini sesuka hati. Sudahlah melambatkan perjalanan pihak berwajib untuk membantu mereka yang kesusahan, malah risiko kemalangan lagi terpaksa di hadapi. Huhu.

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia.
8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Kredit Google. 

Keempat : Tak mematuhi had laju. 
Cikla perasan, kalau dekat highway kan selalu ada tanda had laju yang mesti dipatuhi oleh pemandu. Sebenarnya, had laju ini bagus supaya ia menambah baik ke selamatkan pengguna jalan raya sekaligus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Akan tetapi, masih ada yang suka melanggar had laju. Dah macam litar lumba dah gayanya.

Kelima : Mengekori terlalu dekat. 
Haa, ini satu masalah lagi. Suka sangat follow dekat sangat dengan kereta depan. Cuba kalau kereta tu tiba-tiba brek mengejut. Tak ke berdentum. Huhu. So, amalkan peraturan 3 saat untuk mendapatkan jarak yang selamat.

Keenam : Tukar lorong secara tiba-tiba tanpa menggunakan signal. 
Uisshh, bahayanya kan. Bagi cikla, penggunaan signal memang penting supaya orang yang berada dibelakang kereta kita tahu yang kita mahu menukar lorong. Kadang-kadang kan, kita tak perasan pun adanya penunggang motosikal di kawasan titik buta pemandu. Iyelah, kita tak nampak kan. Kalau terus nak tukar lorong, mungkin boleh excident ooo...

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia.
8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Kredit Google. 

Ketujuh : Makan dan minum dalam kereta. Walaupun takde undang-undang khas yang melarang aktiviti makan dan minum semasa memandu, ia sebenarnya lebih elok dielakkan sebab perbuatan sebegini boleh mengganggu konsentrasi pemanduan korang. Manalah tau, time korang nak buka bungkusan makanan itu, mata asyik ralit tengok makanan tak pasal-pasal tumpuan hilang dan tangan teralih stereng. Allahu, bahaya kan!

Kelapan : Guna telefon bimbit semasa memandu. 
Kalau yang ni cikla rasa ramai je yang buat kan. Betul tak? Baik mengaku. Haha. Memanglah kadang-kadang kita memerlukan bantuan Google Maps atau Waze untuk membantu kita mencari lokasi tempat yang kita nak pergi, tapi elakkan dari berbalas mesej ataupun menjawab panggilan semasa memandu. Itu semua boleh dilakukan kemudian kan. Betul tak?

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia.
8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Kredit Google. 

Jom kita latih diri kita menjadi seorang pemandu yang berhemah demi keselamatan diri sendiri dan  orang lain...

Kredit Akhbar Sinar Harian.

14 December 2018

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

December 14, 2018 6 Comments
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya! | Assalamualaikum wbt. Since pak mertua cikla tak berapa sihat dan takde selera nak makan, cikla gigih jugalah nak masakkan something selain dari makanan berat nak suruh dia makan. Emm, mungkin nak juga dia jamah kan, at least takdelah perut kosong. Bertambah-tambah kembungnya nanti.

Sebelum ni cikla try buat apam gandum (nanti cikla share resepinya), alhamdulillah menjadi jugalah. Resepi apam gandum tu resepi mak. Tapi, itulah pak mertua cikla tak nak juga. Kali ni, cikla try buat apam nasi pula. Mungkin dia nak...

Jom check bahan-bahannya dulu.

Resepi apam nasi mudah dan sedap. 

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Bahan-bahannya :
2 cawan nasi. 
3 cawan air. 
1 cawan gula (Cikla guna gula aising. Kalau nak guna gula biasa pun boleh. Kalau korang suka manis lebihkan gula. Yang ni kira oklah, yang sedang-sedang je manisnya).
3 cawan tepung beras. 
1 cawan tepung gandum. 
1 peket mauripan (11 gm). 
Pewarna yang disukai. 
Kelapa parut secukupnya.

Caranya :
Kisar nasi bersama air dan gula sehingga halus. Ketepikan. Selepas itu, dalam bekas yang sesuai, ayak tepung beras bersama tepung gandum dan mauripan.

Kemudian, tuangkan bahan yang dikisar ke dalam bekas berisi bahan diayak. Gaul rata bahan-bahan itu. Selepas digaul, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut warna yang korang nak buat. Macam cikla, cikla bahagia kepada 3 iaitu hijau, pink dengan jingga (merah campur kuning). Tambahkan pewarna dalam bekas tersebut dan kacau sampai rata warna dia. 

Selepas itu, perap bahan tersebut kira-kira 1 jam. Lagi lama pun boleh kot, sebab cikla pernah baca ada yang perap sampai 3 jam. Korang tutup bekas berisi adunan tersebut semasa perapan. 

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Dah cukup masa perapan, korang tuangkan ke dalam acuan kesukaan korang. Cikla takde acuan yang bentuk cawan tu, yang ada acuan untuk jelly. Ala, belasah ajelah kan. Daripada takde. Hehe.

Tuang adunan tu jangan penuh sangat, agak-agak 3/4 bekas. Untuk buat corek-corek tu, cikla tuangkan lebihan adunan berwarna hijau dalam acuan yang berisi adunan berwarna pink. Itu yang kejadiannya rope itu... Hehe. Actually, ikut kreativiti korang juga... Pandai-pandailah korang nak corak-corakkan.

Dah siap isi, masukkan adunan tersebut dalam kukus dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga apam masak. Dah masak, biarkan sejuk sekejap sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kepala parut (kelapa parut tu korang gaul dengan garam sikit).

Inilah kejadiannya, kita kasi close-up sikit.

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri kan. Silalah cuba. Haha!

Kredit resepi SINI

13 December 2018

Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

December 13, 2018 2 Comments
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! | Assalamualaikum wbt. Cuti-cuti sekolah ni, cikla macam semangat sikit nak memasak. Bukan apa, bila anak-anak ada dekat rumah, dan sekarang musim hujan pula perut memang sentiasa lapar. So, ibu mereka ni hari-hari gigih cari resepi yang senang dan cepat di masak demi memenuhi selera anak-anak.

Sebenarnya dah lama cikla nak try masak nasi minyak. Cuma tak berkesempatan dan ingat macam susah nak masak. Rupanya, senang je. Google punya Google, cikla jumpa resepi nak masak nasi minyak yang senang. Thanks Sis Hawa sebab share resepi senang ni. Cikla dah cuba, memang sedap walaupun bahan yang digunakan tak banyak. 

Senang cakap, guna bahan asas je, dah sedap dah!

Resepi nasi minyak sedap dan senang nak masak.

Bahan ni cikla sesuaikan ikut keperluan cikla tau. Kalau korang nak tau resepi ada klik SINI.


Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Bahan-bahannya :
4 pot beras (dicuci dan ditoskan).
1 labu bawang besar (dimayang). 
5 ulas bawang putih (diketuk). 
2 inci halia (hiris panjang).
1 batang kulit kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji buah pelaga.
5 sudu besar planta (boleh guna marjerin biasa).
Minyak untuk menumis, air dan garam secukupnya.

Cara nak masak :
Dalam periuk nasi, panaskan minyak bersama planta. Selepas itu, tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau dan bawang kekuningan.

Kemudian, masukkan beras yang telah ditos dan gaul rata dengan bahan yang ditumis tadi. Padamkan api, dan masukkan air mengikut sukatan beras masing-masing. Taburkan garam secukupnya. Kemudian, masak nasi macam  biasa.

Sedia untuk dihidangkan. Nasi ni sedap dimakan bersama acar timun masak dan ayam sambal tomato.

Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Dalam gambar tu cikla saja letak pewarna merah dengan kuning. Saja, nak bagi ada warna-warni sikit. Tapi, kalau tak letak pun takpe. 

Selamat mencuba!


12 December 2018

Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!

December 12, 2018 3 Comments
Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123! | Assalammualaikum wbt. Sejujurnya, ini kali pertama cikla masak acar timun ni. Kebetulan, mak, abah dan adik-adik cikla datang, tak tau nak jamu diaorang apa. Tangan laju juga skrol resepi mudah dan sedap dekat Google. Tetiba, terpandang pulak resepi nasi minyak yang senang. Terus teringin nak cuba. 

Resepi nasi minyak tu nanti cikla share dekat entri lain ye. 

I tell you, rupanya senang je nak masak acar timun ni. Takdelah sesusah mana. Pada yang dah tahu buat, ok. Tapi, pada yang tak tahu dan tak pernah buat, jom cikla share resepi senang ni. 

Apa yang penting, sedap oooo... 

Resepi acar timun mudah dan sedap! 

Jom check bahan-bahan yang diperlukan dulu... 

Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!
Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!

Bahan-bahannya :
1 batang timun jepun (potong panjang).  
1 batang lobak merah (potong panjang). 
3 ulas bawang putih (belah 4).
1/2 biji bawang besar (dimayang).
3 sudu besar cuka.
1 cawan air.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
1 sudu besar cili giling.
1/2 sudu kecil biji sawi. 
Minyak untuk menumis serta garam dan gula secukupnya. 

Cara-cara :
Rendam timun dan lobal merah yang telah dipotong panjang di dalam air garam. Kemudian, dalam kuali yang sesuai, panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk kunyit dan cili. Kacau dan biarkan sampai wangi.

Selepas itu, masukkan air dan biarkan sampai mendidih. Bila dah mendidih, masukkan timun, lobak, cuka, garam dan gula secukupnya. Taburkan biji sawi. Masak sebentar, tapi jangan terlalu lama. Masaklah dalam 2-3 minit gitu. Kemudian, padamkan api dan bolehlah dihidangkan. 

Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!
Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!

Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!
Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!

Memang sedap acar timun ni, lebih-lebih lagi kalau di ratan macam tu je. Krup krap krup krap time gigit timun dengan lobak. Uiii, sedap weh! 

Kredit resepi my resepi.com 

Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah!

December 12, 2018 3 Comments
Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah! | Assalamualaikum wbt. Dua hari lepas, tak semena-mena jerawat seketul memunculkan dirinya dekat dagu cikla ni haa. Adoi, walaupun ia tak keluar secara berjemaah, yang seketul inilah boleh bikin hati tak tenteram. Apa taknya, bila tengok cermin nampak jerawat, bila raba-raba muka terpegang jerawat. Adoiii...

Memang tak senang dibuatnya!

Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah!
Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah! Kredit Google. 

Itu belum lagi kalau tiba masa sebelum datang bulan. Emm, memanglah. Cik jerawat ni kadang-kadang muncul sekali haa kau, dua ketul sekali. Lagilah mak stress nak!

Sebelum ni kalau cik jerawat muncul, memang cikla biar je dia kecut sendiri. Tapi korang faham-faham ajelah. Kalau dah tengok cermin tu, jari jemari mulalah nak merayap sana sini. Haaa, picitlah jerawat tu! 

Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah!
Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah! Kredit Google. 

Tapi, sejak cikla berkawan rapat dengan minyak urut moden MMG ni, rasanya masalah cikla dengan cik jerawat ni hampir selesai. Sebab apa? Sebab, kalau menjenguk je cik jerawat cikla cepat-cepat protect dengan minyak urut moden MMG ni. Senang je, just oleskan aje MMG pada jerawat tu. Dengan asbab minyak urut moden MMG, jerawat akan cepat kecut. Dan yang paling best, ia tak meninggalkan parut yang ketara. 

Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah!
Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah! 

Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah!
Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah! 

Senang cakap, hampir tiada parut.

Wow, yuhuuhuu... Ini sudah bagus. Rupanya minyak urut moden MMG bukan hanya untuk sakit lenguh, sendi, dan urat aje, untuk merawat jerawat pun boleh. Bestnya, memang multifunction minyak urut moden MMG ni. Sukanya saya...

Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah!
Guna MMG Massage Gel untuk kecutkan jerawat. Ehh, memang kecutlah! 

Say no to jerawat dah lepas ni!

11 December 2018

segmen bloglist "THE LITTLE FELLA'S".

December 11, 2018 5 Comments
segmen bloglist "THE LITTLE FELLA'S". | Assalamualaikum wbt  Jom join segmen ni. Siapa yang terpilih akan duduk dalam bloglist blog penganjur selama 5 bulan. Lama ooo. Nak join, macam biasalah. Klik banner di bawah.

segmen bloglist "THE LITTLE FELLA'S".
segmen bloglist "THE LITTLE FELLA'S". 

Segmen berlangsung sehingga 31 Disember 2018. Banyak lagi masa kan. Jom join ramai-ramai. Selamat bersegmen korang. 

Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!

December 11, 2018 4 Comments
Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya ini menu throwback. Kalau tak salah, cikla buat laksa ni minggu lepas kot. Bukan apa, hari-hari makan nasi, kadang-kadang macam jemu juga. Sesekali tukar selera best juga kan. 

Laksa sememangnya menjadi menu kegemaran cikla sekeluarga. Nak buatnya pun tak susah mana pun. Senang je. Bahan pun tak susah nak sediakan. Jom cikla nak tunjuk masak laksa cara cikla. Tapi, resepi ni cikla dapat dari mak. Kira resepi maklah ni... 

Resepi laksa senang dan sedap. 

Bahan-bahannya : 
1 peket laksa (dicelur dalam air panas nak ketepikan. 
1 kilo ikan sardin. 
1 kilo ikan kembung. 
Daun kesum. 
Asam keping. 
Garam dan perasa jika perlu. 

Bahan kisar : 
Segenggam cili kering. Kalau nak pedas, lebihkan. 
1 labu bawang besar. 
4 ulas bawang putih. 
1 kuntum bunga bunga kantan. 

Bahan hiasan : 
Timun jepun (potong panjang). 
Telur rebus (belah empat).
Cili merah (hiris). 
Limau nipis (belah dua). 

Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!
Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! 

Caranya :
Ikan dibersihkan, buang isi perut je. Cuci dan rebus ikan sehingga empuk. Keluarkan ikan dari periuk, kemudian asingkan isi ika  dari tulang dan kepala. Masukkan isi ikan dalam blender. Susu tulang dan kepala ikan tu jangan buang. Ada gunanya. 

Selepas dah siap asingkan isi ikan itu, masukkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan bunga kantan ke dalam blender yang berisi isi ikan tadi. Masukkan air rebusan ikan tadi ke dalam blender. Korang agak-agak sendirilah air tu. Asalkan blender boleh pusing nanti, oklah tu. Tambahkan asam keeping secukupnya. 

Blender isi ikan bersama bahan lain tadi sampai lumat. Kemudian, masukkan bahan yang dah sebati itu ke dalam blender. 

Haa, sis tulang dengan kepala ikan tadi korang masukkan pula ke dalam blender bersama sedikit air. Kemudian, blend sampai hancur. Selepas itu, keluarkan sisa tulang yang telah siap di blend, dan tapi untuk ambil airnya. Airnya itu korang campur dalam periuk berisi hasil blender tadi. 

Tambahkan air dan korang agak-agaklah kuahnya nak banyak mana. Biarkan kuah mendidih. Bila kuah mula mendidih, masukkan daun kesum bersama garam secukupnya. Sesuaikan rasa, dan biarkan kuah masak. 

Cadangan hidangan :
Masukkan sedikit laksa yang telah ditoskan tadi ke dalam mangkuk. Kemudian, letakkan di atasnya sedikit hirisan cili merah, telur rebus, timun jepun dan limau nipis. Last, curahkan kuah laksa yang pekat ke atasnya. Emmm, sedapnya. Marvellous!

So, kita close up lagi. Ini diaaa.... 

Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!
Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! 

Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!
Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! 

Macam biasa, nak tau sedap ke tak kenalah try sendiri. 

MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut.

December 11, 2018 2 Comments
MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut. | Assalamualaikum wbt. Mabuk laut? Walaupun bukan semua, tapi ada orang yang mabuk laut, betul tak? Macam cikla sendiri, ia bergantung kepada situasi jugalah. Baru ni, cikla first time naik feri pergi Pulau Pangkor. Kadang-kadang ok je, steady. Tapi, ada masanya rasa pening-pening lalat juga. Sebelum naik tu, risau juga takut uwek uwek dekat atas feri tu kang. Tak memasal, malu weh. Haha... 

MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut.
MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut. 

Ada juga cikla baca petua-petua nak hilangkan mabuk ni. Macam-macamlah. Ada yang cakap hidu limau, gigit cengkih dah paling senang telan je ubat mabuk.

Korang boleh je nak try petua tu semua, tapi kalau ditambah dengan oleskan minyak urut moden MMG, lebih owsem. Bukan apa, bau Lavendar minyak urut moden MMG ni sememangnya memberi ketenangan dan aroma darinya juga boleh membantu mengurangkan rasa pening, mual dan mabuk korang tu.

MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut.
MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut. 

MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut.
MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut. 

Macam cikla, sepanjang perjalanan dalam feri tu, memang minyak urut moden MMGlah menjadi peneman. Sesekali kalau rasa lain macam je, cepat-cepat hidu bau MMG. Ambil sikit, oleskan sikit dekat hidung... Emmm, selesa rasa. 

MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut.
MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut. 

Alhamdullilah... Korang pernah rasa mabuk laut tak? Share sikit... 

#MMGSuperOwsem #mmg #mmgbest #loya #mabuklaut #mabuk #mmgmassagegel #mmgterbaik

10 December 2018

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.

December 10, 2018 3 Comments
Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, marah adalah sifat semulajadi manusia. Rasa marah memang sukar nak dielakkan, lebih-lebih lagi kalau mereka itu memang seorang yang pemarah. Sebenarnya, rasa marah ini boleh dikawal kalau kena dengan caranya. Bukan apa, kalau kita ikutkan rasa marah ini, akhirnya orang pun rasa jelek dengan kita. Mana taknya, sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak marah. Pendek kata, asyik nak marah memanjang. Huhu. Lama-lama orang pun bosan dengan kita.

Apa kata kita try tip berikut. Walaupun bukan semua, tapi cubalah separuh. At least, bermanfaat juga kan. Jom check!

Tip mengawal kemarahan. 

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 


Cuba korang tarik nafas panjang, kemudian lepaskan perlahan-lahan supaya oksigen mulai masuk ke kepala dan ini membuatkan anda akan mula berfikir dengan lebih mendalam serta rasional.


Korang duduk dalam keadaan badan yang tegak, kemudian letakkan kedua tangan korang di atas paha dan genggam tangan dengan kemas. Selepas itu, buka dan genggam tangan korang dengan pantas sambil menarik nafas yang dalam. Kalau korang nak tau, ini akan membantu tubuh menjadi lebih relaks, sekaligus kemarahan juga akan semakin reda.

Korang perlahankan atau hentikan pergerakan supaya kadar degupan jantung korang dapat diturunkan.

Kendurkan dan regangkan otot-otot yang tegang akibat kemarahan melampau.

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.
Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini. Kredit Google. 

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.
Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini. Kredit Google. 

Berfikirlah secara rasional dan positif sebaik oksigen mulai masuk ke kepala. Berfikirlah dengan lebih membina dan kawallah kemarahan perlahan-lahan.

Korang tahu tak, yang membuat sedikit lawak jenaka pastinya buat minda korang menjadi lebih terbuka dan relaks. Keadaan ini secara tak langsung akan menjadikan kemarahan juga makin reda.

Beralihlah dari persekitaran dan sumber yang menyumbangkan kepada perasaan marah korang, kalau perlulah. So, tak salah kot korang keluar dari rumah, ataupun pergilah bercucuk tanam di luar rumah ke, tanam bunga ke, atau apa-apa sajalah. So, sudah pastinya buat mood korang akan menjadi semakin baik.

Kredit :  Majalah Keluarga.

09 December 2018

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.

December 09, 2018 2 Comments
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang. | Assalamualaikum wbt. Cikla mengaku, 3 penyakit ini senang berjangkit lebih-lebih lagi selsema. Kalau sorang dah kena, cepat benar berjangkit pada prang lain. Kalau orang dewasa bolehlah tahan lagi. Macam mana kalau kanak-kanak? Atau lebih sadis lagi baby?

Memang sangat kesian kan. Dengan hidung tersumbat dan hingus sentiasa mengganggu, confirm rasa tak selesa. Tidur pun tak lena. Kalau batuk pula, kesian asyik bunyi kahak je. 

Sebenarnya, selain dari ubat yang diberikan kepada mereka yang mengalaminya, apa kata korang cuba petua atau tip mudah ini untuk mengelakkan selsema, batuk dan demam dari berjangkit. Rupanya sangat mudah. Nak tau apa tu? 

Korang percaya tak kalau cikla kata korang guna bawang je. 

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang. 

Ada apa dengan bawang?

Kalau korang nak tahu, di dalam bawang, terkandungnya antioxidant yang tinggi. Apa yang mungkin korang tak percaya, bawang juga mengandungi kimia yang bersifat asidik yang berfungsi sebagai antibacteria.

Kalau korang potong bawang kan, mesti mata pedih rasa nak menangis, itu sebenarnya gas yang bersifat antibakteria yang dibebaskan oleh bawang tersebut.

Sebab itulah, bila korang letak bawang di tepi katil atau  berhampiran tempat mereka yang demam atau selsema, dia “nampak” membantu (melegakan) sebab bawang tersebut melepaskan gas antibakteria.

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang. Kredit Google. 

Tapi, sambil-sambil guna bawang tu, korang boleh juga oleskan minyak urut moden MMG secara nipis ke hidung, dada dan belakang badan anak. Ia ternyata berkesan memberi kelegaan sekaligus mengurangkan rasa tak keselesaan anak. Barulah anak boleh tidur lebih lena tanpa ganggu. Si ibu pun turut tidur lena juga.

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.

Kredit tip majalahpama.my


08 December 2018

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!

December 08, 2018 6 Comments
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! | Assalamualaikum wbt. Musim-musim cuti sekolah ni kalau anak-anak ada dekat rumah si ibu mulalah ligat berfikir apalah nak masak kan nak bagi anak-anak makan. Kalau boleh tak nak yang susah-susah sangat. Yang simple sudah. Janji sedap! 

Tempoh hari, tengah-tengah syok jejalan cuci mata dekat Facebook, ternampak orang share resepi cupcakes ni. Bila tengok dan baca bahan-bahannya memang sangat senang. Dan yang paling best, nak sediakan cupcake ni lagilah senang. 

Actually, resepi yang di share tu adalah resepi cupcake chipsmore. Tapi, cikla saja je tambah lagi satu perasa, kita try oreo juga. Resepi sama je, cuma tukar biskut je. 

Sedap tak, sedap tak! Hehe... By the way, thanks tuan punya resepi sebab share resepi senang gila ni. Senang kerja mak-mak. 

Resepi cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. 

Bahan-bahan : 
Biskut Chipsmore/Oreo 1 peket. 
Susu GoodDay 200ML (1 kotak kecik tu, tapi cikla pakai Dutch Lady).
1 sudu kecil baking powder. 

Cara-cara:
Biskut Chipsmore/Oreo dipecah-pecahkan. Tak hancur sangat pun takpe. Kasar-kasar sikit pun ok. Biskut Oreo tu campur sekali dengan krim dia. Kemudian, masukkan dalam blender. Selepas tuu, tambahkan susu coklat dan baking power ke dapat blender tadi. Blender bahan-bahan tersebut sampai sebati. 

Dah siap blender, masukkan dalam cupcakes yang disukai atau pun loyang pun boleh. Bakar dalam oven lada suhu 215°C selama 20 minit. Siap! 

Kalau korang nak kukus pun boleh, tapi korang kena panaskan kukus dulu sebelum adunan dimasukkan. Kukus selama 30 minit. Hasilnya, memang wow! 

Jom kita tengok hasilnya. Apa rupa cupcakes buatan cikla ni. Jadi ke idok! Haha... 

Versi Chipsmore. Haaa, ini diaa.. Siap retak seribu lagi haha... 
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Haa, ini pulak versi Oreo. Cun sikit dari Chipsmore tu. Hehe... 
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Kalau ikut tekak cikla ni, sejujurnya cupcakes versi oreo lagi sedap. Lebih moist dan cukup rasa manis semua. Cupcakes chipsmore sedap juga, tapi rasa kurang moist sikit dari oreo. Tapi itulah, tekak orang tak sama kan.. 

Nak tau sedap ke tak, moist ke tak kenalah buat sendiri. Hehe... 

Kredit resepi : Siti Aisyah Abu.






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.