Tip persediaan akhir menduduki peperiksaan.

By Cikla Shahril - November 13, 2018

Hari ini telah bermulanya musim peperiksaan SPM bagi tahun 2018. Anak saudara encik suami, 2 orang menduduki peperiksaan besar itu. Nervous, memanglah nervous

Orang cakap walaupun kita dah prepare dari awal dan buat sehabis baik, tapi gementar tu tetap ada kan. Teringat pula masa zaman cikla ambil SPM tahun 99 dulu. Memang penuh warna-warni dan kenangan. 

Rasa macam nak pergi balik je zaman tu. Rindu sangat!

Baiklah! Pada mereka mungkin merasa kurang yakin, risau dan dupdapdupdap nak jawab soalan periksa tu, tenangkan hati. Tarik nafas dalam-dalam dan fikir positif. Korang dan usaha sekuatnya, InshaAllah pasti dipermudahkan nanti.

Tip persediaan akhir menduduki peperiksaan.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Tip persediaan akhir menduduki peperiksaan. 

Untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa gundah gulana dalam hati tu, apa kata korang praktikkan tip berikut. Mana tau, tenang sikit jiwa dan masa menjawab nanti lebih yakin. 

Datang awal ke dewan peperiksaan.

Sebaiknya, korang datanglah 30 minit lebih awal sebelum peperiksaan bermula. Tapi, sebelum tu kenalah pastikan semua peralatan yang korang nak guna masa peperiksaan cukup, termasuklah slip kemasukan peperiksaan dan MYKAD. 

Jangan pula nanti, bila dah masuk dalam dewan, mulalah itu takde ini takde. Haru dibuatnya!

Rehat secukupnya.

Bagi cikla, ini penting! Biasanyalah kan, beberapa hari sebelum peperiksaan bermula mesti korang rasa risau, gementar, gabra dan sebagai. Nanti mulalah stress melanda diri. 

Ada sesetengahnya pulak, study last minute! Adoi, ni lagi bikin kalut. Study sampai larut malam padahal esok dah nak periksa tu.  

Akhirnya, korang akan rasa letih dan penat untuk menduduki peperiksaan. Lesu!

So, gunakan masa-masa genting ini untuk mendapatkan rehat dan tidur yang cukup menjelang peperiksaan. 

Oh ye, untuk menjadikan korang lebih relaks, korang boleh mengamalkan teknik pernafasan yang betul iaitu menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan supaya otak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. 

Barulah korang boleh berfikir dan menjawab  soala periksa dengan baik.

Think positive!

Untuk pengetahuan korang, berfikiran positif dikatakan mampu memberikan kesan baik kepada psikologi dan fizikal seseorang. Ini kerana, degupan jantung akan menjadi lebih baik dan suhu badan menjadi normal. 

So, ini akan menjadikan korang lebih yakin pada diri sendiri semasa korang nak menjawab soalan peperiksaan kelak. 

Tip persediaan akhir menduduki peperiksaan.
Tip persediaan akhir menduduki peperiksaan. Kredit Google. 

Jauhkan diri dari kawan yang negatif. 

Di saat-saat begini, sebaiknya korang elakkanlah diri dari mereka yang negatif. Bukan apa, takut nanti aura negatif mereka tu melekat pula dekat korang. 

Dari kita cool, relaks dah jadi cemas pulak bila asyik mendengar luahan hati kawan-kawan yang meluahkan rasa takut, cemas dan sebagainya. 

Itu belum lagi bila kita tengok riak muka mereka yang negatif ini bila keluar dari dewan peperiksaan selepas selesai menjawab. Siap riak muka takut sebab tak jawab soalan sebaiknya. 


Tak pasal-pasal kita pun rasa macam tu juga padahal sebelum tu dah confident dah! Kacau emosi weh!

Sentiasa menjaga perhubungan dengan Allah SWT.

Sebenarnya, inilah perkara yang paling penting. Jangan nanti asyik busy study sampaikan lupa solat dan berdoa pun tak bagus juga. Ia kena seiring. Itu sebab orang cakap, usaha, doa dan bertawakal. 

Paling bagus, korang banyakkan membaca Al-Quran serta melakukan solat-solat sunat sebagai extra usaha korang supaya dipermudahkan dalam menjawab soalan nanti seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. 

Jangan lupa bersedekah juga ya sebab kalau kita suka menolong orang yang di dalam kesusahan, InshaAllah Allah juga akan membantu korang beroleh apa yang korang harapkan.

Pada semua adik-adik yang akan menduduki peperiksaan, cikla ucapkan All the best, dan semoga dipermudahkan urusan ya!

Kredit Pegawai Psikologi UPM, Hairunisah Abdul Rahman.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments