Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.

By Cikla Shahril - November 28, 2018

Sejujurnya, ini pertama kali cikla membeli minyak zaitun dan ingin mencubanya sebagai supplement. Cikla bukanlah pengamal supplement tegar, tapi saja nak try keberkesanan minyak ini untuk kesihatan. 

Masa beli, seriously cikla main ambil je. Tengok, tulis minyak zaitun terus sambar. Haha. Balik rumah baru, belek botol.

Musykil dan tak berapa nak tau macam mana penggunaan minyak ini, cikla pun mulalah misi mencari info. Apa lagi kalau bukan encik Google. Hehe. 

Cikla ada juga bertanya pada kawan-kawan yang telah menggunakan minyak zaitun ni.

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Minyak zaitun atau nama orang putihnya olive oil adalah ekstrak minyak yang diperolehi dari buah yang berasal dari pokok zaitun atau Olea Europaea. 

Pokok zaitun biasanya ditanam di kawasan Mediterranean seperti di Timur Tengah, Itali, Spanyol, Yunani, dan negara lain yang sewaktu dengannya. 

Rasanya semua dah tahu kot yang minyak zaitun memang sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikannya.

Untuk pengetahuan korang, minyak zaitun mengandungi pelbagai nutrien yang baik seperti squalene iaitu cairan eter organik yang sangat bermanfaat kepada sistem imun badan manusia. 

Selain itu, ia juga kaya dengan zat besi, kalsium, potassium, dan polifenol iaitu zat antioksidan yang bagus menangkis radikal bebas dalam badan kita.

Berikut merupakan kebaikan minyak zaitun secara umum (Sumber SINI ) :

  • Bagus untuk kecantikan seperti memberi kelembapan kepada kulit, mencegah penuaan, anti inflamasi, menghilangkan jerawat dan sebagainya. 
  • Selain itu, ia bagus dalam usaha melebatkan rambut dan amat sesuai dijadikan losyen atau minyak rambut semulajadi. 
  • Dalam aspek kesihatan pula, ia bagus untuk mengawal darah tinggi, mengandungi kolesterol baik, mencegah kanser dan strok. 
  • Ia juga turut dijadikan minyak aromaterapi dan juga untuk sesetengah urutan badan serta campuran dalam masker.

Sebenarnya, cikla baru tau yang minyak zaitun ni ada jenis-jenisnya. Ingat dia satu jenis je, rupanya ada beberapa jenis. Nak tau? Jom baca satu-satu, ok!

Minyak extra virgin adalah minyak zaitun yang berasal dari perahan pertama buah zaitun. Ia mengandungi jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, di samping tak mempunyai bahan kimia tambahan,  jernih, lembut dan kandungan asidnya kurang dari 1 %. 

Selain itu, ia berwarna kehijau-hijauan dan memiliki rasa dan aroma yang lebih tajam. Cikla dah rasa dah minyak zaitun extra virgin ni. Pahit!

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Ada tip untuk mengelakkan rasa tak best tu iaitu  dengan menelan sesudu madu lebah selepas minum minyak ini. Tapi cikla minum air suam je. 

Untuk pengetahuan korang, minyak zaitun extra virgin sangat sesuai untuk dressing, direnjis pada salad atau makanan, dan yang paling menarik adalah ia boleh dicelupkan pada roti. Makan cam gitu je.

Tidak dinafikan juga, ada sesetengah orang menjadikan minyak zaitun extra virgin ini sebagai supplement kesihatan yang mana ia dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kolestrol jahat atau LDL dan sebagainya. Ia juga baik untuk kesihatan kulit juga. 

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Tapi, korang kena ingat minyak ini tak sesuai dan tak elok untuk menumis atau menggoreng kerana kurang minyak. Harganya agak mahal. Jenis-jenis minyak zaitun yang lain ya adalah seperti berikut :

  1. Minyak virgin yang mana ia diperolehi dari hasil pengeluaran dan pengolahan tahap kedua buah zaitun. Ia memiliki tingkat keasidan yang kurang dari 2%, dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama. Minyak virgin berwarna hijau kekuningan. Berbanding dengan minyak zaitun extra virgin, minyak ini boleh digunakan untuk memasak, termasuklah membuat dressing untuk salad, dan sebagainya.
  2. Minyak zaitun pure, yang mana ia adalah campuran dari refined olive oil dan virgin olive oil. Malangya, kandungan nutrisinya lebih rendah. So, ia akan melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya. Sebab itulah, harganya pun lebih murah. Akan tetapi, minyak ini tak sesuai untuk dijadikan dressing salad. Ia biasanya digunakan sebagai pengganti minyak untuk menggoreng terutama dalam masakan Itali.
  3. Minyak zaitun extract/refined. Minyak ini dihasilkan dari perahan pertama, tapi ia diproses secara kimia bagi memperbaiki kualitinya. Penambahan zat kimia adalah untuk meneutralkan rasanya yang kuat dan kadar keasidannya yang tinggi. Bagi memperkuatkan rasa minyak ini, minyak zaitun jenis virgin akan ditambahkan ke dalamnya.
  4. Minyak zaitun jenis fino adalah hasil campuran extra virgin dan virgin.
  5. Minyak zaitun jenis pomance merupakan minyak zaitun gred paling rendah. Ia dihasilkan dari minyak yang  tersisa dari proses perahan kedua yang  diproses kembali. Selain itu, ia dicampur dengan berbagai variasi jumlah minyak virgin supaya boleh diterima oleh pengguna. Sebab itulah, ia biasanya digunakan dalam kosmetik, shampoo, sabun dan sebagainya. Akan tetapi, ia juga digunakan untuk memasak pada suhu tinggi.
  6. Minyak zaitun lite /extra lite yang mana ia terhasil dari banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti virgin oil. Kualitinya lebih rendah dengan rasa dari minyak ini ringan dan berwarna cerah.

Perbualan antara cikla dengan sahabat cikla mengenai minyak zaitun. Kumpul info! 

Oh ye, untuk mengekalkan minyak zaitun, penutup botol perlulah ditutup rapat-rapat selepas digunakan. 

Selain itu, letakkan botol berisi minyak zaitun di tempat yang terlindung daripada cahaya sebab cahaya  dan haba boleh merosakkan keaslian minyak zaitun. Lagi satu, kawan cikla cakap kalau nak beli minyak zaitun seeloknya yang berbotol gelap.

Lagi satu, olive oil tak sesuai untuk menumis atau menggoreng jika digunakan dalam kuantiti yang banyak sebab ia mudah terbakar. 

Kalau dicampur dalam masakan (extra virgin/virgin) pun boleh tapi kuantiti sedikit. Sauté (tumis cepat) more preferably!

Kredit SINI 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. oh, nasib baik baca yang ni. kaella biasa guna minyak ni untk tumis sayur and etc. bubuh dekat salad pun sedap juga.

    ReplyDelete