Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap? Jom cuba resepi ini.

By Cikla Shahril - November 10, 2018

Pagi-pagi dah share resepi ehhh. Haha. Takpelah. Mana tau korang nak buat breakfast kan.  Cikla rasa resepi kuih sagu adalah resepi paling senang nak buat sebab kaedahnya sagu hanya perlu dikacau di atas api sederhana besar bersama air secukupnya sampai masak. Rasanya semua orang tau buat kot.

Kalau sebelum ni cikla try buat kuih sagu yang makan dengan kelapa parut tu, kali ni cikla try buat sagu gula melaka pula. So, apa lagi. Dengan pantas pergi ke Google, nak cari resepi sagu gula melaka yang paling senang. Akhirnya, jumpa juga. Hehe.

Cikla dah try buat semalam. Alhamdullilah, menjadi jugalah. Apa yang penting, ia sedap dan memang kena dengan tekak cikla. Ye, yang paling mustahak kena dengan tekak sendiri. Haha. Korang nak try buat sendiri tak? Meh cikla share resepi. Sebelum tu, thanks kepada tuan punya resepi Surianti Ramli sebab share resepi yang super duper senang gila ni.

Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap? Jom cuba resepi ini.
Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap? Jom cuba resepi ini. 

Jom kita tengok bahan-bahannya dulu ye. 

Bahan untuk sagu :

1 cawan sagu (dialirkan dengan air bersih dan toskan). 
3 cawan air. 
Pewarna sirap ros (ikut suka berapa titis korang nak letak). 

Bahan untuk buat gula melaka :

1 ketul gula melaka. 
1 cawan air. 
1 helai daun pandan (disimpul). 

Bahan untuk kuah :

1 tin susu cair. 

Cara nak buat langkah demi langkah.

Untuk membuat sagunya, dalam periuk yang sesuai didihkan air kemudian masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Selepas itu, masak dan kacau campuran tersebut di atas yang api yang perlahan. Campuran tersebut mestilah sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Bila dah masak, sejukkan ia di dalam loyang.

Untuk buat gula melaka, masak kesemua bahan sehingga gula melaka mencair sepenuhnya dan menjadi pekat. Pastikan ia dimasak di atas api yang perlahan ye. Bila dah siap, sejukkan. Oh ye, susu cair tak payah masak. Boleh terus guna. Tapi, kalau korang nak guna santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam pun boleh. Sedap juga.

Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap? Jom cuba resepi ini.
Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap? Jom cuba resepi ini. 

Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap? Jom cuba resepi ini.
Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap? Jom cuba resepi ini. 

So, sekarang cikla nak share cara penyediaannya pula. Bagi cikla, presentation sesuatu makanan tu penting supaya bila orang tengok, tak sabar nak makan. Haha. Mula-mula, sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas yang disukai. Selepas itu, tuang gula melaka yang pekat. Kalau korang suka rasa yang manis, bolehlah letak banyak sikit gula melaka tu. Last, tuangkan  susu cair (atau santan) perlahan-lahan. Bila dah siap, sejukkan dulu di dalam peti ais untuk lebih sedap. Sedia dinikmati.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments