Mari berpantun : Kaitan garam dan low diet iodin (LID).

By Cikla Shahril - November 08, 2018

Bagi mereka yang pertama kali menjalani low diet iodine bagi untuk RAI kanser tiroid mesti agak keliru garam manakah yang boleh digunakan sepanjang 2 minggu berpantang sebelum minum iodin. 

So, usaha untuk bagi mereka ini faham mengenai perkara ini, dengan kegigihan yang jitu cikla karangkan beberapa rangkap pantun berkaitan dengan permasalahan ini. Hihi. 

Semoga dengan cara ini mereka akan memahami dengan lebih baik hendaknya. InshaAllah. Mari kita Mulakan sesi berpantun kita. Hehe. 

Mari berpantun : Kaitan garam dan low diet iodin (LID).
Gambar diubahsuai dari carian Google. Mari berpantun : Kaitan garam dan low diet iodin (LID). 

Ambil bakul mahu ke pasar, 
Singgah membeli sekeping murtabaq, 
Cerita garam menjadi popular, 
Jangan risau, meh sini cheq nak habaq.

Ambil galah nak jolok mempelam, 
Sesudah digolok letak dalam kotak, 
Bila nak rai, mulalah timbul pasal garam,
Macam mana nak kenal garam beriodin ke tak.

Bila nak hujan memekak si katak, 
Katak berkuak hilangkan bosan, 
Kalau nak tau garam beriodine ke tak, 
Biasa di tulis di luar bungkusan.

Nyamuk menggigit di tepi kening, 
Cari syiling nak buat tambang, 
Kalau nak rai, janganlah pening, 
Guna garam murah yang jenis timbang.

Daun bunga di buat jaram, 
Kepala pening, duduk di titi, 
Orang tak rai, janganlah sibuk nak bergaram,
Makan saja garam yang berkenan di hati.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. pandai cikla berpantun.. hehe

    ReplyDelete
  2. wah tuan blog mula berpantun

    jalan-jalan singgah ke sini
    terbaca blog mari berpantun
    cerita garam disana sini
    harap darah tinggi bolehlah turun

    ReplyDelete
  3. wah kreatif sangat. siapa sangka dengan garam ja, boleh berpantun yg sangat menarik ^_^

    ReplyDelete
  4. lama betul tak berpantun ni. hahaha

    ReplyDelete
  5. alamak teringat dulu pernah masuk pertandingan berpantun ni..modal dia pergi ke kedai membeli bla bla bla hahahhaaa...
    geli hati bila teringat..
    btw done following u..jemput singgah my blog ya

    ReplyDelete