Mahu membeli domain dan web hosting yang murah dan berbaloi? Apa kata korang guna perkhidmatan dari IDwebhost.com.

By Cikla Shahril - November 09, 2018

Cikla tengok semakin ramai rakan-rakan blogger yang telah bertukar domain dari domain percuma kepada domain berbayar. Baguslah kan, sekurang-kurangnya korang yakin dengan kemampuan dan performance blog korang. Cikla respect tu!

Bagi cikla sendiri, sejujurnya cikla masih belum berapa nak yakin untuk menggunakan domain berbayar ni. Buat masa ini, cikla masih selesa dengan domain blogspot (sudah tentu percuma kan). InshaAllah, akan datang nanti tak tahulah. Bila performance blog dan kuku dan mantap, cikla pasti akan bertukar domain juga. Doa-doakanlah ye!

Sebenarnya, cikla ada juga terbaca tentang kelebihan kalau kita menggunakan domain berbayar ni, dan segala kelebihan ini memang cikla tak nafikan. Cuma itulah, masanya belum tiba lagi. Hehe! So, korang nak tau tak apa kelebihannya? Jom baca sampai habis, manalah tau lepas korang baca terbuka hati pula nak bertukar domain kan. Apa yang penting kena yakin pada kemampuan diri sendiri dan blog juga. InshaAllah, berjaya!

Mahu membeli domain dan web hosting yang murah dan berbaloi? Apa kata korang guna perkhidmatan dari IDwebhost.com.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Mahu membeli domain dan web hosting yang murah dan berbaloi? Apa kata korang guna perkhidmatan dari IDwebhost.com.

Di sini cikla senaraikan 3 kelebihan jika korang menggunakan domain berbayar, iaitu :

Blog atau web lebih mudah diingati.
Iye, memang tak dinafikan bila korang menggunakan domain berbayar, contohnya  dot com, namanya akan lebih mudah diingati sebab lebih pendek dan ringkas. Contohnya, macam blog cikla ni lah. Kalau guna domain sekarang kan ciklapunyabelog.blogspot.my. Panjangkan, jika dibandingkan dengan ciklapunyabelog.com. Haa, lebih pendek... Hehe. InshaAllah, ia pasti ditukar juga.

Kita mempunyai hak sepenuhnya ke atas blog kita.
Sakit hati kan bila entri yang kita penat-penat karang, fikir sampai nak pecah selebrum, tetiba ada orang ambil sesuka hati letak dekat blog dia. Sudahlah ambil tanpa izin, lepas tu tak letak Kredit pulak. Memang panas hati oiii. Jujur, cikla memang telah mengalami keadaan macam ni. Apa apa kan daya, belum ada rezeki nak bertukar ke domain berbayar. Kalau dah tukar, lepas ni segala isi blog adalah kita punya hak sepenuhnya ke atas blog. Orang lain tak boleh copy paste sesuka hati.

Bangga menggunakan jenama sendiri dan nampak lebih professional.
Maaf, cikla bukan nak cakap mereka yang tak menggunakan domain berbayar ini tak professional tapi bila kita menggunakan domain berbayar mungkin ini akan menyebabkan  para pengiklan tertarik dan berminat untuk menggunakan blog kita sebagai platform mereka mempromosikan produk dan servis mereka. Macam cikla, cikla akuilah kalau bab pengiklan di blog cikla ni agak suam-suam kuku  juga. Emm, tapi tak  apalah. Rezeki ada di mana-mana kan.

Selain itu, bila kita gunakan domain berbayar, kita akan menggunakan jenama kita sendiri sebab setakat ni cikla tak pernah jumpa ma blog yang sama. Disebabkan itu, bagi cikla lain blog, lagi keistimewaannya. Betul tak? Bagi mereka yang berniaga online, memang bagus kalau guna domain berbayar. Pendapat ciklalah! 

Rasanya cukuplah dulu dengan 3 kelebihan tu kan. So, macam mana? Rasa terbuka hati nak bertukar domain ke? Takpe, takpe. Tepuk dada, tanyalah diri tu.

IDwebhost.com? Apa tu? 

IDwebhost.com adalah sebuah perkhidmatan atas talian yang menyediakan servis pembelian domain dan hosting termurah. So, kalau korang rasa nak bertukar domain apa kata korang guna perkhidmatan dari IDwebhost.com. Apa pula IDwebhost.com ni? Haa, meh sini cikla cite sikit pasal ni. Cikla percaya semua orang nak mencari sesuatu yang murah tapi berbaloi kan. Betul? Begitu juga dalam pencarian domain dan web hosting yang sebegitu. Mana lagi nak cari kalau bukan di IDwebhost.com.

Mahu membeli domain dan web hosting yang murah dan berbaloi? Apa kata korang guna perkhidmatan dari IDwebhost.com.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Mahu membeli domain dan web hosting yang murah dan berbaloi? Apa kata korang guna perkhidmatan dari IDwebhost.com.

Apa kelebihan IDwebhost.com yang korang kena tahu tahu?

  1. Harga dijamin termurah dan terendah. 
  2. Domain .com percuma dan SSL secara percuma selama-lamanya.
  3. Mendapat layanan tip top, 24/7 tanpa had! 
  4. 99.9% Jaminan Uptime.
  5. Akses Web 40x Lebih Cepat. 
  6. Backup Cloud Dedicated, free of charge! 
  7. Jaminan 30 hari wang dikembalikan kalau korang tak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Tanpa syarat! 

So, mengapa tidak menggunakan perkhidmatan IDwebhost.com ni kan bila kita dah tahu berbagai kelebihan yang akan kita dapat nanti. Untuk lebih info, termasuk promosi dan sebagainya korang boleh pergi ke link berikut.

Official Web mereka : IDwebhost.com 

Kredit Info SINI, SINI 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Samalah cikla teringin juga nak ada domain nie , tapi MN masih baru lagi dalam dunia blogging nie jadi belum sampai lagi masa lagi

    ReplyDelete
  2. samala..masih tak yakin lagi nak guna.com tu.haha

    ReplyDelete