Kenapa pengidap hipertiroid tak digalakkan mengambil ubat carbimazole dalam tempoh yang lama?

By Cikla Shahril - November 04, 2018

Semua pesakit tiroid tak kiralah sama ada mereka hyper atau hypo macam cikla, mereka mesti mengambil ubat sesuai dengan apakah yang mereka alami. Kalau pengidap hyper mereka kena ambil ubat carbimazole, manakala untuk pengidap hypo mereka perlu mengambil levothyroxine atau thyroxine. 

Lainlah, kalau mereka tidak mengalami sebarang masalah hormon, mereka tak perlu mengambil sebarang ubat. Walaupun mereka ada mempunyai bengkak di leher.

Persoalannya, adakah ubat-ubat yang diambil ini memberi kesan sampingan khasnya kesan yang tak elok kepada pengidap itu sendiri? 

Haaa, inilah yang cikla nak share dengan korang semua terutama pesakit tiroid yang mungkin selama ni tak tahu pun pasal ni.

Pengidap hipertiroid tak digalakkan mengambil ubat carbimazole dalam tempoh yang lama? Betul ke? 

Kenapa pengidap hipertiroid tak digalakkan mengambil ubat carbimazole dalam tempoh yang lama?
Gambar diubahsuai dari carian Google. Kenapa pengidap hipertiroid tak digalakkan mengambil ubat carbimazole dalam tempoh yang lama?

Iye, memang betul. 

Ini kerana, carbimazole yang diambil dalam tempoh yang lama akan menyebabkan penurunan sel darah putih. Sebab itulah, ia tak digalakkan! 

Mungkin korang tak tahu, kita akan mudah dapat  penyakit lain bila sel darah putih kita rendah. 

Untuk menyelamatkan pengidap dari keadaan bahaya langkah terbaik adalah dengan RAI supaya pengidap menjadi normal atau menjadi hipotiroidi. 

Kalau pengidap menjadi hipotiriod, mereka perlu mengambil pil penggantian hormon tiroid, iaitu levothyroxine. Tapi, jangan risau, levothyroxine tidak ada kesan sampingan walaupun ia diambil seumur hidup dan jika diambil dalam dos yang betul. 

Ini kerana, levothyroxine itu hanya menjadi pengganti kepada kelenjar tiroid yang dah tiada akibat dari pembedahan total thyroidectomy atau menjadi hypo disebabkan RAI untuk menghasilkan hormon.

Kredit Facebook page Tiroid dan Anda Ori.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments