Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya.

By Cikla Shahril - November 22, 2018

Baru-baru ni cikla belajar buat kek guna oven pulak. Kalau sebelum ni, kek kukus kira dah luluslah. Haha. Ni nak try buat guna oven pula. Jadi ke tidak.. Haaa, jom kita tengok. Kali ni cikla try buat kek pisang yang sangat senang. Tapi, memang moist dan gebu gitu. Bahan-bahannya pun senang nak disediakan. Cikla sediakan adunan ni 1/2 jam pun dan siap. Memang cepat, terutama bagi ibu-ibu yang busy dengan tugas seharian tapi masih mahu menjamu keluarga dengan air tangannya.

Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya.
Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya. Yang ni cikla guna pisang berangan. 

Bahan-bahannya :

2 cawan tepung gandum. 
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat. 
8 biji pisang berangan (pisang lemak manis pun boleh. Cikla guna dalam 10-12 biji). 
1 cawan minyak. 
1 cawan gula pasir (kalau korang tak suka manis sangat, boleh kurangkan. Cikla guna 1/2 cawan je) 
3 biji telur. 

Caranya :
  1. Panaskan oven sementara kita menyediakan adunan kek. 
  2. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan. 
  3. Dalam blender yang bersih dan bebas dari bau cili, kisar pisang, minyak, gula dan telur sehingga halus. 
  4. Kemudian, dalam bekas yang sesuai campurkan bahan kisar dan bahan yang diayak tadi. Gaul perlahan dan rata. Pastikan ia bercampur dengan baik dan sekata. 
  5. Tuangkan adunan dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin. 
  6. Bakar adunan dalam oven selama 1 jam pada suhu 170°C. 

Nak tau kek dah masak ke belum, cucuk kek dengan lidi atau garfu yang bersih. Kalau lidi yang keluar bersih takde adunan yang melekat, maknanya dah masaklah tu. Inilah hasilnya. Cikla dah try buat dengan 2 jenis pisang yang berbeza. Pisang berangan dan pisang lemak manis. Dua-dua sedap. Dalam gambar ni cikla guna pisang berangan. 

Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya.
Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya. 

Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya.
Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya. 

Gambar kat bawah ni cikla guna pisang lemak manis. Nampak ada beza sikit kan. Bagi cikla guna pisang berangan memang rasa macam kek pisang yang kita beli tu. Tapi, dua-dua sedap. Yang penting lembut.

Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya.
Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya. Guna pisang lemak manis. 

Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya.
Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya. 

Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya.
Jom buat sendiri kek pisang gebu, moist dan lembut. Senang je rupanya. 

Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri kan. Oh ye, kalau korang jenis memang tak masa langsung nak buat, atau malas nak buat, korang boleh order dengan kak Ummi. Penduduk area Banting boleh cuba. Memang sedap. Cikla recommended this cake. Apa-apa wasap or call no yang tertera tu  ok! 

Guna pisang berangan.

Kredit resepi Kak Umi Hannan.

  • Share:

You Might Also Like

11 Comments

  1. wah mudah je ye, lepas ni boleh buat la. sebelum ni asyik beli je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Bila dah tau buat, lagi best buat sendiri. Kepuasan tu penting. Hehe

      Delete
  2. Pernah buat sekali dua...
    ni dah lama x buat...tgk entry ni...
    mcm weekend nak buat la hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat jangan tak buat. Boleh jamu family..

      Delete
  3. Nmpk sedap la cikla tp hana tgh diet hehe xD nnt lpas diet hana try resepi ni ya :D

    ReplyDelete
  4. Selain 2 jenis pissng ni, blh dok buat dgn pisang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pula. Tapi biasa org buat pisang berangan. Rasanya pisang emas yng kecik2 tu pun boleh.

      Delete