Jom buat lasagna roti paling senang dan tersangatlah sedap. Rugi tak cubanya sendiri!

By Cikla Shahril - November 19, 2018

Lasagna atau lasagne adalah makanan tradisional orang Itali. Makanan ini sebenarnya berasaskan pasta yang berintikan daging serta ditaburi dengan keju di atasnya sememangnya sangat memggamit rasa yang mengasyikkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang sukakan pasta dan makanan Itali.

Walaubagaimanapun, disebabkan lasagna turut digemari selain dari orang Itali, makanan ini telah diubahsuai mengikut selera dan tekak masing-masing. Antaranya inilah dia. Lasagna roti berintikan ayam, yang lazat dan senang disediakan! Itu semestinya!

Resepi asal lasagna ni cikla dapat dari carian Google. Terima kasih tuan punya resepi dari Blog zonewanita (Mimie Ali). Tapi, cikla ada ubah sikit resepinya ikut kesesuaian  tekakku ini. Maaf ye tuan resepi. Kita derhaka resepi awak sikit je. Kebetulan, semalam cikla balik rumah mak, itu yang terus bersemangat nak try buat sendiri. Lagipun kalau balik rumah mak, ramai yang tukang makannya. Itu yang seronok nak masuk dapur tu. Haha!

Jom tengok bahan-bahannya dulu. Let's check it out! Oh ye, bahan-bahan ni adalah mengikut ukuran loyang yang cikla gunakan.

Jom buat lasagna roti paling senang dan tersangatlah sedap. Rugi tak cubanya sendiri!
Jom buat lasagna roti paling senang dan tersangatlah sedap. Rugi tak cubanya sendiri!

Bahan-bahan:

12 keping roti (Cikla guna roti Gardinea). 
3 biji telur. 
200 ml susu segar (Cikla guna brand Dutch Lady). 
8 keping cheese keping. 
1 cawan Mozzarella cheese yang telah diparut. (Cikla beli yang siap parut. Senang). 
1 cekak daun sup. (dihiris) 
1 biji cili merah. (Kalau korang nak guna capsicum pun boleh. (dihiris)). 
4 sudu besar sos lada hitam. 
4 sudu besar sos tomato. 
400 gram ayam kisar. Cikla guna 1 peket. (Kalau korang nak guna daging cincang pun boleh). 
3 ulas bawang putih (dicincang).
1 biji bawang Holland (dicincang).
Minyak, garam dan gula secukupnya.

Jom cikla tunjukkan step by step. Mula-mula cara nak buat inti dia dulu ye. Jom!

Cara buat inti lasagna :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sesuai. Kemudian, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau dan kekuningan. 
  2. Selepas itu, masukkan ayam kisar dan masak hingga ayam empuk.
  3. Bila daging ayam dah empuk, masukkan pula sos lada hitam, sos tomato bersama sedikit air. Kacau rata. 
  4. Seterusnya, perisakan inti dengan garam dan gula secukup rasa, dan masukkan daun sup bersama cili merah atau capsicum. 
  5. Masak inti sehingga ayam masak dan jadi kering. Selepas itu, angkat inti tersebut, dan biarkan sejuk seketika.

Cara nak buat lasagna roti :
  1. Mula-mula, sapukan sedikit butter atau marjerin dalam loyang atau bekas yang sesuai. 
  2. Selepas itu, pukulkan telur bersama susu sampai keduanya sebati. Kemudian, celupkan roti ke dalam bancuhan susu dan telur tadi dan susun dalam loyang sampai penuh.
  3. Seterusnya, tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang tadi dan ratakan.
  4. Kemudian, susun slice cheese ke atas inti. 
  5. Ulangi langkah awal dengan menambah lagi satu lapis roti dan inti. Buat sampai roti dan inti habis digunakan dengan cara yang sama seperti sebelum ini. 
  6. Dah siap susun roti dan inti, tabur Mozzarella cheese yang telah diparut di lapisan atas sekali. Kalau bancuhan susu dengan telur tu ada lebih, korang siramkan ke atas roti. 
  7. Last, bakar lasagna yang telah siap di dalam oven pada suhu 180ºC dan masak lasagna lebih kurang 40 minit.

Inilah dia. Memang kaya dengan rasa cheese dan sangat mengenyangkan. Makan 2 slice pun dah tersandar kekenyangan. Haha!

Jom buat lasagna roti paling senang dan tersangatlah sedap. Rugi tak cubanya sendiri!
Jom buat lasagna roti paling senang dan tersangatlah sedap. Rugi tak cubanya sendiri!

Jom buat lasagna roti paling senang dan tersangatlah sedap. Rugi tak cubanya sendiri!
Jom buat lasagna roti paling senang dan tersangatlah sedap. Rugi tak cubanya sendiri!

Jom buat lasagna roti paling senang dan tersangatlah sedap. Rugi tak cubanya sendiri!
Jom buat lasagna roti paling senang dan tersangatlah sedap. Rugi tak cubanya sendiri!

Silalah mencubanya sendiri ya. Nanti jangan lupa share hasilnya.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. tak pernah try lagi makan, teringin juga nk cuba lasagna ni..hihi

    ReplyDelete
  2. Sedap nyer! Good idea guna roti kan, slalu keping tu yg jadi kenkangan tuk buat. Yg ni pasti sedap

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Cik La... Bagus buat masa cuti esok ni.. ^^

    ReplyDelete