Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!

By Cikla Shahril - November 30, 2018

Budak-budak memang suka makan ais krim kan. Jangankan budak-budak, mak bapak budak pun ada yang hantu ais krim. Kalau sebelum ni kita asyik beli je kan, apa kata kita cuba buat sendiri.agi puas makan. Jimat pun jimat, sebab kos nak buat ais krim ni tak mahal mana pun. Apa yang penting, anak-anak suka makan. Resepi ni cikla olah sikit mengikut kesesuaian. By the way, terima kasih pada tuan punya resepi.

Bahan-bahannya :

Biskut oreo (Cikla guna biskut cream O je. Sama je rupanya. Kira adik-beradiklah tu). 
Susu kotak (samada susu full cream atau low fat pun boleh). 
Bekas ais krim.

Caranya :

Tumbuk biskut jadi pecahan kecil. Nak senang, Korang tumbuk plastik bungkusan tu. Kemudian, potong plastik oreo pada bahgian atas. Selepas itu, masukkan biskut yang dihancurkan dalam bekas ais krim yang sesuai. Dah siap masukkan biskut, tuangkan  susu pula ke dalam bekas dan tunggu sampai biskut kembang.

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan . Senang sangat weh!
Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan . Senang sangat weh!
Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan . Senang sangat weh!

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan . Senang sangat weh!
Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!

Sesudah itu, masukkan dalam ice box dan tunggulah keras sebelum dinikmati. Inilah hasilnya.

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan . Senang sangat weh!
Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!
Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!

Anak-anak cikla suka. Oklah tu kan, walaupun simple dengan bahan yang sikit tapi sedap juga. Nak tau, kenalah try sendiri.

Kredit resepi : Kaki Cerita.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Sedapnya.. yang ini mudah sangat nie.. memang cepat lah kalau nak buat..

    ReplyDelete