09 November 2018

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya ni kita throwback. Kejadian berlaku Ahad lepas. Kebetulan cikla balik kampung, tak tau pula agrofest ni dibuat di kawasan berdekatan rumah mak dengan abah. Dah terlanjur lalu dekat situ, kami singgahlah. Lagipun, tak kena bayar pun. Free of charge!

Seingat cikla, agrofest ni pernah dibuat di Morib. Mungkin setahun atau dua tahun yang lepas. Masa tu cikla ada juga pergi. Tapi, itulah. Korang faham ajelah kan keadaan di mana tempat itu sangat crowded dengan orang ramai di tambah pula dengan kerenah 'askar-askar' cikla yang bermacam ragam, fuhhh memang mencabar dan tercabar sungguh.

Apa yang cikla tak boleh lupa, tarikan pada masa tu ada lembu sado yang dipamerkan kepada pengunjung. Dah namanya lembu sado, memang sado wehhh... Besar gila ahh lembu dia.. Kagum kejap! Budak-budak lagilah, double triple excited tengok makhluk Allah tu!

Berbalik kepada SELANGOR AGROFEST pada tahun ni, actually time cikla datang tu dah hari terakhir program tersebut. Datang pulak dah petang, memang banyak booth dan tempat menarik di situ di kemas.

Memang takdelah banyak gambar yang diambil. Orang cakap ambil mana yang sempat je...

Posing time! Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.

Jadinya, kita cuci mata ajelah ye. Ini je yang cikla sempat snappp... Tapi, menarik jugalah. Dan orang pun dah kurang crowded, takdelah berasak-asak sangat kan...

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Menarik juga pintu gerbang dia kan. Simple but nice! 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Feeling duduk depan sawah padi. Wah, saujana mata memandang gitu... Hijau je. Bawah ni pulak pokok cincau. First time tengok. Baru tau rasa cincau tu asalnya dari pokok. Sebelum ni cikla ingat cincau tu dibuat daripada sejenis rumpai laut macam agar-agar tu... 

Tapi, cikla tak beli pun pokok ni... 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Pokok Brokoli pun ada dijual juga, pun pertama kali tengok. Memang agak jakun juga sebab tak pernah tengok pun sebelum ni. Mati-mati ingat Brokoli tu macam kubis. Haha. Atau macam bunga kubis. 

Memang menarik. Kita close up sikit bagi clear

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Gambar dekat atas, tulang ikan paus apa tah cikla lupa. Memang besar gila rangka dia. Ni baru rangka, belum lagi the real ikan paus. Kagum dengan kuasa Allah mencipta makhluk ini... 

Gambar dekat bawah pulak, replika rumah. Menarik. Macam rumah betul. Memang memerlukan ketekunan dan kesabaran nak siapkan rumah ni semua... 

Salute! 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Bagi can budak berempat tu posing... Naik keretapi. Troottt troootttt... 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

So, beralih pula pada gamnar haiwan ternakan eh. Serius, budak berempat ni memang excited sebab dapat tengok haiwan dari dekat. Kakak Farisya siap nak masuk dalam kandang nak pegang. Adoii, terlebih berani pulak aihhh! 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Dua gambar last tu bukan lembu tau. Tapi, kerbau albino. Haaa, ingat orang je ke ada albino. Haiwan pun ada juga tau. Tapi, kerbau ni tak friendly sangat. Macam malas nak layan je muka kerbau tu. Penat barangkali... 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018.
Jalan-jalan di SELANGOR AGROFEST 2018. 

Tahun 2019, tak pasti pula SELANGOR AGROFEST ni diadakan di mana. Kalau dekat dengan area rumah, boleh terjah lagi...

1 comment:

  1. Klu ada bulan2 mcm ni kan best nak pegi

    Myra | https://thegreylinesbetween.blogspot.com

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.