Bolehkah isteri mengambil duit suami secara senyap-senyap?

By Cikla Shahril - November 14, 2018

Cikla agak inilah dilema si isteri yang tak bekerja. Bukan apa, kadangkala duit yang diberi oleh suami setiap bulan hanya cukup untuk belanja dapur dan keperluan keluarga saja. 

Memang selalulah tak cukup untuk diri sendiri apatah lagi untuk diberikan kepada ibu bapa di kampung bila sesekali pulang menziarahi mereka.

Persoalannya, adakah berdosa atau dibolehkan si isteri mengambil wang suami secara senyap-senyap untuk tujuan yang cikla sebutkan di atas? 

Nak tau? Jom baca perkongsian ini sampai habis, khasnya para isteri ya!

Bolehkah isteri mengambil duit suami secara senyap-senyap?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Jom kita baca dulu satu kisah yang pernah terjadi pada zaman Rasullullah SAW yang mana ia diriwayatkan oleh Aisyah r.a.

Pada suatu hari, Hindun binti 'Utbah yang merupakan isteri kepada Abu Sufyan telah datang menemui Rasullullah SAW untuk mengadu tentang hal suaminya. 

Beliau berkata, yang bermaksud : "Sesungguhnya, Abu Sufyan ini seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah yang mencukupi untuk aku dan anakku. Kalau pun cukup disebabkan aku ambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah perbuatanku itu salah?"

Maka, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Ambillah daripada hartanya dengan cara yang baik yang cukup untuk engkau dan anak engkau." (Riwayat al-Bukhari - 2211 dan Muslim - 4574).

Penjelasan berpandukan hadis di atas :

  1. Hadis ini menjelaskan kepada kita tentang keharusan seorang isteri mengambil duit sekadar perlu untuk keperluan diri dan anaknya hanya jikalau si suami tidak memberi nafkah yang sepatutnya. 
  2. Imam al-Nawawi semasa syarahannya berkenaan hadis itu mengatakan, antara faedah yang boleh diambil daripada hadis itu adalah barang siapa yang ada hak yang sepatutnya diberikan kepadanya dalam keadaan suaminya tidak diberikan haknya (iaitu nafkah), maka harus bagi isterinya mengambil haknya sekadar keperluan tanpa izin suaminya. Itulah mazhab ashab kami. (Rujuk Syarh al-Nawawi 'ala Muslim 6/141).
  3. Dalam hadis tersebut juga boleh difahami akan kewajian si suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Begitu jugalah yang dinyatakan oleh Imam al-San' ani dalam kitabnya Subul al-Salam. 

Tapi, apa yang perlu diingat adalah ia dibenarkan ambil sekadar keperluan saja itupun kalau suami tak memberi nafkah. 

Bagaimana pun, kalau suami memberi nafkah secukupnya, maka tak boleh mengambil duit suami tanpa izinnya.

Kesimpulannya, apa yang penting berbincanglah secara baik kalau ada apa-apa yang tak cukup sebab sikap mengambil tanpa izin walaupun duit suami ini dikhuatiri boleh mengeruhkan keadaan dalam rumahtangga.

Waallahualam.

Kredit Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. ooo macam tu rupanya. tq cikla share. kalau wanita bekerja ok lagi ada income sendiri kan. kalau surirumah yang takde income dilema habis la.

    ReplyDelete
  2. Tq share CikLa.. dapat ilmu baru.. yang penting, berbincang kan..

    ReplyDelete
  3. Thanks CikLa sebab share.. ^^ baru tahu

    ReplyDelete