Ujian fungsi tiroid (TFT), apakah yang akan dilihat melaluinya?

By Cikla Shahril - October 18, 2018

Sebagai seorang pesakit tiroid, kita tak akan terlepas dari melalui ujian darah untuk fungsi tiroid atau TFT. 

Apa yang cikla faham, ujian ini adalah penting untuk menentukan tahap hormon tiroid sama ada dalam keadaan hyper, hypo atau normal sebelum langkah untuk rawatan seterusnya di ambil. 

Ujian TFT ini adalah penting untuk mengetahui fungsi tiroid dalam badan seseorang. Sebelum mengambil ujian ini, kita tak perlu berpuasa pun. 

Ujian fungsi tiroid (TFT), apakah yang akan dilihat melaluinya?
Gambar diubahsuai dari carian Google. Ujian fungsi tiroid (TFT), apakah yang akan dilihat melaluinya? 

Bagi ujian darah penyakit tiroid, ada beberapa parameter yang akan dilihat, iaitu :

T3, T4 (samada free atau total).

Ini ialah hormon tiroid yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Kalau bacaan yang diperolehi tinggi,  ini adalah keadaan hyperthyroidism. Manakala, kalau bacaannya rendah, ia adalah hypothyroidism.

TSH (thyroid stimulating hormone).

Hormon ni dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak kita. Fungsinya adalah "mengawal" kelenjar tiroid melalui negative-feedback. 

Kalau terlalu banyak hormon tiroid, TSH akan jadi rendah sebagai tindak balas untuk mengawal penghasilan hormon tiroid. Kalau hypothyrodism, bacaan TSH akan naik untuk merangsang kelenjar thyroid menghasilkan lebih banyak hormon. 

Senang cakap, kalau paras TSH memberi nilai diluar julat normal sama ada  tinggi atau rendah, ini menandakan kemungkinan kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. 

Serum thyroglobulin (TG).

Ia adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Kalau korang nak tau, TG digunakan sebagai tumor marker untuk kes thyroid cancer dalam menentukan keberkesanan rawatan kanser tiroid yang dilakukan. 

So, keputusan serum TG yang sangat rendah menunjukkan rawatan RAI (Radioiodine) yang dilakukan oleg seseorang pesakit itu, berjaya.

Thyroid antibodies (Anti-TG, anti-TPO, anti-TSHR).

Untuk pengetahuan korang, thyroid antibodies digunakan untuk kes auto-immune disease, di mana antibodies tersebut akan menyerang kalenjar tiroid seperti kes Grave's disease, auto-immune thyroiditis dan Hashimoto's thyroiditis, di samping ia juga turut digunakan untuk kes thyroid cancer. 


Ujian fungsi tiroid (TFT), apakah yang akan dilihat melaluinya?
Ujian fungsi tiroid (TFT), apakah yang akan dilihat melaluinya? Kredit Google. 

Oh ye, julat normal untuk setiap ujian adalah berbeza sebab ia mengikut metodologi dan mesin analisa masing-masing. 

Apa yang penting, keputusan ujian ini mestilah disokong oleh diagnosis klinikal yang dilakukan oleh doktor. 

Kredit Ahmad Safwan Idrus, Group Facebook Tiroid Dan Anda Ori.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. x pernah pula cek ni.. x tau la kat klinik kejaraan biasa dpt cek ni x..

    ReplyDelete