Sayur Pak Choy masak lemak dengan udang. Senang, sedap dan tentunya berkhasiat!

By Cikla Shahril - October 23, 2018

Sebenarnya, kalau korang nak tau, dalam keluarga sawi tak kira sawi hijau atau putih ni memang banyak jenisnya. Antaranya adalah sawi hijau yang biasa kita tengok tu, sawi putih atau Pak Choy, sawi Jepun atau Siow Pak Choi dan sawi pahit. Dan kalau korang nak tau, kailan juga termasuk dalam keluarga sawi. Oooo, cikla pun baru tau. Hehe. 

Apa pula khasiat sawi ni ye? Kita cerita umumlah ye. Sawi sebenarnya kaya dengan serat, mineral dan beberapa vitamin seperti vitamin K, A dan C. So, jom jadikan sawi sebagai salah satu menu wajib dalam sajian harian kita. Jom jom.

Tapi, cikla agak kebanyakan orang kalau masak sayur hijau macam kebanyakan jenis sawi hijau atau putih ataupun bayam mesti tumis air je kan. Betul tak? Sebenarnya, ada masakan lain yang boleh kita masak dengan sayur macam ni. Menu masakan ni senang je. Tapi, cikla saja nak share dengan korang cara cikla masak sayur ni. Mungkin ada yang tak pernah cuba kan, boleh try sendiri. Jom tengok bahan-bahannya dulu.

Sayur Pak Choy masak lemak dengan udang. Senang, sedap dan tentunya berkhasiat!
Sayur Pak Choy masak lemak dengan udang. Senang, sedap dan tentunya berkhasiat!

Bahan-bahannya :

1 ikat sayur Pak Choy (disiang dan dibersihkan). 
1 biji bawang merah (hiris). 
2 ulas bawang putih (hiris). 
1 sudu kecil cili giling. 
1/2 inci halia (hiris). 
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar. 
1/2 kotak santan pekat. 
1 mangkuk udang (dibuang kulit dan kepala).
Minyak, air, garam dan perasa jika perlu. 

Caranya:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sesuai dan tumis bahan dihiris sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling dan serbuk ketumbar. Kacau sekejap sebelum masukkan udang. Gaul udang sehingga separuh masak. Kemudian, masukkan santan dan sedikit air. Biarkan kuah menggelegak. Bila kuah dah menggelegak, masukkan sayur Pak Choy dan taburkan garam serta perasa jika perlu. Tambah sedikit air kalau kuah nampak kurang. Biarkan sekejap sehingga sayur layu. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. 

Sayur Pak Choy masak lemak dengan udang. Senang, sedap dan tentunya berkhasiat!
Sayur Pak Choy masak lemak dengan udang. Senang, sedap dan tentunya berkhasiat!

Senang je kan. Semua orang tau kot macam mana nak masak. Hehe.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Wah.. menarik.. tak pernah lagi masak camnie.. nampak sedap dan memikat..

    ReplyDelete
  2. Aah kan, tak pernah try masak camni lagi. Nampak sedap

    ReplyDelete
  3. nampak menyelerakan sayur ni. tak pernah cuba lg msk macamni.

    ReplyDelete