Penggemar pegaga : Korang memang beruntung!

By Cikla Shahril - October 24, 2018

Pegaga merupakan antara ulam-ulaman yang popular di kalangan penggemar sayuran mentah ini. Kalau cikla sendiri, cikla mengaku cikla kurang gemar makan pegaga. Mungkin sebab bau dan rasanya juga. 

Dan lagi satu, nak dapat pegaga sekarang memang agak payah. Pendek kata, susah nak jumpa! 

Apa yang korang mungkin tak tau, dan cikla pun baru tau yang pegaga ni dikatakan kaya dengan pelbagai khasiat. Sebelum tu, jom kita kenali dulu apakah itu pegaga. Jom baca sampai selesai, hehe!

Untuk pengetahuan korang, pegaga atau nama botaninya Centella Asiatica adalah sejenis ulam dikatakan sangat berkhasiat tak kira dari segi kesihatan malah untuk kecantikan juga. 

Umumnya, pegaga yang berbentuk seperti kipas dan semestinya berwarna hijau ini biasa dijumai di Jepun, India, China dan Indonesia.

Penggemar pegaga : Korang memang beruntung!
Penggemar pegaga : Korang memang beruntung! Kredit Google. 

Pegaga dikatakan kaya dengan pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.

Kini, pegaga kita semakin mendapat tempat di kalangan penggemar ulaman khususnya dek kerana kelebihannya yang kaya dengan pelbagai khasiat. 

Kita biasa tengok orang makan pegaga secara mentah, tapi ia sebenarnya boleh direbus dan dijadikan jus juga di samping ia turut diguna pakai dalam perubatan tradisional untuk merawat parut dan masalah selulit. Dengar macam menarik je kan? 

Kalau korang nak tau, pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara alami di samping ia membantu meningkatkan peredaran darah sekaligus menjadikan muka lebih berseri. 

Selain itu, ia bersifat antibakteria, antikuman dan anti radang dan ia sememangnya dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak serta mengurangkan parut.

Bahan aktif yang terkandung di dalam  pegaga akan merangsang peredaran darah seterusnya mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar di samping ia turut  menggalakkan pembentukan kolagen. 

Keadaan ini akan membantu mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit (strecthmark). 

Penggemar pegaga : Korang memang beruntung!
Penggemar pegaga : Korang memang beruntung! Kredit Google. 

Bagi mereka yang suka me minum jus pegaga, memang bagus sangat tu. Sebab apa? Sebab, ia dikatakan mampu membuatkan muka korang nampak awet muda. 

Ia juga membantu memyihatkan kulit, rambut serta kuku kerana ia menyokong pembentukan kolagen. 

Hasilnya, kulit akan tegang dan kelembapan semulajadi kulit lebih terpelihara. Banyak lagi khasiat pegaga ni sebenarnya. Selebihnya, korang Google eh!

Umumnya, jus pegaga akan kelihatan hijau pekat tetapi punya rasa yang sedap oiii. Kalau tak percaya, jom cuba resepi jus pegaga ni sendiri. Orang cakap, rasa jusnya lebih kurang rasa macam jus epal. Wooooo, sedaplah tu!

Penggemar pegaga : Korang memang beruntung!
Penggemar pegaga : Korang memang beruntung! Kredit Google. 

Jom check bahan-bahannya dulu.

Segenggam pucuk pegaga.
Sebiji epal.
Sebiji buah limau nipis.

Caranya, blend semua bahan diatas. Kalau korang nak tambah sedikit gula, boleh je. Tapi, jangan terlalu banyak. Apa yang bagus, tak payah letak gula pun. Lagi marvelous yaw! 

Selain jus, boleh buat kerabu juga. Adoii, cakap pasal kerabu terus kecur liur. Huhu. Jom makan pegaga hari ni. Haha!

Kredit Group telegram PetuaDanKesihatan.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Aritu mak nieyl baru je tebas semua...
    sbb terlalu banyak dkt rumah...

    ReplyDelete
  2. Sally mmg tak boleh makan pegaga macam ulam...tapi kalau masak lemak cili padi ayam dengan pegaga mmg Sally lajuuuu je makan :D

    ReplyDelete