Gulai asam pedas tomato puri daun kesum cara saya. Pedas dan masam, memang sedap gila!

By Cikla Shahril - October 12, 2018

Cikla percaya kebanyakan orang memang suka masakan asam pedas kan? Tak kiralah asam pedas ikan, ayam daging dan sebagainya. Bagi cikla sendiri yang memang penggemar tegar asam pedas, tak kisahlah asam pedas apa pun, memang tak kan menolak punyalah. Takde lauk lain pun tak, janji ada asam pedas. Pun dah cukup buat cikla bertambah makan berpinggan-pinggan. Haha. Teruk benor macam tu aihhh. Hehe!

Cikla rasa, cara nak masak asam pedas ni pulak memang macam-macam cara. Ada yang letak jintan, halba bagai. Tapi, ada pulak yang tak letak pun. Ikut pada selera masing-masing. Macam daun kesum dengan bunga kantan juga. 

Ada orang suka tambah keduanya dalam kuah asam pedas, tapi ada pula yang tak suka. Macam-macam style kan! Kali ni cikla nak share cara nak masak gulai asam pedas style cikla. Hehe. Apa yang penting, ia semestinya sedap dan senang nak buat. Jom check bahan-bahannya dulu. Mari!

Gulai asam pedas tomato puri daun kesum cara saya. Pedas dan masam, memang sedap gila!
Gulai asam pedas tomato puri daun kesum cara saya. Pedas dan masam, memang sedap gila! 

Bahan-bahannya :

5 ekor ikan cencaru (dibersihkan dan dipotong 2. Kemudian, perap dengan serbuk kunyit dan garam. Kalau nak guna ikan lain pun boleh aje). 
1 mangkuk kecil tomato puri (dikisar dengan sedikit air). 
Daun kesum secukupnya. 
1 mangkuk air asam jawa. 
1 tangkai daun kari. 
1 camca kecil halba. 
Minyak untuk menumis, garam dan perasa jika perlu.

Bahan kisar :

1 biji bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1/2 inci halia.
2-3 senduk cili giling.
1 sudu kecil ketumbar.
1 sudu kecil jintan manis.
1 sudu kecil jintan putih.
Sedikit air.

Cara nak masak :

Dalam kuali yang sesuai, panaskan minyak secukupnya. Bila minyak dah panas, masukkan halba diikuti dengan bahan kisar. Tambah sedikit air. Tumis bahan tersebut sampai naik bau dan garing. Selepas itu, bila dah garing masukkan daun kari dan kacau sekejap. Then, tambahkan tomato puri yang telah dikisar tadi. Kalau nampak kering, tambahlah sedikit air. Kacau pes tersebut, dan masak sampai cili tak pedas lagi. 

Kemudian, masukkan ikan dan air. Kuah ikut suka korang. Tapi kalau cikla suka pekat-pekat sikit. Lagi sedap. Biarkan kuah menggelegak dan ikan masak. Last sekali, masukkan daun kesum dan taburkan garam secukupnya dan perasa jika perlu. Sesuaikan rasa. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan. So, inilah hasilnya. Taraaaa, sedapnya lahai. 

Gulai asam pedas tomato puri daun kesum cara saya. Pedas dan masam, memang sedap gila!
Gulai asam pedas tomato puri daun kesum cara saya. Pedas dan masam, memang sedap gila! 

Gulai asam pedas tomato puri daun kesum cara saya. Pedas dan masam, memang sedap gila!
Gulai asam pedas tomato puri daun kesum cara saya. Pedas dan masam, memang sedap gila! 

Gulai asam pedas tomato puri daun kesum cara saya. Pedas dan masam, memang sedap gila!
Gulai asam pedas tomato puri daun kesum cara saya. Pedas dan masam, memang sedap gila! 

Cikla dah bedal dah tadi time lunch. Lawan pulak dengan petai. Mak aii. Memang bertambah-tambah nasi. Buat kuah cicah roti pun sedap juga ni! Nak cuba sendiri? Silakanlah.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. asam pedas ni Gee memang x reti makan hihi

    ReplyDelete
  2. Wah lapar tgk ni, sedap...!!!

    ReplyDelete
  3. tengahri mcm ni terliur dah sha nngok huhu

    ReplyDelete
  4. kaella tiap kali singgah blog cikla mesti masa tengah lapar, bila tengok makanan ya Allah nak masak camnilah tapi at the end tak juga sempat nak masak.

    ReplyDelete
  5. sodap nyer asam pedas.
    masuk tomato puri ekk?
    aida now da ok la masak asam pedas melaka.
    alhamdulillah... mak mertua pun dah puji.

    ReplyDelete