Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.

By Cikla Shahril - October 01, 2018

Resepi berasaskan ayam memang banyak sangat kan. Antara yang paling popular, kari ayam. Haha. Tapi, ada satu menu lagi yang sangat senang dan semestinya sedap. Menu apa tu? Inilah dia, ayam masak ungkep. Pernah dengar tak? Mesti pernah dengar kan. Kalau korang nak tau, masakan ni popular di kalangan masyarakat jawa. Suami cikla orang jawa, so cikla taulah. Hehe. Macam mana nak masak lauk ni? Ala, senang je. Mana yang tak tau tu, meh cikla ajar. Ayam masak ungkep cara cikla. 

Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. 

Sebelum nak masak, kenalah tau bahan-bahannya dulu kan. Betul tak? So, jom check!

Bahan-bahannya :

1.5 kg ayam (dipotong sederhana besar dan dibersihkan). 
1 batang kulit kayu manis.
2 kuntum bunga lawang.
1 labu bawang besar (dipotong bulat). 
2 batang serai (diketuk). 
1 keping asam keping. 
Minyak, garam, dan air secukupnya. 

Bahan kisar :

2 sudu besar ketumbar. 
3 sudu besar jintan putih. 
3 sudu besar jintan manis. 
1 inci halia. 
1 inci kunyit hidup. 
1 labu bawang besar. 
4 ulas bawang putih. 

Macam mana nak masaknya pula? 

Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan serai sampai kekuningan. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau. Selepas itu, masukkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan dal kuali tersebut. Tambahkan air secukupnya dan asam keping, kemudian tutup kuali. Biar ayam empuk dan masak. Akhir, sekali taburkan garam dan sesuaikan rasa. Gaul rata, tutup api dan bolehlah dihidangkan. So, inilah hasilnya. Jeng jeng jeng.

Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. 

Macam mana? Senang je kan? Ayam ungkep ni memang sesuai untuk kanak-kanak sebab tak pedas pun. Tapi kalau korang suka pedas, tambahkan cili ke tak pun lada hitam nak bagi pedas. Settle! Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. sedapnya cik la...last makan ayam masak ungkep ni masa raya hari tu...
    tapi yang tu versi pedas..

    ReplyDelete
  2. sedapnye. Ray mmpu beli yg segera n trus goreng je hahaha. x smpt nak buat resepi mcm2.

    ReplyDelete
  3. Saya pon orang jawa.. tapi tiap kali masak ungkep rasa nya jadi lain2. Haha.

    https://www.tipsummi.com/tips/cara-atasi-vertigo-dengan-berkesan-dan-selamat/

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka masak ni.. Sbb sng dan sedap..

    ReplyDelete
  5. mudah ungkep ni.
    aida akan masuk kan 3-5 btg cili padi hi hi...

    ReplyDelete
  6. Tgk je dah tau sedap sebab saya pminat ayam, masak mcm mana sekali pun tetap suka

    ReplyDelete
  7. nak cuba lahh . hehehe. proses belajar masak sekarang ni >.<

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap, bahan-bahan pun mudah je kan... boleh cuba ni, qiya tak pernah lagi makan ayam masak ungkep ni...

    ReplyDelete