Apakah perbezaan antara ultrasound, xray dan CTscan? Jom baca info menarik ini.

By Cikla Shahril - October 25, 2018

Sejujurnya, cikla pernah menjalani ujian ultrasound saja sebelum cikla melakukan pembedahan total thyroidectomy setahun lepas. Lepas tu, buat whole body scan atau WBS setiap kali selepas rawatan radioiodine (RAI). 

Ada macam-macam jenis scan bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi oleh seseorang. Walaupun kita tengok ketiga-tiganya macam lebih kurang sama, tapi sebenarnya ada perbezaan antara 'mereka'. 

Jom baca untuk tambah ilmu di dada.

Apakah perbezaan antara ultrasound, xray dan CTscan? Jom baca info menarik ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Apakah perbezaan antara ultrasound, xray dan CTscan? Jom baca info menarik ini.

Ultrasound.

Untuk pengetahuan korang, ultrasound ini sama macam scan yang digunakan untuk tengok baby dalam rahim semasa mengandung. 

Caranya adalah, kena letak alat (probe) di atas kulit dan kita akan nampak terus imej kat monitor. Ia biasanya digunakan untuk melihat keadaan di tisu, salur darah, bengkak dan sebagainya.

X-ray.

Prosedur X-ray berbeza sikit daripada ultrasound. Bagi mereka yang mahu melakukan X-ray, pesakit kena masuk dalam bilik x-ray. 

X-ray dilakukan oleh sinaran dari mesin (kita tak nampak pun sinaran tu) yang mana ia akan hasilkan imej atas filem X-ray. 

Ia biasanya digunakan untuk tulang, tapi boleh juga apply untuk tengok keadaan tisu, salur darah (tapi, kalau yang ni hanya doktor je yang tengok).

CT-scan.

Last, CT-scan pula kena masuk dalam terowong tu. Prinsipnya lebih kurang macam X-ray juga, cumanya ia lagi advanced sebab kita boleh tengok keadaan tisu, tulang dan sebagainya dengan lebih jelas, dan ada juga yang boleh buat 3D model.

Kesimpulannya, ultrasound ni menggunakan  gelombang bunyi, sangat selamat dan tidak  menyakitkan. 

Manakala, X-ray dan CT-scan pula termasuk dalam kumpulan non-ioinizing radiation. Senang cerita dia ada radiasi sinaran cuma ia tidak setinggi radiasi macam perubatan nuklear. 

Korang tak perlu risau kerana kedua-duanya selamat, walaupun mungkin sesetengah keadaan mungkin perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya seperti wanita yang hamil di awal trimester. 

Oh ye, lupa ada satu lagi, Magnetic Resonance Imaging (MRI). Kalau yang ni guna magnet untuk tengok keadaan tisu organ macam otak, hati semua tu, teemasuklah nodus limfa, salur darah dan sebagainya.

Oleh kerana ia menggunakan magnet, mereka yang ada implan (logam) tu kena bagitau doktor yang dia ada benda tu. 

Ia sama juga kalau mereka yang ada macam besi yang pakai tulang patah, perentak jantung (cardiac pacemaker) atau apa-apa saja logam macam serpihan peluru ke kot la siapa pernah kena tembak tu. 

Nanti doktor tentukan boleh buat ke tak. Tapi, yang tak best MRI ni semasa prosedur dilakukan korang kena baring diam-diam lama. Kalau ada klaustrofobia, jenis takut tempat yang sempit, tertutup memang susah sikit.

Kredit: Ahmad Safwan Idrus. Group Facebook Tiroid Dan Anda Ori.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. They used ultrasound and xray on my hand when i was injured last time hehe

    ReplyDelete
  2. t.kasih sbb sharing info ni tuan. sy sangka x-ray dan ct scan perkara yg sama dgn nama yg berbeza. ct scan more advance than x-ray kalau menurut penjelasan tuan.

    ReplyDelete