31 October 2018

Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi.

October 31, 2018 5 Comments
Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi. | Assalamualaikum wbt. Jom join segmen ni. 2 in 1, bloglist dan blogwalking. Sambil menyelam minum airlah kekdahnya ni... Hihi! 

Macam biasa, nak join klik pada banner di bawah. 

Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi.
Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi. 

Syarat yang mudah, memang rugi tak join kan. So, apa lagi. Jom join  ramai-ramai. Oh ye, giveaway berakhir pada 3 November 2018.

Hurry up guys. Selamat bersegmen and happy blogwalking. 

Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog.

October 31, 2018 48 Comments
Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog. | Assalamualaikum wbt.  *this is sticky post until 8 pm on 31 Oktober 2018. Please scroll below to read a latest entry. TQ!  


-SEGMEN TAMAT-

Macam biasa, cikla nak mencari 10 blog yang aktif dan bertuah untuk dimasukkan ke dalam bloglist ciklapunyabelog.blogspot.my bagi bulan November hingga Disember yang akan datang ni. Sebenarnya, cikla dah terlupa pun pasal segmen ni. Patutnya, Bloglist Oktober hingga Disember. 

Aduhai, dah setengah bulan Oktober baru cikla teringat. Mujur tak habis bulan lagi. 

Disebabkan kita sudah berada di hujung tahun 2018, so segmen ini cikla namakan Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog. 

Macam biasa, mestilah ada syaratnya juga kan. Barulah best. Hehe... Jom kita tengok syarat-syaratnya. Mudah je pun syaratnya.

Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog.

Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog.
Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog.

8 syarat penyertaan yang sangat senang adalah seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback
  2. Follow g+ di SINI.
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  8. Siap.

Segmen berlangsung dari 16 Oktober hingga 31 Oktober pukul 8 malam. 

Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama dua bulan. Oh ye, kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua peserta akan masuk dalam bloglist. 

Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org dan korang sangat digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segmen ni sekarang. Marilah join semua. Kita kasi gegar ini segmen. Haha.

Selamat bersegmen korang! 

Lagu Suci Dalam Debu by Iklim. Jom hayati maksud dan makna tersirat di sebalik liriknya.

October 31, 2018 0 Comments
Lagu Suci Dalam Debu by Iklim. Jom hayati maksud dan makna tersirat di sebalik liriknya. | Assalamualaikum wbt. Cikla agak semua orang tahu lagu Suci Dalam Debu nyanyian Allahyarham Saleem dari kumpulan Iklim. Memang sedap lagu ni kan. Memang lagu berhantu, dan ramai peminatnya. Tapi, sebenarnya di sebalik bait lirik lagu tersebut tersembunyi maksud tersirat yang mungkin kita tak terfikir pun sebelum ini.

Apa yang pasti, lirik lagu ini sememangnya memberi kesan yang mendalam jika kita memahaminya...

So, apakah makna tersirat di sebalik lirik lagu ini? Jom kita hayati...


Kredit video YouTube. 

*Engkau bagai air yang jernih*
[Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)] 

*Di dalam bekas yang berdebu*
[Jasad/Badan yang asalnya dijadikan dari tanah] 

*Zahirnya kotoran itu terlihat*
[Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain] 

*Kesucian terlindung jua*
[Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli] 

*Cinta bukan hanya di mata*
[Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat] 

*Cinta hadir di dalam jiwa*
[Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah] 

*Biarlah salah di mata mereka*
[Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat] 

*Biar perbezaan terlihat, antara kita*
[Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia] 

*Kuharap engkau kan terima*
[Bermunajat agar di terima Illahi] 

*Walau di pandang hina*
[Sebagai hamba yang hina] 

*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*
[Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata] 

*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*
[Di alam akhirat] 

*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*
[Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya] 

*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*
[Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar] 

*Debu jadi permata, hina jadi mulia*
[Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat] 

*Bukan khayalan, yang aku berikan*
[Kitab Al Quran] 

*Tapi keyakinan yang nyata*
[Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran] 

Lagu ni realese pada tahun 1997. Korang bayangkan lebih dua dekad 'usia' lagu ni tapi masih diminati...

Kredit WhatsApp Group.

Isteri suka tidur berbantalkan lengan suami? Memang ada rahsia dan kelebihannya. Jom baca!

October 31, 2018 2 Comments
Isteri suka tidur berbantalkan lengan suami? Memang ada rahsia dan kelebihannya. Jom baca! | Assalamualaikum wbt. Siapa suka tidur celah ketiak suami? Angkat tangan. Hehe. 

Tapi, kalau korang nak tau, dari survey yang dibuat oleh MOHEMA ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya 21.7% saja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami mereka selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Wah, makin lama makin sikit pulak eh.

Sebenarnya, ada rahsia yang para isteri mungkin tak tau kalau korang tidur berbantalkan lengan suami. Dan mungkin korang tak percaya...

Jom baca sampai habis ya...

Rahsia tidur berbantalkan lengan suami. 


Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Kalau korang nak tahu, ketiak suami atau lelaki ada merembeskan hormon yang dinamakan hormon bau phero yang mana ia boleh mengaktifkan hormon isteri atau wanita sehingga membuatkan mereka merasa damai dan tenang.

Dan apa yang korang mungkin tak tahu, hampir 65% bau badan lelaki atau suami datang dari celahan ketiak mereka kerana disitulah terdapatnya kelenjar phero paling aktif.

So, lepas ini para isteri sekalian, korang kena ketepikanlah bantal-bantal korang yang gebu gebas tu. Korang patut tidurlah di atas lengan suami korang sampai ke pagi, dan ingat dekatkan hidung korang di celahan ketiak beliau. Hihi. Korang akan mendapat ketenangan dan keasyikan yang luar biasa. Just, rileks ya!

'Ketenangan' yang  korang alami itu menandakan bau phero suami korang sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon korang. Siapa yang pernah alami je tau macam mana...

Kredit Google. 

Selain itu, dari kajian itu juga dikatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 jam dalam tahap lena tidur. Wah!

So, para suami pula, jangalah korang mencukur ketiak korang sampai to gel ya. Korang biarkan je sikit paling tak pun trim je sikit bulu ketiak tu sebab bulu-bulu itulah yang menjadi agen penyebab bau phero yang menenangkan itu.

Bila baca macam kelakar je kan, tapi itulah hakikatnya. Hehe!

Kredit Facebook page Cinta Suami Isteri.

29 October 2018

Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula!

October 29, 2018 7 Comments
Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula! | Assalamualaikum wbt. Cikla agak masalah kurus ni boleh menjadi masalah sepanjang zaman. Haha. Mana taknya. Ada orang begitu risau kalau berat badannya naik. Nak-nak pula kalau jenis yang beratnya senang naik. Makan sikit, tapi MasyaAllah berat mencanak naik. Lepas tu, puas jugalah mencuba petua kuruskan badan, turunkan berat badan. Pantang dengar atau baca petua pasal ni semua dicubanya.

Bagi cikla, kita memang perlu mengawal berat badan sebab ia bukan hanya untuk nampak cantik tapi lebih kepada faktor kesihatan. Maklumlah, penyakit itu mungkin berpunca dari berat badan yang tak terkawal.

Mungkin ada sesetengahnya yang suka mengambil supplement untuk turunkan berat badan, walaupun sebenarnya ia tak digalakkan. Bukan apa, nanti takut kita terlalu bergantung kepada supplement tersebut. Kalau ambil, berat ok. Kalau stop, mulalah berat naik balik. Ia tidak natural. Itu belum lagi kesan sampingan yang mungkin wujud di kemudian hari.

Niat asal nak elak penyakit, tup-tup dapat penyakit lain pulak. Bak kata pepatah, keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Huhu.

So, ada tip yang lebih bagus untuk kita menurunkan berat badan. Cikla aku, walaupun tip ini mungkin lambat menampakkan kesannya, tapi sekurang-kurangnya ia lebih sihat dan selamat.

Tip mudah mengurangkan berat badan secara sihat. 

Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula!

Berikut merupakan tip untuk mengurangkan berat badan lebih cepat dan sihat, InshaAllah :

Mengambil menu sarapan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Kalau korang nak tau, dengan mengambil makanan sebegini, ia akan mengurangkan keinginan korang untuk mengambil makan yang berlebihan termasuklah pengambilan kalori sepanjang hari.

Apa yang paling bagus, elakkan mengambil minuman manis dan jus buah-buahan terutama yang di dalam kotak. Memang tinggi kandungan gulanya. Jus yang dibuat sendiri lebih bagus sebab kita boleh kawal penggunaan gula.

Meminum air setengah jam sebelum makan. Untuk pengetahuan korang, ada satu kajian yang menunjukkan bahawa dengan minum air setengah jam sebelum makan akan meningkatkan pengurangan berat badan sebanyak 44% sepanjang 3 Bulan. 

Wow, agak banyak juga tu kan?

Sebaiknya, pilih makanan bersifat 'friendly-weight loss'. Makanan tertentu adalah amat berguna untuk kehilangan lemak.

Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula!
Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula! Kredit Google. 

Mengambil makanan fiber serat larut. Ada kajian menunjukkan bahawa serat larut boleh mengurangkan lemak, terutama di kawasan perut. Contoh makanan tambahan serat adalah seperti Glucomannan juga boleh membantu.

Mengambil minuman kopi atau teh. Kalau korang memang seorang pengemar kopi atau peminum teh, memang sukalah kan. Kalau korang nak tau, kafein yang terkandung di dalam kopi dan teh boleh meningkatkan metabolisme badan kita sehingga 3 - 11%. 

Wah, boleh tahan banyak gak tu!

Semasa makan, makanlah dengan perlahan-lahan. Selain ia adalah sunnah yang boleh diamalkan, kalau korang nak tau dengan makan perlahan-lahan akan  membuatkan korang lebih merasa kenyang.

Semasa makan juga, gunakan pinggan yang lebih kecil. Ada kajian mengatakan bahawa bila kita menggunakan pinggan yang lebih kecil saiznya, secara automatik korang akan kurang makan. 

Tak percaya? Cubalah!

Pastikan korang mendapatkan tidur yang nyenyak dan lena setiap malam. Ini kerana, kalau korang kurang tidur ia menjadi salah satu penyebab utama kepada penambahan berat badan. So, 'jagalah' waktu tidur korang.

Kredit www.gayahidupsihat.com

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!

October 29, 2018 7 Comments
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! | Assalamualaikum wbt. Ini kisah pagi tadi sebenarnya. Hari ni, rasa rajin lain macam pulak. Terlebih rajin haha. Lagipun, dah lama dah cikla 'niat' nak try buat sendiri kuih Vadai ni. So, memang gigihlah juga buat. Encik suami siap cakap, 'menjadi ke tu? Kalau jadi je tapi keras nak buat apa, huhu'... Amboi, belum cuba belum tau. Kita try dulu, baru tau. Haha. 

Bukan apa, pertama kali makan kuih ini (beli je) memang terus tersuka. Kebetulan, encik suami pun suka. Emm, tersama pulak kesukaan kami kan. Hehe.

So, disebabkan kuih Vadai ni telah menjadi kesukaan kami berdua, adakah baiknya kalau saya buat sendiri kan. Lagipun, lagi puas makannya. Sejak itulah, bermula misi mencari resepi kuih Vadai ni. Cikla tanya mak cikla, dia cakap dia tak pernah buat so tak tau macam mana nak buat. 

Apa lagi, mengGooglelah jawabnya. Haha! 

Rata-rata resepi yang cikla jumpa memang sama je bahan dan tekniknya. So, cikla ambil je resepi dari blog masakan popular FIZA LGK. Rupanya, memang senang nak buat kuih Vadai ni...

Oh ye, untuk pengetahuan korang kuih Vadai ni adalah kuih tradisi orang India. Tapi, dah kita orang Malaysia yang berbilang kaum. So, ada di antara masakan dari bangsa lain digemari oleh bangsa yang satu lagi. Kita bertukar-tukar menu kan... Muhibah gitu!

So, pada korang yang mungkin tak pernah buat kuih Vadai ni sendiri dan nak mencubanya, meh baca ni cikla nak share resepi kuih Vadai paling senang nak buat.

Resepi kuih Vadai yang lembut dan sedap.

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! 


Jom check bahan-bahannya dulu. 


Bahan-bahannya :
400 gm atau 1 3/4 cawan kacang Dhal (Cikla guna sukatan mug tu).
3 tangkai tangkai cili kering (buang biji lepas tu hiris halus).
2 tangkai daun kari (hiris).
1 labu bawang besar (potong dadu/cincang). 
1 biji cili merah (buang biji lepas tu potong dadu). 
2 sudu kecil jintan manis. 
Garam secukupnya dan minyak untuk menggoreng. 


Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! Bahan dicampur dan digaul rata sebelum dibentuk. 

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! Kuih Vadai yang siap dibentuk. 


Caranya :

  1. Rendam kacang dhal paling kurang 4-5 jam. Tapi, cikla rendam semalaman. 
  2. Selepas itu, toskan kacang Dhal sehingga kering dan blend kacang Dhal tersebut menggunakan blender kering. Tak payah blend halus sangat. Kasar-kasar pin ok. Oh ye, tinggal sedikit kacang Dhal yang tak dikisar. Agak-agak dalam 2 hingga 3 sudu besar gitu. Tapi, kalau korang nak kisar semua kacang Dhal pun boleh juga. Lembut semua kan... 
  3. Dalam bekas yang sesuai, satu kan kesemua bahan tadi termasuk kacang Dhal yang telah dikisar dengan yang tak dikisar. Gaul rata.
  4. Bentukkan adunan tadi dalam bentuk leper. Pastikan korang menggunakan alas plastik dan sedikit minyak semasa membentuk adunan untuk mengelak ia melekat di tangan. 
  5. Susun hasil adunan yang telah siap dibentuk di atas dulang. Kemudian, goreng ia menggunakan api sederhana besar sehingga kekuningan. 
  6. Angkat kuih Vadai yang telah masak dan toskan minyak. Sedia dinikmati.

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! 

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! 

Senang je kan. Ye, memang senang. Cikla gerenti korang pun boleh membuatnya sendiri. Sedap pun sedap tau! 

Untuk sukatan cikla ni akan dapat dalam 23 ketul kuih Vadai. Tapi, ia bergantung kepada bentuk yang korang buat. Kalau korang bentuk kecil-kecil, dapat lagi banyaklah...


Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! 

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! 

Alhamdullilah, cubaan pertama menjadi. Encik suami pun cakap sedap dan lembut. Yeayyy! Kuih Vadai ni juga memang sedap dimakan ketika ia masih panas... Yummy!

Mission complete! 

28 October 2018

Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat!

October 28, 2018 5 Comments
Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat! | Assalamualaikum wbt. Al-kisahnya, hari ni cikla lambat pergi mencari barang basah untuk dibuat juadah tengah hari tadi. Dah dekat pukul 12 gitu baru keluar dari rumah, gara-gara tunggu encik suami balik. Emm, bila dah lambat masuk dapur tu, memang kita terfikir menu apalah yang ringkas dan cepat siap kan. Kalau boleh, satu menu tu semua ada. Protein, vitamin, serat dan semualah...

Apa lagi menu sebegitu kalau bukan sup kan. Betul tak? Dekat dalam sup, macam-macam kita boleh letak. Ayam, daging, fish ball, fish cake dan bermacam jenis sayur pun boleh.

So, inilah sup ayam sihat diberi nama. Haha. Nama resepi pun spontan dapat. Al-maklum sup bidan terjun kata orang... Haha.

Jom tengok sup ayam sihat cara cikla...

Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat! 

Sebelum memasak, kenalah ada bahan-bahannya dulu kan. Betul kan?
Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat!
Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat! 

Bahan-bahan : 
1 ekor ayam sederhana besar (potong sederhana kecil). 
1 biji bawang besar (dihiris). 
3-4 ulas bawang putih (diketuk). 
1/2 inci halia (diketuk). 
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar). 
1 peket kecil perencah sup BABAS. 
1 kuntum bunga lawang. 
1 batang kecil kulit kayu manis. 
1 ikat sawi jepun (disiang). 
1 biji lobak merah (potong bulat). 
1 mangkuk kecil tomato ceri. 
1 mangkuk cendawan tiram kelabu (disiat sederhana besar). 
Sedikit daun sup.
Sedikit minyak, garam dan air secukupnya.

Caranya :
Dalam periuk yang sesuai, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian, masukkan perencah sup BABAS dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.

Selepas itu, masukkan ayam dan gaul ayam bersama hasil tumisan tadi. Biar sekejap sampai air ayam nampak kering. Kemudian, masukkan air secukupnya atau sehingga ayam tenggelam diikuti dengan lobak merah. Biarkan ia mendidih dan ayam serta lobak merah empuk.

Bila kuah dah menggelegak, taburkan garam dan lada hitam. Sesuaikan rasa. Selepas itu, masukkan sawi jepun dan cendawan. Biarkan sekejap sehingga keduanya layu. Last, masukkan tomato ceri dan daun sup dan biarkan dalam seminit gitu. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

So, inilah hasilnya... Tengok, penuh sayur je tu. Ayam tak nampak pun kan. Sihat tak sihat, haha! 

Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat!
Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat! 

Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat!
Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat! 

Senang je kan. Bak kata orang, all in one. Semua ada. Tak payah pening-pening nak masak lauk lain. Sejenis pun dah cukup dah.

Kalau korang nak tau, sup sememangnya bagus untuk kesihatan. Cikla pernah terbaca yang sup elok untuk mereka yang sedang mengalami demam dan batuk. Kandungan di dalam sup yang kaya dengan pelbagai nutrien  termasuklah herba yang ada di dalamnya turut memberi manfaat kepada kesihatan kita.

Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat!
Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat! 

Lagipun, nak buat sup pun bukannya susah pun kan. Senang je. Main campak-campak je. Yang penting cukup rasa, dah sedap dah tu...

27 October 2018

Silica Gel? Ada gunanya ke?

October 27, 2018 4 Comments
Silica Gel? Ada gunanya ke? | Assalamualaikum wbt. Korang pernah tau atau tengok tak silica gel ni macam? Seriously, sebelum cikla tau pasal ni memang cikla pernah jumpa je pek yang tertulis silica gel dalam kotak kasut yang cikla beli. Dan, bila cikla jumpa memang cikla buang je sebab takut budak-budak buka pek tu dan makan.

Adoiii, masalah pulak nanti kan. Tak pasal-pasal!

Sebenarnya, pek silica yang disertakan itu ada gunanya. Diaorang bukan saja-saja letak benda tu tanpa fungsi. Haha... Kalau korang nak tau, silica gel mengandungi bahan seperti silicon dioxide, yang mana ia bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan. Kalau dah sifatnya menyerap kelembapan, sudah tentu ia berfungsi sebab 'agen penyelamat' untuk mengelakkan barang menjadi busuk, berbau atau rosak.

Ohhh... Itu fungsinya ye!

Tapi, walaupun dekat pek silica gel tulis tu tulis THROW AWAY sebenarnya ia masih boleh dimanfaatkan tau. Kita boleh menggunakannya untuk tujuan lain.

Wah, macam menarik je. Nak tau? Jom baca sampai habis...

Silica Gel? Ada gunanya ke? 

Perkongsian ni sebenarnya menarik sangat, sebab memang sebelum ni tak tau pun silica gel ni ada fungsi lain. 

Silica Gel? Ada gunanya ke?
Gambar diubahsuai dari carian Google. Silica Gel? Ada gunanya ke? 

Antara fungsinya adalah :

Silica gel dikatakan dapat membantu barang perhiasan sentiasa berkilat dan nampak baru. Caranya, korang just letak silica gel ni dalam kotak barang perhiasan korang. Apa yang paling bagus, kotak perhiasan korang tu adalah dari jenis fabrik supaya ia dapat mengelakkan kelembapan yang boleh membuatkan barang kemas jadi pudar dan tak shining.

Macam yang kita tau, silica gel membantu menyerap kelembapan, so sudah tentu ia juga berfungsi menghilangkan bau busuk pada beg sukan korang. Betul tak? Biasalah kan, kadang-kadang dalam beg sukan tu segala macam benda kita letak. Dengan baju kotor berpeluh tu. Itu belum lagi stoking busuk. Haha. Baunya, masyaAllah. Faham-faham ajelah kan. So, dengan silica gel inilah kita boleh hilangkan bau yang tak menyenangkan ni... 

At least, kurangkan bau kan!

Silica Gel? Ada gunanya ke?
Silica Gel? Ada gunanya ke? Kredit Google. 

Mengeringkan handphone? Bila baca macam tak percaya kan. Jangan... Jangan tak percaya dulu. Cuba korang masukkan silica Gel dan handphone korang dalam plastik kedap udara (zip lock). Kemudian, korang biarkan selama 5 hingga 6 hari. Lihat hasilnya selepas itu, mesti korang tak percaya!

Ada satu lagi kelebihan silica gel ini yang mungkin korang tak percaya, iaitu membantu  mengekalkan ketahanan baju-baju yang korang jarang guna. Caranya, adalah meletakkan sekali silika gel ketika menyimpan baju-baju tersebut.  Baju-baju seperti jaket, baju sejuk akan lebih tahan lama dan bau seperti baju baru bila diletakkan silica gel ini.

Wah, biar betul!

Selain itu, silica gel boleh membantu membrri kesegaran kepada bilik. Emm, caranya adalah hanya perlu keluarkan biji-bijian silica gel daripada peket ke dalam bekas dan titiskan pati minyak essential kegemaran korang seperti ros, lavender, lemon dan sebagainya. Hasilnya, bilik akan  berbau harum dan lebih segar.

Silica Gel? Ada gunanya ke?
Silica Gel? Ada gunanya ke? Kredit Google. 

Akan tetapi, cikla ada terbaca yang silica gel boleh menjadi bahaya terutamanya kepada kanak-kanak bila silica gel yang terkeluar dari peketnya dan terkena mata. Mata kanak-kanak malang tersebut menjadi bengkak, kemudian putih lalu menjadi buta. 

Kena lebih berhati-hati! 

Kalau korang nak tau lagi, silica gel pulak ada banyak warnanya. Yang biasa kita tengok tu warna putih kan! 

Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.

Jom amalkan konsep suku suku separuh. Pratikkan pemakanan sihat!

October 27, 2018 3 Comments
Jom amalkan konsep suku suku separuh. Pratikkan pemakanan sihat! Assalamualaikum wbt. Korang pernah dengar tak pasal ni? Nak tau, jom baca info menarik ni dan mari praktikkan! 

First, apa yang diperlukan adalah sebuah pinggan berukuran kira-kira 10 inci dan jom ikut langkah mudah berikut:

Jom amalkan konsep suku suku separuh. Pratikkan pemakanan sihat!
Jom amalkan konsep suku suku separuh. Pratikkan pemakanan sihat! 

* Suku pertama pinggan (anggaran satu genggaman tangan) diisi dengan sumber KARBOHIDRAT seperti nasi, mi, roti dan bijirin di mana kumpulan makanan ini merupakan sumber tenaga utama kepada badan kita. 

* Suku kedua (anggaran saiz bahagian tapak tangan) pula diisi dengan sumber PROTEIN seperti ayam, ikan, daging, telur dan ke kacang yang mana ia diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh.

* Separuh pinggan lagi (saiz secekup tapak tangan atau cupped hand) diisi dengan buah-buahan dah sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral yang mana ia penting untuk membantu pelbagai fungsi penting tubuh badan kita.

Tapi, korang jangan lupa pula minum air secukupnya (6 hingga 8 gelas sehari) sebab ia penting untuk mengawal suhu badan, menang mengangkut nutrien serta bahan buangan dalam badan kita.

Kalau korang jenis yang aktif dan banyak berpeluh, sebaiknya mengambil 2 gelas air tambahan untuk mengelakkan dehidrasi berlaku. Last, kawal pengambilan lemak, minyak, gula dan garam.

Jom amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. InshaAllah, sihat dan sejahtera.

26 October 2018

Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus!

October 26, 2018 5 Comments
Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus! | Assalamualaikum wbt. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa mungkin tau, kes  sekolah yang telah diarahkan tutup disebabkan oleh penularan wabak beguk. Untuk pengetahuan korang, SMAP Kajang dan SBPI Gombak telah diarahkan tutup selama 2 minggu sehingga 9 November oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

Memang serius kan. Iyelah, sampai diarahkan tutup kerana pelajar dan guru dari sekolah berkenaan telah dijangkiti penyakit itu.

Tapi, apa dia penyakit beguk ni sebenarnya ye? Nak tau? Jom baca apa yang cikla dan share ni. Sekurang-kurangnya ia memberikan kita sedikit ilmu mengenai penyakit ini dan sentiasa berwaspada terhadapa kesihatan diri masing-masing.

Apakah itu penyakit beguk dan simptomnya?

Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus! 

Untuk pengetahuan korang, penyakit beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Paramyxovirus. Kesannya, ia akan menyebabkan keadaan  bengkak terjadi dan mendatangkan rasa sakit pada kelenjar parotid iaitu kelenjar air liur.

Emm, penyakit ni boleh berjangkit ke?

Of course boleh. Kalau korang nak tau, ia adalah penyakit yang mudah berjangkit. Virus akan merebak melalui titian cecair daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Apa yang menakutkan adalah, ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Wah, biar betul!

Selain itu, ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan objek yang tercemar dengan air liur pesakit yang telah dijangkiti.

Apa pula tanda atau simptom yang boleh kita cam untuk penyakit ini?

Sebenarnya, tanda dan gejala jangkitan boleh  bermula selepas 12 hingga 25 hari berhubungan dengan mereka yang dijangkiti. Walaubagaimanapun, ada sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada menunjukkan simptom awal, tapi ereka mungkin mengalami demam, sakit kepala, mulut  kering dan hilang selera termasuklah keletihan. Di samping itu, pembengkakan akan berlaku pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid (kelenjar liur) dan gejala ini biasanya hilang dalam masa 10 hingga 12 hari.

Walaupun beguk dikatakan penyakit ringan yang biasa dihidapi, kadang-kala akan terjadi komplikasi seperti Encephalitis (pembengkakan pada otak), Meningitis (pembengkakan pada lapisan otak), Pancreatitis (inflamasi pada pankreas), Orchitis (lebam pada testis) yang berlaku pada lelaki dewasa di samping pekak.

Penyakit beguk sebenarnya tiada ubat yang khusus untuk memulihkannya tapi  simptom-simptom yang wujud boleh dilegakan dengan cara :

*Mengambil paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit.
*Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid.
*Meletakkan ais pada kelenjar parotid (kelenjar liur) atau testis untuk melegakan kesakitan.

Selain itu, mereka yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah (dikuarantin) sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus!
Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus! Kredit Google  

Kalau korang nak tau, penyakit beguk boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini akan  diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella) dan ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini. 

Apa yang cikla tau, petua orang tua-tua untuk melegakan beguk ni sapu nila pada kawasan yang terlibat. Tapi, sejauh mana kesahihan dan keserasian petua ni, waallahualam. 

Oh ye, bengkak disebabkan beguk dengan bengkak kelenjar tiroid lain tau. Bengkak beguk area kelenjar liur, manakala bengkak tiroid adalah bengkak di hadapan leher, di bawah halkum kita ni... 

Please take a note! 

Kredit Info SINI

25 October 2018

Apakah perbezaan antara ultrasound, xray dan CTscan? Jom baca info menarik ini.

October 25, 2018 1 Comments
Apakah perbezaan antara ultrasound, xray dan CTscan? Jom baca info menarik ini. | Assalamualaikum wbt. Sejujurnya, cikla pernah menjalani ujian ultrasound saja sebelum cikla melakukan pembedahan total thyroidectomy setahun lepas. Lepas tu, buat whole body scan atau WBS setiap kali selepas rawatan radioiodine (RAI).

Sebenarnya, ada macam-macam jenis scan bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi oleh seseorang.

Walaupun kita tengok ketiga-tiganya macam lebih kurang sama, tapi sebenarnya ada perbezaan antara 'mereka'.

Jom baca untuk tambah ilmu di dada.

Apakah perbezaan antara ultrasound, xray dan CTscan?

Apakah perbezaan antara ultrasound, xray dan CTscan? Jom baca info menarik ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Apakah perbezaan antara ultrasound, xray dan CTscan? Jom baca info menarik ini.


Ultrasound. 
Untuk pengetahuan korang, ultrasound ini sama macam scan yang digunakan untuk tengok baby dalam rahim semasa mengandung. Caranya adalah, kena letak alat (probe) di atas kulit dan kita akan nampak terus imej kat monitor. Ia biasanya digunakan untuk melihat keadaan di tisu, salur darah, bengkak dan sebagainya.

X-ray. 

Prosedur X-ray berbeza sikit daripada ultrasound. Bagi mereka yang mahu melakukan X-ray, pesakit kena masuk dalam bilik x-ray. X-ray dilakukan oleh sinaran dari mesin (kita tak nampak pun sinaran tu) yang mana ia akan hasilkan imej atas filem X-ray. Ia biasanya digunakan untuk tulang, tapi boleh juga apply untuk tengok keadaan tisu, salur darah (tapi, kalau yang ni hanya doktor je yang tengok).


CT-scan. 

Last, CT-scan pula kena masuk dalam terowong tu. Prinsipnya lebih kurang macam X-ray juga, cumanya ia lagi advanced sebab kita boleh tengok keadaan tisu, tulang dan sebagainya dengan lebih jelas, dan ada juga yang boleh buat 3D model.


Kesimpulannya, ultrasound ni menggunakan  gelombang bunyi, sangat selamat dan tidak  menyakitkan. Manakala, X-ray dan CT-scan pula termasuk dalam kumpulan non-ioinizing radiation.

Senang cerita dia ada radiasi sinaran cuma ia tidak setinggi radiasi macam perubatan nuklear. Korang tak perlu risau kerana kedua-duanya selamat, walaupun mungkin sesetengah keadaan mungkin perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya seperti wanita yang hamil di awal trimester. 

Oh ye, lupa ada satu lagi, Magnetic Resonance Imaging (MRI). Kalau yang ni guna magnet untuk tengok keadaan tisu organ macam otak, hati semua tu, teemasuklah nodus limfa, salur darah dan sebagainya.

Oleh kerana ia menggunakan magnet, mereka yang ada implan (logam) tu kena bagitau doktor yang dia ada benda tu. Ia sama juga kalau mereka yang ada macam besi yang pakai tulang patah, perentak jantung (cardiac pacemaker) atau apa-apa saja logam macam serpihan peluru ke kot la siapa pernah kena tembak tu.

Nanti doktor tentukan boleh buat ke tak.

Tapi, yang tak best MRI ni semasa prosedur dilakukan korang kena baring diam-diam lama. Kalau ada klaustrofobia, jenis takut tempat yang sempit, tertutup memang susah sikit.

Kredit: Ahmad Safwan Idrus. Group Facebook Tiroid Dan Anda Ori.

Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap!

October 25, 2018 3 Comments
Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap! | Assalamualaikum wbt. Cikla agak, hidangan pengat merupakan antara menu pencuci mulut yang popular khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Betul tak? Pengat ni pulak, ada macam-macam. Pengat pisang, pengat keledek, pengat keladi, dan pengat nangka. Itu yang cikla tahulah. Yang cikla tak tahu, mungkin banyak lagi.

Hari ni tergerak nak buat pengat pisang. Lagipun, macam agak lama juga tak makan pengat pisang, since buah pisang pun susah nak jumpa. Huhu.

Tapi, itulah. Kalau dah rezeki tak ke mana kan. Pagi tadi, masa hantar kakak Farisya dan abang Ammar pergi sekolah, kak ipar cikla merangkap pembantu tadika bagi cikla sesikat pisang tanduk hasil dari kebun sekolah.

Wah, memang langkah kananlah kan. Apa lagi, jom buat pengat. Haha!

Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap! 

Jom check bahan untuk buat pengat pisang tanduk cara cikla. Haha...

Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap!
Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap! 

Bahan-bahannya : 
6 biji pisang tanduk yang telah masak. 
1 kotak santan M&S. 
1 sudu besar biji sagu. 
1/2 senduk gula (kalau korang suka manis, lebihkan ye. Tapi elok kurang manis sikit).
1 helai daun pandan.
Secubit garam. 
Air secukupnya.

Caranya :
Kupas kulit pisang dan potong pisang kepada bentuk kesukaan korang. Cikla lagi suka potong kecil je. Senang nak makan. Ok, dalam periuk yang sesuai masukkan pisang tadi bersama sedikit air. Air tu agak-agaklah ye. Cukup-cukup buat pisang tenggelam di dalamnya, oklah tu.

Biarkan seketika sehingga mendidih.

Kemudian, masukkan gula, garam, biji sagu serta daun pandan. Biar sekejap sehingga gula larut. Last sekali, masukkan santan dan air secukupnya. Sesuaikan rasa. Biarkan sehingga kuah mendidih. Bila nampak pekat, tutup api dah bolehlah dihidangkan.

Oh ye, semasa memasak pengat, jangan guna api besar sangat untuk elak kuah pecah minyak. Nanti tak cantik pula kuahnya...

Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap!
Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap! 

Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap!
Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap! 

Dah terlanjur cerita pasal pisang ni, kalau korang nak tau pisang memang banyak khasiatnya. Ia juga sesuai dijadikan salah satu menu diet korang kerana ia adalah sumber tenaga yang baik. Kulit pisang pun bagus untuk kecantikan iaitu ia dikatakan mampu membantu mengurangkan parut. Wah, memang semulajadi sangat kan.

Jom makan pisang!

24 October 2018

Penggemar pegaga : Korang memang beruntung!

October 24, 2018 2 Comments
Penggemar pegaga : Korang memang beruntung! | Assalamualaikum wbt. Pegaga merupakan antara ulam-ulaman yang popular di kalangan penggemar sayuran mentah ini. Kalau cikla sendiri, cikla mengaku cikla kurang gemar makan pegaga. Mungkin sebab bau dan rasanya juga. Dan lagi satu, nak dapat pegaga sekarang memang agak payah...

Pendek kata, susah nak jumpa!

Apa yang korang mungkin tak tau, dan cikla pun baru tau yang pegaga ni dikatakan kaya dengan pelbagai khasiat. Sebelum tu, jom kita kenali dulu apakah itu pegaga...

Jom baca sampai selesai, hehe!

Apakah itu pegaga sebenarnya? 


Untuk pengetahuan korang, pegaga atau nama botaninya Centella Asiatica adalah sejenis ulam dikatakan sangat berkhasiat tak kira dari segi kesihatan malah untuk kecantikan juga. Umumnya, pegaga yang berbentuk seperti kipas dan semestinya berwarna hijau ini biasa dijumai di Jepun, India, China dan Indonesia.

Penggemar pegaga : Korang memang beruntung!
Penggemar pegaga : Korang memang beruntung! Kredit Google. 


Pegaga dikatakan kaya dengan pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.

Kini, pegaga kita semakin mendapat tempat di kalangan penggemar ulaman khususnya dek kerana kelebihannya yang kaya dengan pelbagai khasiat. Kita biasa tengok orang makan pegaga secara mentah, tapi ia sebenarnya boleh direbus dan dijadikan jus juga di samping ia turut diguna pakai dalam perubatan tradisional untuk merawat parut dan masalah selulit.

Dengar macam menarik je kan? 

Apakah kelebihan pegaga? 


Kalau korang nak tau, pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara alami di samping ia membantu meningkatkan peredaran darah sekaligus menjadikan muka lebih berseri. 


Selain itu, ia bersifat antibakteria, antikuman dan anti radang dan ia sememangnya dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak serta mengurangkan parut.

Sehubungan dengan itu, bahan aktif yang terkandung di dalam  pegaga akan merangsang peredaran darah seterusnya mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar di samping ia turut  menggalakkan pembentukan kolagen. Keadaan ini akan membantu mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit (strecthmark). 

Penggemar pegaga : Korang memang beruntung!
Penggemar pegaga : Korang memang beruntung! Kredit Google. 

Bagi mereka yang suka me minum jus pegaga, memang bagus sangat tu. Sebab apa? Sebab, ia dikatakan mampu membuatkan muka korang nampak awet muda. Ia juga membantu memyihatkan kulit, rambut serta kuku kerana ia menyokong pembentukan kolagen. Hasilnya, kulit akan tegang dan kelembapan semulajadi kulit lebih terpelihara.

Banyak lagi khasiat pegaga ni sebenarnya. Selebihnya, korang Google eh!

Nak try resepi jus pegaga? Let's do yourself! 


Umumnya, jus pegaga akan kelihatan hijau pekat tetapi punya rasa yang sedap oiii. Kalau tak percaya, jom cuba resepi jus pegaga ni sendiri. Orang cakap, rasa jusnya lebih kurang rasa macam jus epal.


Wooooo, sedaplah tu!

Penggemar pegaga : Korang memang beruntung!
Penggemar pegaga : Korang memang beruntung! Kredit Google. 

Jom check bahan-bahannya dulu.

Segenggam pucuk pegaga.
Sebiji epal.
Sebiji buah limau nipis.

Caranya, blend semua bahan diatas. Kalau korang nak tambah sedikit gula, boleh je. Tapi, jangan terlalu banyak. Apa yang bagus, tak payah letak gula pun. Lagi marvelous yaw! 

Selain jus, boleh buat kerabu juga. Adoii, cakap pasal kerabu terus kecur liur. Huhu. Jom makan pegaga hari ni... Haha!

Kredit Group telegram PetuaDanKesihatan.

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

October 24, 2018 3 Comments
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata! | Assalamualaikum wbt. Betul juga orang cakap, bunga dan wanita memang sukar dipisahkan. Perempuan, kalau tengok bunga memang terus jatuh cinta. Melainkan kalau memang tak punya masa yang banyak untuk membelai bunga kesayangan, itu cerita lainlah... 

Macam cikla sendiri, semenjak dua menjak ni naluri sukakan bunga makin membuak-buak. Mungkin sebab cikla terpengaruh dengan hobi mak cikla juga kot. Bak kata orang, kalau ada gengnya memang menjadilah kan. 

Kegilaan terhadap bunga membuatkan cikla suka kepada aktiviti menanamnya. Paling suka bila tengok bunga yang di tanam tu segar mekar dan subur. Aduh... Memang terasa puas tau! 

Senyum sendiri bila tengok mereka! 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Apa kata kita jamu mata tengok apa yang ada di kebun bunga kecilku. Hehe... 

Pertama : Bunga kertas! 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Cikla mula berjinak-jinak tanam bunga kertas ni bila cikla tengok mak cikla tanam bunga ni. Memang cantik, lebih-lebih lagi kalau ia berbunga lebat. Kalau korang nak tau, bunga kertas ni ada banyak jenis dan warnanya. Dan ia popular sebagai pokok berbunga sepanjang tahun. Nama botaninya pula adalah Bougainvillea app. 

Teringat pula lagu kumpulan Spring kan. Hehe! 

Pokok bunga kertas yang berbunga dalam gambar tu cikla baru alih dari polibag ke pasu bunga. Baru beli masa cikla balik kampung minggu lepas. Harap-harap ia akan segar mekar dan berbunga dengan banyaklah ye... 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Kalau yang ni tak tau warna apa bunganya. Kita tunggu ajelah bunga warna apa yang keluar ye.. Hehe! 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Yang dekat bawah ni cikla tak tau bunga apa. Tapi biasa memang orang gantung je. Apa yang best, senang nak jaga bunga ni... 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Berikutnya : Pokok pudina.

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Ini pokok pudina. Asalnya, pokok pudina agak kurang segar bila cikla alihkan dari pasu ke dalam kepok ni. Dan yang sebelah tu, cikla baru beli dan pindahkan ke situ. Ni kes nak bagi merimbun dan banyak. 

Tengok tu, lebar-lebar kan daun dia. Lepas ni kalau nak guna, tak payah beli dah. Petik je dari laman, haha. Tapi nak petik pun ada tip tau. Cikla pun baru tau. Kita tak boleh main petik dengan tangan je. Kena pakai gunting potong batang dia... 

Cikla suka tambah pudina dalam air bersama hirisan lemon dan serai yang diketuk. Emmm, sedapnya. Segar gitu! 

Tapi, cikla ada baca juga yang pudina boleh ditambah dalam masakan. Yang ni cikla tak pernah try! 

Kebaikan pudina memang banyak, korang nak tau Google ajelah ye. Hihi. Apa yang penting, ia memberikan bau dan rasa mint yang menyegarkan. Memang best

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Kalau yang ni pulak adalah  pokok Lavendar yang tak besar-besar. Tapi takpelah. Janji dia hidup subur walaupun tak membiak. Itu pun nampak macam dah nak berbunga balik. Oklah tu kan. Gemuk dan lebar jugak daun dia... 

Yang bawah gambar pokok Lavendar ni pulak pokok belalai gajah. Ramai cakap bagus pokok ni. Tapi cikla tak pernah apply pun. Tanam, just jadikan pokok hiasan laman je. 

Alhamdullilah, nampaknya macam subur juga tu. Syukurlah! 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Berikutnya, pokok-pokok lain yang ada. Tapi, cikla tak tau namanya. Haha. Main tanam je, sebab cantik. 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Kalau yang ni mak cikla panggil pokok mak datin. Tang mana datinnya tu, cikla tak tahulah pulak. Mungkin sebab bunga dia cantik kot. Tapi, hati-hati sebab batang pokok bunga berduri. 

Memang tak sesuai letak di dalam beranda rumah sebab mungkin bahaya kepada budak-budak yang main di situ. Elok letak di luar je. Dekat tepi rumah pun cantik. Bunga ni agak senang nak jaga. Kalau sekali dia berbunga, memang tak berhenti. 

Tak salah cikla, bunga ni pun ada jenis-jenisnya. 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Seterusnya : Pokok Garuda.

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Korang kenal pokok ni tak? Orang dulu panggil pokok daun garuda. Baunya, memang busuk. Pokok ini dikatakan banyak khasiatnya terutama dari segi perubatan tradisional. Mak cikla cakap, pokok ni kena jaga betul-betul sebab kalau boleh jangan letak di tanam untuk elakkan dari di langkah ayam. Kalau tak mati. Lagi satu, mereka yang dalam sedang dalam haid pun, tak boleh sentuh pokok ni. Kalau tak, memang almarhumlah pokok ni jawabnya. 

Sejauh mana kesahihannya, waallahualam. Cikla cuma mendengar dari orang tua turun temurun je. 

Korang tengok pokok garuda cikla. Alhamdullilah  memang hidup subur sejak cikla beli dia.. 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Mujurlah cikla serasi menanam bunga. Tapi kalau tanaman herba memang cikla fail. Sebelum ni gigih tanam kunyit, serai dengan pokok kari. Kejap je subur, lepas tu kiok. Adoiii, tak taulah di mana silapnya. Rasanya dah bagi penjagaan yang rapi jugak. Lepas tu pokok karinya tak besar-besar. Besar tu je. Haha...

Tapi, daun kesum ok juga... Hiduplah juga dekat tepi longkang tu. Kata nak tanah lembap, so duduklah kau di situ baik-baik ye... 

Bagi cikla, hobi baru  cikla ni adalah terapi diri cikla juga. Bukan apa, bila kita tengok bunga-bungaan ni semua automatik hati jadi tenang. Rileks je rasa... 

Tak percaya. Apa kata korang start gardening sekarang. Ini adalah terapi diri percuma. Tak perlu bayar pun... Cuma kena keluar modal sikitlah untuk beli benih bunga, baja dan tanah (kalau perlulah). Lepas tu, masa untuk membela dan membelai dia... Haha! 

Let's do it!






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.