Power cermin mata boleh turun ke?

By Cikla Shahril - September 13, 2018

Cikla pakai cermin mata dah lama, since dari tingkatan 3. Maknanya, time tu umur cikla 15 tahun. Sekarang dah 36 tahun. Korang kiralah berapa lama cikla dah bercermin mata. Bila dikenang balik kenangan cikla dah start rabun jauh, memang kelakar. 

Kawan sekelas  cikla yang duduk dekat sebelah cikla masa tu (tingkatan 2 Mahu, SMKSAA) memang jadi 'mangsa' peniruan nota yang cikgu tulis dekat papan hitam. Ramu, i'm still remember you meh! But, are you remember me? Haha! 

Kalau dikira tempoh masa yang panjang tu, memang dah berganda-gandalah power dia kan. Naik tingkatan 3, baru ada rezeki nak buat cermin mata. 

Maklumlah, keluar cikla bukanlah orang yang senang. Nak dapat benda-benda macam tu agak susah juga. Lagipun, malaslah nak bebankan abah. 

Power cermin mata boleh turun ke!
Power cermin mata boleh turun ke! 

First power cikla memang agak tinggi, tapi cikla lupa berapa. Baru-baru ni, cikla check  balik power mata alhamdullilah semakin menurun. Sebenarnya, ini kali kedua cikla check, power turun. 

B (power cermin mata yang cikla pakai sekarang. A (power baru). SPH atau S (power rabun jauh, CYL atau C (silau). 

Cikla ingat power tak akan menurun melainkan ia kekal sama atau makin naik. Orang yang check kan power tu pun cakap power cakap makin turun. 

Tapi, ada pulak yang cakap mesin check mata tu tak accurate sangat. So, tak boleh nak cakap ia turun sebenarnya. Waallahualam, cikla pun tak pasti sejauh mana kebenarannya.

Apa yang cikla perasan lately kalau cikla pakai cermin mata yang sekarang ni memang rasa macam pening kepala sikit, macam berbayang pun ada. 

Mungkin sebab power mata dah turun kot, dan ia dah tak suami lagi dengan power cermin mata sekarang. 

Cikla pun tak pasti!

Power cermin mata boleh turun ke!
Power cermin mata boleh turun ke! 

Emmm, seandainya betul power memang dah turun, alhamdullilah. Cikla bersyukur sangat! Tapi, kalau korang tanya apa rahsianya power mata cikla boleh berkurangan, takde rahsia kot. Supplement pun cikla tak pernah ambil. 

Tapi, yang cikla perasan lately memang cikla selalu malam tomato dan lobak. Kadang-kadang, minum carrot juice. Mungkin itu asbab ia terjadi atau kebetulan saja!

By the way, alhamdullilah!

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Wah! best la macam tu power dah turun mungkin juga tu sebab makan carot dan tomato lagipun dua makanan tu kan memang baik untuk mata.

    Mrs. A kalau check tak pernah turun pun powernya tapi syukurlah tak jugak naik.

    ReplyDelete
  2. kalau boleh turun alhamdulillah.. nak tau jugak cara menurunkan power rabun.. hehe

    ReplyDelete
  3. boleh ekk?
    hmmmm so far aida x pernah dgr plak, cikla.
    tapi kalau betul, nak gak cari rahsia nyer tu.
    tambahan plak dgn gajet, komputer, etc. tak rasa power aida boleh turun.

    ReplyDelete
  4. Cik La kalau makan buah sebaiknya dimakan begitu sahaja. Jus buah tidak elok untuk kesihatan kerana mempunyai gula fruitosa yang merbahaya kepada kesihatan. Cara makan buah yang betul ialah buah dimakan dengan isinya sekali yang mempunyai serat. Serat akan menghalang resapan gula fruitosa ke dalam darah. Allah telah menjadikan buah itu dengan baik sekali, kita manusia merubah kejadian asal menyebabkan kebersanan dan khasiat buah akan menjadi tidak akurat. Terima kasih Cik Ila.

    ReplyDelete