Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat!

By Cikla Shahril - September 27, 2018

Kalau sebelum ni kita biasa tengok orang buat cendawan goreng atau dicampur dalam sup dan tomyam, tapi apa kata kali ni kita try buat berkuah pulak. Rasanya tentu lebih sedap kalau kena dengan gayanya. Betul tak? Sebelum itu, cikla nak share sikit apakah khasiat cendawan kepada kesihatan kita. Untuk pengetahuan korang, cendawan juga dikenali sebagai kulat dan dikategorikan dalam kumpulan Fungi. 

Setahu cikla, cendawan ni ada banyak jenisnya. Tapi antara yang paling digemari dan biasa kita jumpa adalah cendawan tiram. Cendawan tiram pula beberapa jenis, dan yang paling cikla suka adalah cendawan tiram kelabu. Cendawan sememangnya kaya dengan khasiatnya yang tersendiri kerana mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia. 

Apa yang best, cendawan juga merupakan sumber antioksidan dan kalsium yang bagus. Memang tak rugi makan cendawan tau. Tapi, memang tak dinafikan ada sesetengah orang yang 'tak tahan' makan cendawan. Macam pak mertua cikla. Hari tu dia makan terlebih kot, katanya sakit badan-badan ya sebab angin. Mungkin jugalah. Bagi diri cikla, alhamdullilah ok je. Tapi, takdelah melantak sangat. Makan dalam kuantiti sederhana je. Hehe. 

Cikla nak share satu resepi berasaskan cendawan yang sangat mudah disediakan dan semestinya sedap. Mungkin ramai yang tau resepi ni, tapi ini resepi cara cikla. Mungkin lain sikit. Hehe. Jom check Bahan-bahannya dulu. 

Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat!
Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat! 

Bahan-bahannya :

1 peket kecil cendawan tiram kelabu.
I biji bawang merah (dihiris).
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
Sedikit halia (dihiris).
2-3 tangkai cili padi (dihiris).
Segenggam ikan bilis atau udang kering (ditumbuk kasar).
1 camca kecil serbuk ketumbar.
1 biji cili besar (dihiris).
1 kotak santan.
Sedikit minyak untuk menumis, garam dan serbuk kunyit untuk warna.

*korang boleh guna perencah seperti udang hidup. Lagi sedap!
*bahan dihiris tu korang boleh tumbuk juga.

Cara nak buat :
  1. Bersihkan cendawan dan carik cendawan sederhana besar. Ketepikan.
  2. Dalam periuk atau kuali yang sesuai, masukkan sedikit minyak dan bila minyak panas tumiskan bahan dihiris atau ditumbuk sampai naik bau. Selepas itu, masukkan perencah dan serbuk ketumbar. Tumis sampai naik bau.
  3. Bila dah naik bau, masukkan santan dan sedikit air. Bila mendidih masukkan sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning. Tapi kalau tak nak letak pun takpe. Ok je.
  4. Bila kuah dah mendidih, masukkan cendawan dan hirisan cili besar. Taburkan garam dan sesuaikan rasa. Biarkan sekejap sehingga kuah mendidih. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Kita kasi closeup lagi. Taraaa.

Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat!
Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat! 

Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat!
Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat! 

Senang je kan. So, peminat cendawan boleh cuba sendiri di rumah. Rasa dan nilaikan. Hihi. Manalah tau, kot kot nak ubah selera. Tambah pulak dengan sambal belacan, ikan gelama masin goreng tabur bawang dengan cili padi, pergghhh tak sedar bertambah-tambah makan. Punah diet teman. Haha!

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. SA pun suka masak macam ni...lawan plak ikan masin goreng...wallaweiiii

    ReplyDelete
  2. aida kerap buat.
    couple dgn udang.
    ohsem!

    ReplyDelete
  3. kenapa saya baru tahu ada gulai lemak cendawan tiram haha. Nampak menyelerakan. Kena try.

    ReplyDelete