Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!

By Cikla Shahril - September 21, 2018

Sebelum ni adik Zara selalu juga kena selsema dan batuk. Bila dah teruk sangat terpaksalah bawa ke klinik sebab nanti takut melarat pula. Tapi, bila dah dapat ubat tu pula, satu masalah lagi muncul. Cabaran nak bagi makan ubat. Allahu, memang payah sangat. Cikla pun tak pasti since bila adik Zara takut makan ubat. Kalau dulu senang je kot. Tapi, nak buat macam mana. Terpaksa juga bagi. Nak baik kan. Memang penuh drama air mata. Dan sedikit pergelutan. Haha.

Di samping ubat klinik, cikla ada jugalah apply balm dekat adik Zara supaya dia rasa lebih selesa. Korang faham-faham sajalah kalau selsema, hidung tersumbat. Memang tak selesa nak bernafas kan. Plus batuk lagi. Kita yang dewasa ni, kadang-kadang rasa azab juga inikan pula kanak-kanak, lagilah kesian kan. Apa yang cikla lakukan? Haaa, inilah yang cikla nak share

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Garlic Balm by ZM BEAUTY. Sejujurnya ini kali pertama cikla tengok balm ni. Very interesting! Untuk pengetahuan korang, Garlic Balm ini mampu mengatasi masalah batuk, selsema, kahak, kembung perut, gatal ringan, asma ringan dan angin dalam badan. 

Sebenarnya, kisah macam mana cikla 'terguna' balm ni kebetulan cikla balik ke kampung. Adik cikla bercerita dengan cikla yang anak kecil dia selalu selsema dan sesekali batuk. Baby, kalau kita bawa ke klinik pun sesetengah doktor tak akan bagi ubat kecuali ada kes tertentu. 

So, dia menggunakan Garlic Balm ni. Alhamdullilah, serasi dengan anak dia. Bila dengar cerita dia, tergerak pula nak try dekat adik Zara. Manalah tau serasi, tak perlu bergantung dengan ubat kan. Lagipun, asyik bergantung ubat pun tak elok juga. Terus cikla suruh adik cikla orderkan, kebetulan orang yang jual balm ni tinggal di daerah sama dengan rumah kami. So, dekat lah. 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Rasanya semua orang tahu yang bawang putih ni memang banyak khasiatnya kan. Untuk pengetahuan korang, bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Bawang putih juga boleh bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang baik. Tapi, cikla ada terbaca, kita elok ambil bawang putih secara mentah berbanding yang sudah dimasak untuk keberkesanannya. Tapi, bau bawang putih memang agak kuat kan. Menusuk deria bauku! Bau Garlic Balm ni pun sama. Sangat kuat baunya! 

So, berbalik kepada cerita adik Zara, bila cikla oleskan kali pertama pada dia, alhamdullilah malamnya dia tidur agak lena. Kalau tidak asyik batuk je, tidur pun tak nyenyak. Dua kali cikla sapukan Garlic Balm ni, dia muntah. Memang habis keluar semua kahak dan lendir yang selama ni degil sangat nak keluar. Nah kau, rasain! Selepas beberapa guna, lama-kelamaan selsema dan batuk adik Zara semakin kurang dan hilang. Alhamdullilah, asbab dari balm ni adik Zara sembuh. Syukur! 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Cikla  nak share juga tip penggunaan Garlic Balm ni, adalah seperti berikut, sapukan Garlic Balm pada telapak kaki, belakang badan, dada iaitu rusuk kiri dan kanan, tengkuk, ubun-ubun, bahagian sinus yang melibatkan dahi, tepi kiri dan kanan hidung. Selain itu, sapukan juga pada perut untuk membantu mengurangkan masalah kembung perut dan pakai stoking semasa tidur. Korang dinasihatkan melakukan patch test untuk alergik sebelum guna. 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Mahal tak Garlic Balm ni? Bagi cikla, harganya tidaklah begitu mahal jika nak dibandingkan dengan manfaat dan kebaikan daripadanya. Cuba korang teka berapa harganya? Cikla tak pasti tempat lain berapa, tapi cikla beli hanya RM25 sebotol dan tambah RM3 untuk COD. Bagi mereka yang ingin nak cuba, cikla memang sangat recommended this for you all. Terbaik!

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments