Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 

By Cikla Shahril - September 19, 2018

Cendawan goreng tepung, memang popular makanan ni. Kalau dekat tempat cikla memang ada orang jual masa pasar petang area sini. Sedap! Tapi, sebenarnya nak buatnya sendiri tak susah mana pun. Yang penting rajin. Haha. Biasanya orang buat cendawan goreng tepung, guna tepung serba guna atau tepung KFC segera tu. So, kali ni cikla nak share cendawan goreng tepung cara cikla. Jom check resepi.

Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan!
Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 

Bahan-bahannya :

1 peket cendawan tiram kelabu (yang putih pun boleh).
1-2 senduk tepung gandum.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
Sedikit garam dan perasa (jika perlu).
Air suam secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.

(kalau nak pedas sikit boleh tambah serbuk lada hitam).

Cara nak buat:

Siat cendawan ikut saiz disukai dan cuci sebersihnya. Kemudian, toskan. Dalam bekas yang sesuai, masukkan tepung gandum, serbuk kunyit, garam dan air. Gaul bahan-bahan tadi sehingga menjadi sekata. Pastikan adunan tak pekat dan tak cair sangat. Yang sedang-sedang saja. Hehe. Selepas itu, masukkan cendawan di dalam adunan yang telah siap dan gaul rata.

Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan cendawan yang telah digaul dengan adunan tepung. Goreng cendawan hingga kuning kecemasan. Toskan minyak elok-elok, dan angkat cendawan. Sedia dinikmati. So, inilah hasilnya. Kita kasi closeup sikit. Hehe.

Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan!
Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 

Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan!
Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 

Cicah dengan sos. Emm, memang sedap. Lebih sedap dinikmati semasa masih hangat. Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

14 Comments

  1. Sedap ni makan panas-panas..

    ReplyDelete
  2. ini sedap ni rangup krup krap krup krap. pernah buat sekali hahaha but it was a disaster. xmooo kenang hahaha.

    ReplyDelete
  3. feveret ni. sedap makan panas-panas, cicah sos dengan keju..fuhhh

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. MN nak cuba try lah cara cikla nie..sebab pernah cuba guna tepung bestari tu tapi bila dah goreng terlalu masin lah pulak..sebab MN jenis bukan makan masin sangat pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Kalau tepung segera tu mmg masin gila. Buat sendiri boleh adjus garam kan. Takdelah nnti masih sgt..

      Delete
  5. de yang cakap tepung beras lagi rangup, dua2 tk pnah buat, hihi

    ReplyDelete
  6. wow. terkenang gi cameron highlands ari tu.
    beli 3 plastik, makan kat tepi pasar mlm dgn anak-anak :)

    ReplyDelete