Bihun goreng lada hitam, menu untuk mereka yang berpantang low diet iodine untuk rawatan radioiodine.

By Cikla Shahril - September 13, 2018

Semasa melalui tempoh berpantang low diet iodine, sebaiknya dijalani dengan betul supaya rawatan RAI dapat dilakukan dengan berkesan. Kalau dulu, cikla rasa macam agak susah nak cari menu yang sesuai. 

Tapi, bila dah beberapa kali menjalani rawatan ini termasuklah berpantang LID, dah tau jugalah sedikit sebanyak apa menu yang boleh diambil sepanjang tempoh itu. 

Antaranya, inilah. Bihun goreng lada hitam. Bahan-bahan yang mudah didapati dan semestinya mudah serta sedap. Jom tengok macam mana nak menyediakannya. 

Bahan-bahannya :

1/2 bungkus bihun (direndam dalam air panas dan ditoskan setelah lembut). 
1/2 biji bawang merah dihiris. 
1-2 ulas bawang putih dihiris. 
1 sudu lada hitam (ditumbuk kasar). 
Sedikit isi ayam. 
Tomato ceri. 
Sebiji putih telur (optional)
Minyak dan sedikit garam. 

Bihun goreng lada hitam, menu untuk mereka yang berpantang low diet iodine untuk rawatan radioiodine.
Bihun goreng lada hitam, menu untuk mereka yang berpantang low diet iodine untuk rawatan radioiodine.

Caranya pulak. 

Dalam kuali yang bersesuaian, panaskan sedikit minyak. Kemudian, tumis bahan yang dihiris sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan isi ayam dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan isi ayam masak. 

Selepas itu, masukkan bihun dan sedikit air. Kacau rata. Last, masukkan tomati ceri dan gaul sekejap. Tutup api dan sedia dinikmati. 

Bihun goreng lada hitam, menu untuk mereka yang berpantang low diet iodine untuk rawatan radioiodine.
Bihun goreng lada hitam, menu untuk mereka yang berpantang low diet iodine untuk rawatan radioiodine.

Bihun goreng lada hitam, menu untuk mereka yang berpantang low diet iodine untuk rawatan radioiodine.
Bihun goreng lada hitam, menu untuk mereka yang berpantang low diet iodine untuk rawatan radioiodine.

Kalau nak lagi ummphh, sebelum makan tu perahkan air limau nipis sikit dan sedikit cili padi. Wow, terangkat!

Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. tomato ceri tu kalau di ganti dengan carrot boleh ke..sebab MN tak suka tomato ceri

    ReplyDelete
  2. Ni orang tak diet iodine pun berselera cikla. Lagi2 ada cili api potong. Terangkat habis.

    ReplyDelete
  3. org sihat, org tak sihat, akan berselera mihun gini :)
    aida x pernah goreng mihun kat umah.
    kurang pandai. mihun keras :) hi hi hi
    kalau balik umah kakak, dia sure masakkan mihun goreng sedap!

    ReplyDelete