29 September 2018

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.

September 29, 2018 11 Comments
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. | Assalamualaikum wbt. Kacang pistachio? Kacang apa ni? Nak menyebut namanya pun bukan main berbelit lidah. Sedap ke? Haaa, sedap ke tidak itulah persoalan popular yang selalu orang akan tanya kalau melibatkan makanan mereka tak pernah makan.

Sejujurnya, cikla sendiri pun first time makan kacang ni. Kebetulan, kawan encik suami yang bagi. Memula encik suami bawa balik kacang ni, memang jakunlah menengoknya. Sibuk cikla tanya dia, kacang apa ni? Emmm, langsung dia tak jawab. Agaknya encik suami pun tak tau kacang apa ni. Malulah tu nak mengaku! Haha!

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Bila cikla tengok rupa paras kacang pistachio ni, macam mana nak makannya eh. Kulit luarnya memang keras, so kenalah buang. Makan isinya je...

Rasanya macam mana? Sedap tak?

Serius, memang sedap. Rasanya lemak-lemak masin. Senang cakap rasanya macam kuaci jugalah. Tapi, kacang pistachio ni lebih sedap.

Kacang pistachio ni agak mahal harganya. Cikla pernah nampak satu balang kecil je pun, tapi harganya dah RM15 lebih. Ini pun rezeki cikla orang bagi. Kalau tak, memang tak pernah rasa pun kan.

Tapi, takpelah. Kira berbaloi juga dengan khasiat yang kita akan dapat.

Tak gitu!

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Apa kelebihan dan khasiat kacang pistachio ni agaknya? Rupanya, banyak khasiat kacang ni. Kalau korang nak tau, kacang ini jugak terkenal dengan gelaran makanan genius sebab ia bagus untuk otak dan menguatkan daya ingatan.

Untuk budak-budak baguslah ni, sebab nanti mereka tak mudah lupa apa yang diajar oleh cikgu di sekolah.

Cikla pernah baca, budak-budak tahfiz makan kacang ni untuk menguatkan daya ingatan mereka menghafal Al-Quran.

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Kalau korang nak tau, cikla pernah terbaca dekat satu artikel ni, yang kacang pistachio ini dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri, iaitu ia kaya dengan pelbagai zat dan mineral seperti zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zink, di samping turut mengandungi fitoterol yang mana ia dikatakan dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Apa yang best, mereka yang berdiet pun boleh jadikan kacang pistachio ni salah satu dari menu mereka kerana ia merupakan sumber tenaga yang baik di samping dapat membantu menurunkan kolesterol...

Wah, syoklah. Makan kacang pun boleh kurus mehhh. Hihi!

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Ibu hamil pun bagus makan kacang ni. Tapi mereka yang ada alergik kepada ke kacang kenalah berpada-pada mengambil kacang ini!

Jom makan kacang pistachio!

28 September 2018

Dai Pendakwah Nusantara musim keenam. Jom saksikan pentas akhir malam ini.

September 28, 2018 2 Comments
Dai Pendakwah Nusantara musim keenam. Jom saksikan pentas akhir malam ini. | Assalamualaikum wbt. Peminat program Da'i Pendakwah Nusantara pasti tak akan melepaskan peluang menyaksikan pentas akhir 3 peserta malam ni selepas berjuang selama 10 minggu berturut-turut dan berjaya menyelesaikan task yang diberi dengan jayanya. 

Dai Pendakwah Nusantara musim keenam. Jom saksikan pentas akhir malam ini.
Dai Pendakwah Nusantara musim keenam. Jom saksikan pentas akhir malam ini. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

So, malam inilah penentu kepada siapakah yang akan dinobatkan sebagai Da'i terbaik antara yang terbaik.

Antara da'i Adam, da'i Haziq dan da'i Imran, siapakah bertuah itu?

Untuk program kali ni, cikla ada juga follow walaupun tak setia mengikutinya setiap minggu. Alhamdullilah, da'i kegemaran cikla da'i Adam berjaya menempatkan diri di pentas akhir. Hehe! Da'i Adam adalah seorang mualaf tau! Manakala, da'i Haziq adalah seorang pelajar perakaunan dan da'i Imran adalah peserta termuda antara mereka.

Dai Pendakwah Nusantara musim keenam. Jom saksikan pentas akhir malam ini.
Dai Pendakwah Nusantara musim keenam. Jom saksikan pentas akhir malam ini. Sumber Google. 

Dai Pendakwah Nusantara musim keenam. Jom saksikan pentas akhir malam ini.
Dai Pendakwah Nusantara musim keenam. Jom saksikan pentas akhir malam ini. Sumber Google. 

Dai Pendakwah Nusantara musim keenam. Jom saksikan pentas akhir malam ini.
Dai Pendakwah Nusantara musim keenam. Jom saksikan pentas akhir malam ini. Sumber Google. 

Sejauh manakah kemampuan mereka dalam menarik hati juri dan penonton?

Pendapat cikla, program Da'i Pendakwah Nusantara musim ini lebih menarik dan fresh. Mereka bukan saja pandai berceramah dan bijak menarik minat penonton melihat persembahan mereka, malah mereka perlu lebih kreatif dalam setiap penggayaan. Semuanya penting supaya persembahan mereka tidak boring dan suram je.

Isi kandungan ceramah peserta setiap minggu sangat memberi manfaat dan adakalanya menyentap hati manusia pendosa seperti cikla ni. Terkesan ooo! Sob sob sob...

InshaAllah, juara Da'i Pendakwah Nusantara akan membawa pulang hadiah utama sebanyak RM60K tunai. Wah, banyak tu kan... Oh ye, untuk pengetahuan korang, seorang da'i pilihan penonton akan dipilih melalui undian di lama sosial, Twitter. Kiranya, favourite da'i lah ni...

Walau apapun, good luck pada ke semua peserta yang berjaya ke pentas akhir. Buat yang terbaik, dan semoga ada rezeki salah seorang dari mereka dinobatkan sebagai juara. Jangan lupa pukul 9 malam ini di TV3. 

Good luck guys! 

27 September 2018

Blog Walking Segment By KasihJuju.

September 27, 2018 9 Comments
Blog Walking Segment By KasihJuju. | Assalamualaikum wbt. Jom join segmen ni. Boleh tambah kenalan dan jalan-jalan di blog kawan-kawan yang lain. Merapatkan ukhwah silaturrahim walaupun di alam maya.

Moh kita join reramai. Klik pada banner kalau nak join, ok!

Blog Walking Segment By KasihJuju. 

Blog Walking Segment By KasihJuju.
Blog Walking Segment By KasihJuju. 

Segmen berakhir pada 30 September ni. So, cepat-cepat join, namti melepas pula. Hehe. 

Selamat bersegmen korang! 

Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa!

September 27, 2018 5 Comments
Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa! | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Sejujurnya, cikla sedang excited sekarang ni, dan sedikit menyesal jugalah sebab lambat baca email dari LAZADA untuk 2nd session Lazada Shopathon Blogger Contest. Adoi... Mujur cikla baca entri mengenai ini di blog Syah Banu. Terus cikla check email, Allahu, memang cikla ada dapat email dari LAZADA mengenai contest ni. 

Hari ni last day pulak tu. Dengan pantas cikla join. Haha...

Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa!
Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa!

So, macm biasalah LAZADA masih menjadi top one yang menawarkan sale yang hebat dan tak ingat untuk para pelanggan setia mereka. Cikla ada juga beberapa kali shopping di LAZADA ni.

Rasanya semua tahu kot yang LAZADA sedang melancarkan Shopathon Sale yang berlangsung since 21 September 2018 till today, 27 September 2018.

What?

Yes dear, today is the last day untuk korang shopping sampai pengsan di LAZADA. memang terlalu banyak barangan dan produk yang ditawarkan promosi gila kentang punya. Korang mesti rambang  mata nak beli yang mana. Haha!

Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa! Inilah 3 barang idaman yang cikla nak sangat. 

Macam biasa, disebabkan sale yang super duper banyak dan memang tak tau nak shopping yang mana satu, here 3 barang idaman yang cikla nak sangat dari store yang sememangnya sangat popular di kalangan pelanggan di LAZADA ini. Tengok aje, best seller rantings dia, memang sangat dipercayai. So, no worry lah! 

Ok ok, jom tengok apa yang cikla nak sangat tu. Hehe. 

Pertama : Maybelline Store. 
Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa!
Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa!

Wit wit, siapa aje yang tak kenal brand kosmetik terkenal dunia ni kan? Semua orang kenal kot. So, memiliki barangan dari brand ini sememangnya menjadi idaman semua wanita disebabkan oleh kualiti dan pilihan kosmetik yang banyak. 

Itu sebabnya, sesetengah orang tak kisah sangat dengan harganya yang agak mahal (untuk sesetengah produk Maybelline), tapi bak kata pepatah "kalah membeli, menang memakai..." 

Betul tak? 

So, kalau dimurahkan rezeki cikla teringin sangat nak memiliki salah satu koleksi lipstick Maybelline dengan warna yang menarik. Adoii, memang tergoda aihh! Korang tengoklah tu, 50% OFF tu. 

Memang rugi tak grab weh! 

Kedua : Zoe Arissa Store. 
Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa!
Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa!

Memang lumrah seorang perempuan suka bershopping kan? Lebih-lebih lagi shopping baju. Korang tengok ajelah, ada sesetengah tu wardrobe dah penuh dah wehhh, malah ada baju atau dress yang belum dipakai lagi, pun masih nak bershopping lagi... 

Haha! 

Jangan salahkan kami. Kami bershopping sebab nak nampak cantik depan suami kami. Ececeh, alasan. Kemain lagi. Haha! 

Bila cikla tengok baju termasuklah dress dan jubah di Zoe Arissa Store ni terus jatuh cinta dengan koleksi pakaian di sini. Cantik-cantik weh. Kalau ikutkan hati, macam nak borong semua je... 

Puas hati! Haha! 

Tengoklah tu, siap ada sale lagi. Omaigad... 45% OFF kau! Memang rugilah tak rembat sehelai dua buat tambah koleksi baju dalam almariku itu. Boleh menangis tepi bucu katil dibuatnya ni. Hehe. 

Ketiga : Poney Store. 
Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa!
Lazada Shopathon Blogger Contest session 2 kembali daaa!

Sejujurnya, cikla jarang bershopping baju untuk anak-anak. Bukan kedekut tau, tapi masih banyak lagi baju yang boleh dipakai dan masih baru. Kalau bershopping pun, time nak raya atau kalau ada majlis tertentu.

Jenama Poney ni memang popular kan, bukan disebabkan harganya tapi lebih kepada kualiti pakaian itu sendiri. Senang cakap, lebih tahan lama dan banyak pilihan. Pakaian untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan memang banyak dijual di store ni. Cantik dan memang menarik design nya...

Dan yang paling best, hampir ke semua pakaian ada offer sale yang sangat banyak weh up to 54% Off. Waduh waduh! 

Hope adalah rezeki anak-anak cikla bergaya dengan baju baru nanti. Hehe. 

Semoga murah rezeki kami sekeluarga! Amin!

Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat!

September 27, 2018 5 Comments
Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat! | Assalamualaikum wbt. Kalau sebelum ni kita biasa tengok orang buat cendawan goreng atau dicampur dalam sup dan tomyam, tapi apa kata kali ni kita try buat berkuah pulak. Rasanya tentu lebih sedap kalau kena dengan gayanya. Betul tak? 

Sebelum itu, cikla nak share sikit apakah khasiat cendawan kepada kesihatan kita. Untuk pengetahuan korang, cendawan juga dikenali sebagai kulat dan dikategorikan dalam kumpulan Fungi. 

Setahu cikla, cendawan ni ada banyak jenisnya. Tapi antara yang paling digemari dan biasa kita jumpa adalah cendawan tiram. Cendawan tiram pula beberapa jenis, dan yang paling cikla suka adalah cendawan tiram kelabu. 

Cendawan sememangnya kaya dengan khasiatnya yang tersendiri kerana mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia. 

Apa yang best, cendawan juga merupakan sumber antioksidan dan kalsium yang bagus. Memang tak rugi makan cendawan tau. 

Tapi, memang tak dinafikan ada sesetengah orang yang 'tak tahan' makan cendawan. Macam pak mertua cikla. Hari tu dia makan terlebih kot, katanya sakit badan-badan ya sebab angin. Mungkin jugalah... 

Bagi diri cikla, alhamdullilah ok je. Tapi, takdelah melantak sangat. Makan dalam kuantiti sederhana je. Hehe. 

Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat! 

Cikla nak share satu resepi berasaskan cendawan yang sangat mudah disediakan dan semestinya sedap. Mungkin ramai yang tau resepi ni, tapi ini resepi cara cikla. Mungkin lain sikit. Hehe. 

Jom check Bahan-bahannya dulu. 

Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat!
Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat! 

Bahan-bahannya : 
1 peket kecil cendawan tiram kelabu.
I biji bawang merah (dihiris).
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
Sedikit halia (dihiris).
2-3 tangkai cili padi (dihiris).
Segenggam ikan bilis atau udang kering (ditumbuk kasar).
1 camca kecil serbuk ketumbar.
1 biji cili besar (dihiris).
1 kotak santan.
Sedikit minyak untuk menumis, garam dan serbuk kunyit untuk warna.

*korang boleh guna perencah seperti udang hidup. Lagi sedap!
*bahan dihiris tu korang boleh tumbuk juga.

Cara nak buat :
  1. Bersihkan cendawan dan carik cendawan sederhana besar. Ketepikan.
  2. Dalam periuk atau kuali yang sesuai, masukkan sedikit minyak dan bila minyak panas tumiskan bahan dihiris atau ditumbuk sampai naik bau. Selepas itu, masukkan perencah dan serbuk ketumbar. Tumis sampai naik bau.
  3. Bila dah naik bau, masukkan santan dan sedikit air. Bila mendidih masukkan sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning. Tapi kalau tak nak letak pun takpe. Ok je.
  4. Bila kuah dah mendidih, masukkan cendawan dan hirisan cili besar. Taburkan garam dan sesuaikan rasa. Biarkan sekejap sehingga kuah mendidih. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.


Kita kasi closeup lagi. Taraaa...

Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat!
Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat! 

Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat!
Gulai lemak cendawan tiram. Pedas terangkat! 

Senang je kan. So, peminat cendawan boleh cuba sendiri di rumah. Rasa dan nilaikan. Hihi.. Manalah tau, kot kot nak ubah selera. Tambah pulak dengan sambal belacan, ikan gelama masin goreng tabur bawang dengan cili padi, pergghhh tak sedar bertambah-tambah makan.

Punah diet teman... Haha!

26 September 2018

Kerepek peria yang crunchy, jarang jumpa tapi sedap sangat.

September 26, 2018 18 Comments
Kerepek peria yang crunchy, jarang jumpa tapi sedap sangat. | Assalamualaikum wbt. Sebelum ni kita biasa tengok orang masak sayur peria samada tumis ataupun goreng tepung kan. Tapi, kali ni lain sikit peria dijadikan kerepek. Wow, dengar macam pelik je kan. Dan yang paling penting, sedap ke? Hehe... 

Rasanya semua orang kenal sayur ni kan. Cikla agak kebanyakan orang tak suka makan peria ni disebabkan rasanya yang pahit. Betul tak? Tapi, itulah. Orang tua-tua cakap, yang pahit itulah ubat. So, memang tak hairanlah peria sering dijadikan menu bagi mereka yang menghidap darah tinggi dan kencing manis kerana peria dikatakan dapat membantu merawat penyakit tersebut. 

Kerepek peria yang crunchy, jarang jumpa tapi sedap sangat. 

Berbalik kepada kisah si kerepek peria ni, kerepek ni cikla beli sebenarnya. Adik angkat adik cikla yang jual. First time dengar kerepek ni, macam excited pula nak cuba. Sebelum ni cikla ada jugalah nampak orang buat sayur bayam jadi kerepek. Yang peria ni, memang pertama kali dengar. 

Kerepek peria yang crunchy, jarang jumpa tapi sedap sangat.
Kerepek peria yang crunchy, jarang jumpa tapi sedap sangat. 

Disebabkan rasa terlalu ingin nak tahu macam mana rasa kerepek ni, kebetulan time cikla balik Kampung tempoh hari terus cikla order dengan adik ni. Tak salah cikla, sebalang kerepek peria ni berharga rm18. Tapi balang kecillah.

Rasanya? Sejujurnya, tekak cikla masih merasa pahit peria tu lagi. Tapi, takdelah terlalu pahit. Boleh telanlah senang cakap. Apa yang best, peria ni disalut dengan tepung istimewa secret resepi si penjual yang sangat crunchy. Rasa pedas-pedas rangup gitu. 

Memang sedaplah! 

Kerepek peria yang crunchy, jarang jumpa tapi sedap sangat.
Kerepek peria yang crunchy, jarang jumpa tapi sedap sangat. 

Kerepek peria yang crunchy, jarang jumpa tapi sedap sangat.
Kerepek peria yang crunchy, jarang jumpa tapi sedap sangat. 

Kalau korang nak try rasa, korang bolehlah contact puan Zuraya di WhatsApp 011-11022612 untuk tempahan. Rasanya dia buat COD juga tapi area Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya. Selain itu, dia ada jual sandiwch Leleh yang sedap gila. 


Cikla bagi 5 bintang untuk kerepek peria yang sedap ni...

25 September 2018

Yeayyy... Menang Giveaway Zati Yang Pertama! 'Semangat Merdeka'

September 25, 2018 10 Comments
Yeayyy... Menang Giveaway Zati Yang Pertama! 'Semangat Merdeka' | Assalamualaikum wbt. Alhamdullilah, cikla terpilih memenangi salah satu hadiah anjuran Zati dalam giveaway beliau yang pertama. Syukurlah, rezeki cikla kali ni.

Yeayyy... Menang Giveaway Zati Yang Pertama! 'Semangat Merdeka'
Yeayyy... Menang Giveaway Zati Yang Pertama! 'Semangat Merdeka'

Yeayyy... Menang Giveaway Zati Yang Pertama! 'Semangat Merdeka'
Yeayyy... Menang Giveaway Zati Yang Pertama! 'Semangat Merdeka'

Tahniah, pada yang turut terpilih...

Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan! Memang sedap!

September 25, 2018 3 Comments
Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan! | Assalamualaikum wbt. Korang minum petang menu apa tu? Kadang-kadang best juga kan pekena cempedak goreng Nak-nak pulak dengan kopi O panas kurang gula. Emm, sedapnya. 

Dekat rumah cikla ni adalah beberapa batang pokok cempedak hasil tanaman pak mertua. Kalau satu pokok tu je berbuah, memang dah puas dah makan. Kadang-kadang sampai tak termakan. Emm... 

Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan!
Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan! 

Cikla agak menu yang biasa orang buat menggunakan cempedak ni apa lagi kalau tak goreng tepung. Betul tak? Memang jarang sangat kita jumpa orang buat menu lagi menggunakan cempedak ni. 

Lainlah kalau nangka. Boleh jugalah dibuat pengat. Wah, itu lagi sedap. Letak sikit sagu biji... Mak ai, dah telan air liur dah ni mengenangkan. Hehe... 

Kalau kita beli cempedak goreng dekat luar tu agak mahal jugak kan. Pernah dulu cikla beli seketul 50 sen. Tapi, itulah. Tebal tepung dari isi. Isinya seconet je. Huhu. Goreng sendiri lagi puas. Haha... 

Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan!
Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan! 

Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan!
Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan! 

Bau cempedak yang dah masak memang kuat kan. Memang tak boleh sorok. Mesti ketahuan. Hehe...

Apa yang pasti, goreng cempedak sedap asalkan minyaknya tu kenalah ditos betul-betul.

Tapi, apa yang korang kena tahu, buah cempedak memang kaya dengan pelbagai vitamin dan buah yang sangat rendah lemak. Orang  berdiet boleh makan buah ni. Hehe.

Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap!

September 25, 2018 6 Comments
Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap! | Assalamualaikum wbt. Siapa suka makan kacang bendi? Kalau cikla pula, cikla memang suka makan kacang bendi lebih-lebih lagi kalau ditumis selain dari dicampurkan dalam masakan seperti kari dan asam pedas. Emmm, sedapnya. 

Cikla agak tak ramai kot yang suka makan kacang bendi ni. Mungkin disebabkan oleh 'lendir' di bahagian dalamnya. Tapi, apa yang korang tak tau, lendir inilah sebenarnya yang bagus tau. 

Meh cikla kongsi sikit info menarik mengenai kacang bendi. 

Untuk pengetahuan korang, kacang bendi kaya dengan sumber folat dan serat di samping ia juga mengandungi vitamin C, B6, thiamin, magnesium dan kalium. Ia juga adalah sayuran yang rendah kandungan lemak dan kalori. 

Disebabkan lendir kacang bendi ni sangat bermanfaat, so ada cara untuk mengelakkan lendir kacang bendi ni dari hilang iaitu masa korang masak, paling bagus jangan dipotong kacang bendi tu. Biar je seketul gitu. Selain itu, elak dari memasak kacang bendi bersama bahan berasid seperti tomato.

Khasiat kacang bendi yang terbesar adalah ia dikatakan dapat membantu mengurangkan kolesterol, selain dari khasiat lain seperti merangsang perkembangan otak, dan penyakit kencing manis. 

Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap! 

So, kali ni cikla nak share dengan korang satu resepi kacang bendi yang sangat senang disediakan. Cikla agak mesti ada yang dah tau kot, tapi tak apalah. Cikla share mungkin ada yang pertama kali nak masak kacang bendi kan. Mungkin ini dapat membantu korang. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu. 

Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap!
Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap! 

Bahan-bahannya :
Kacang bendi (ikut suka korang nak banyak mana). 
1 biji bawang merah (dihiris). 
1-2 ulas bawang putih (dihiris). 
1 biji cili merah (dihiris). 
1 biji telur.
Sedikit ikan bilis (optional). 
Sedikit minyak untuk menumis, garam dan perasa (optional). 

Cara nak masak : 
Kacang bendi dibersihkan dan dihiris sederhana tebal. Panaskan minyak dan tumis bahan dihiris bersama ikan bilis. Kemudian, masukkan bendi dan cili merah serta sedikit air. Tutup sekejap kuali untuk melembutkan kacang bendi. 

Setelah lembut, pecahkan telur dan gaul. Taburkan garam dan perasa, gaul sekali lagi sampai rata. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap!
Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap! 

Senang je kan. Memang sedap tau, lebih-lebih makan dengan nasi panas. Kalau korang nak letak belacan sikit masa menumis pun boleh. Paling sedap kalau bahan dihiris tu korang tumbuk sekali dengan belacan tu semua, then baru tumis sampai naik bau. Lagi.. Perghh!

Selamat mencuba! 

Kredit info SINI

24 September 2018

Tazkirah pendek yang menyentapkan.

September 24, 2018 7 Comments
Tazkirah pendek yang menyentapkan. | Assalamualaikum wbt. Malas nak berceloteh panjang-panjang, jom kita sama-sama baca tazkirah ringkas ni. Semoga dari dapat meninggal kan sedikit kesan dan rasa insaf dalam diri kita yang sering melakukan dosa ini... InshaAllah!

Tazkirah pendek yang menyentapkan. 

Tazkirah pendek yang menyentapkan.
Gambar di ubah suai dari carian Google. 

Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan. Di umur remaja, kamu miliki masa dan tenaga tapi kamu tidak mempunyai harta. Ketika fasa bekerja, kamu miliki harta dan tenaga tapi kamu tidak mempunyai masa. Ketika fasa usia warga emas, kamu miliki harta dan masa tapi kamu tidak mempunyai tenaga.

Inilah namanya kehidupan. 

Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu, tapi akan di ambil sesuatu yang lain dari kamu.

Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Tapi, orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka. Ini semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah:

Qanaah, iaitu merasa cukup!

Jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi Allah, perhatikanlah kedudukan Allah dalam hati kita. Yang hidup di kampung akan merasa nak ke bandar. Manakalah, yang duduk di bandar pula ingin pulang ke kampung.

Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau. Tapi, bila musim kemarau pula kita tanya bila la hujan nak turun. Bila duduk di rumah, kita rasa nak keluar. Tapi, bila keluar  pula rasa ingin pulang ke rumah. Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai. Tapi, bila ramai orang pula jadi serabut perut, kita merasa nak kepada kesunyian.

Ketika bujang mengeluh bila nak nikah. Tapi, bila dah nikah, sibuk pula nak nikah satu lagi. Ehemmm emmm... Setelah berkeluarga, mengeluh belum dapat anak. Tapi, bila dah ada anak, mengeluh pula mengenai perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki. Bila telah dimiliki lain pula ceritanya...

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki. Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki.

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini. Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar. Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun.

Begitu juga bila hati di tutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk. Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki. Bersyukur atas keluarga yang kita miliki. Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki. Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki. Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki. Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah Yang Maha Esa. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah....

Semoga bermanfaat!

Kredit WhatsApp Grup.

22 September 2018

Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com.

September 22, 2018 6 Comments
Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com. | Assalamualaikum wbt. Jom join segmen ni. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ia dapat membantu trafik blog di samping mengeratkan ukhwah sesama rakan blogger. InshaAllah.

Nak join, klik di banner di bawah.

Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com.
Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com. 

Segmen berlangsung sehingga 30hb September 2018. So, cepat-cepat join, nanti melepas. Hehe. Apa yang best, semua mereka yang join akan masuk bloglist blog ini. Seronoknya! 

Selamat bersegmen semua. 

Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera.

September 22, 2018 3 Comments
Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera. | Assalamualaikum wbt.  Hidangan yang berasaskan daging sememangnya membuka selera kalau kena dengan gaya masaknya. Cikla agak, kalau daging menu yang biasa kita dengar orang masak adalah kari atau rendang. Selain itu, masakan dendeng. Memang popular. 

Tapi, ada satu lagi jenis masakan yang korang boleh cuba dan memang sedap. Lagipun senang je nak masak. Dengan bahan yang minima dah jadi dah masakan yang enak sih! 

Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera. 

Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera.
Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera. 

Jom kita tengok bahan-bahannya dulu. 

1-2 kilo daging lembu. 
1 labu bawang merah (dikisar). 
6 ulas bawang putih (dikisar). 
1/2 inci halia (dikisar). 
4 sudu besar lada hitam (dikisar). 
2-3 sudu besar kicap manis. 
1 sudu besar sos tiram. 
1 labu bawang Holland (potong bulat).
Garam dan minyak untuk menumis.

Cara nak buat pula:
  1. Daging dipotong kecil dan nipis, kemudian dibersihkan. Selepas itu, rebus daging sampai empuk. 
  2. Bila dah empuk, asingkan air rebusan daging tu dan toskan daging. Dalam bekas yang sesuai, perap daging yang telah direbus dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. 
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng daging yang telah diperap. Jangan garing sangat. Bila dah siap goreng semua daging, luakkan sedikit minyak gorengan tadi dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
  4. Setelah itu, masukkan kicap dan sos tiram dan tumis sekejap. Selepas itu masukkan daging dan sedikit air rebusan daging. Gaul sehingga rata. 
  5. Kemudian, taburkan garam dan perasa jika perlu. Sesuaikan rasa. Last sekali, masukkan bawang Holland yang telah dipotong bulat dan Gail sekejap. 
  6. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan. 


Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera.
Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera. 

Korang boleh juga kalau nak buat berkuah sikit, tapi cikla lagi suka kering. Kebetulan cikla masak menu ni masa mak, abah dengan adik-beradik cikla datang ke rumah cikla, mereka cakap sedap. Hehe. Syukurlah, mereka suka.

Menu campak-campak je ni. Selamat mencuba!

21 September 2018

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!

September 21, 2018 0 Comments
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! | Assalamualaikum wbt. Sebelum ni adik Zara selalu juga kena selsema dan batuk. Bila dah teruk sangat terpaksalah bawa ke klinik sebab nanti takut melarat pula. Tapi, bila dah dapat ubat tu pula, satu masalah lagi muncul. Cabaran nak bagi makan ubat. 

Allahu, memang payah sangat. Cikla pun tak pasti since bila adik Zara takut makan ubat. Kalau dulu senang je kot.

Tapi, nak buat macam mana. Terpaksa juga bagi. Nak baik kan. Memang penuh drama air mata... Dan sedikit pergelutan. Haha... 

Di samping ubat klinik, cikla ada jugalah apply balm dekat adik Zara supaya dia rasa lebih selesa. Korang faham-faham sajalah kalau selsema, hidung tersumbat. Memang tak selesa nak bernafas kan. Plus batuk lagi. 

Kita yang dewasa ni, kadang-kadang rasa azab juga inikan pula kanak-kanak, lagilah kesian kan. 

Apa yang cikla lakukan? Haaa, inilah yang cikla nak share

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Garlic Balm by ZM BEAUTY. Sejujurnya ini kali pertama cikla tengok balm ni. Very interesting! Untuk pengetahuan korang, Garlic Balm ini mampu mengatasi masalah batuk, selsema, kahak, kembung perut, gatal ringan, asma ringan dan angin dalam badan. 

Sebenarnya, kisah macam mana cikla 'terguna' balm ni kebetulan cikla balik ke kampung. Adik cikla bercerita dengan cikla yang anak kecil dia selalu selsema dan sesekali batuk. Baby, kalau kita bawa ke klinik pun sesetengah doktor tak akan bagi ubat kecuali ada kes tertentu. 

So, dia menggunakan Garlic Balm ni. Alhamdullilah, serasi dengan anak dia. 

Bila dengar cerita dia, tergerak pula nak try dekat adik Zara. Manalah tau serasi, tak perlu bergantung dengan ubat kan. Lagipun, asyik bergantung ubat pun tak elok juga. 

Terus cikla suruh adik cikla orderkan, kebetulan orang yang jual balm ni tinggal di daerah sama dengan rumah kami. So, dekat lah. 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Rasanya semua orang tahu yang bawang putih ni memang banyak khasiatnya kan. Untuk pengetahuan korang, bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Bawang putih juga boleh bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang baik. 

Tapi, cikla ada terbaca, kita elok ambil bawang putih secara mentah berbanding yang sudah dimasak untuk keberkesanannya. Tapi, bau bawang putih memang agak kuat kan. Menusuk deria bauku! 

Bau Garlic Balm ni pun sama... Sangat kuat baunya! 

So, berbalik kepada cerita adik Zara, bila cikla oleskan kali pertama pada dia, alhamdullilah malamnya dia tidur agak lena. Kalau tidak asyik batuk je, tidur pun tak nyenyak. Dua kali cikla sapukan Garlic Balm ni, dia muntah. Memang habis keluar semua kahak dan lendir yang selama ni degil sangat nak keluar... 

Nah kau, rasain! 

Selepas beberapa guna, lama-kelamaan selsema dan batuk adik Zara semakin kurang dan hilang. Alhamdullilah, asbab dari balm ni adik Zara sembuh. Syukur! 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Cikla  nak share juga tip penggunaan Garlic Balm ni, adalah seperti berikut :

Sapukan Garlic Balm pada telapak kaki, belakang badan, dada iaitu rusuk kiri dan kanan, tengkuk, ubun-ubun, bahagian sinus yang melibatkan dahi, tepi kiri dan kanan hidung. 

Selain itu, sapukan juga pada perut untuk membantu mengurangkan masalah kembung perut dan pakai stoking semasa tidur. 

Korang dinasihatkan melakukan patch test untuk alergik sebelum guna. 

Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah!
Garlic Balm by ZM BEAUTY, membantu mengurangkan masalah kahak dan selsema adik Zara. Terbaiklah! 

Mahal tak Garlic Balm ni?

Bagi cikla, harganya tidaklah begitu mahal jika nak dibandingkan dengan manfaat dan kebaikan daripadanya.

Cuba korang teka berapa harganya?

Cikla tak pasti tempat lain berapa, tapi cikla beli hanya RM25 sebotol dan tambah RM3 untuk COD. 

Bagi mereka yang ingin nak cuba, cikla memang sangat recommended this for you all. 

Terbaik!

Abang Ammar turns 4! Happy birthday!

September 21, 2018 4 Comments
Abang Ammar turns 4! Happy birthday! | Assalamualaikum wbt. 21 September 2014, Ahmad Ammar Rizqie dilahirkan. Sekarang, anak bujang ibu dah 4 tahun dah. Cepatnya masa berlalu kan...

Bila ingat kenangan melahirkan abang memang agak sadis juga. 2 minggu berkampung di hospital lepas bersalin memang tak boleh lupa. Semuanya gara-gara abang Ammar berak dalam perut, then ada masalah pernafasan sikit. Syukurlah, semuanya ok. 

Abang Ammar turns 4! Happy birthday!
Abang Ammar turns 4! Happy birthday! 

Dalam meniti usia yang semakin meningkat ni, memang terlalu mencabar untuk ayah dan ibu membesarmu bang. Semuanya perlu sabar. Emm, InshaAllah ibu dan ayah akan sentiasa sabar dengan kerenahmu...

Abang Ammar turns 4! Happy birthday!
Abang Ammar turns 4! Happy birthday! 

Abang Ammar turns 4! Happy birthday!
Abang Ammar turns 4! Happy birthday! 

Abang Ammar turns 4! Happy birthday!
Abang Ammar turns 4! Happy birthday! 

Selamat hari lahir abang Ammar. Semoga abang membesar dengan sihat, menjadi anak yang bijak dan soleh. Jangan nakal sangat tau.

Ayah, ibu, kakak uci, kakak onye dan adik Zara sayang abang. Muahhh...

20 September 2018

Let's Be Beautiful by Ana Suhana.

September 20, 2018 4 Comments
Let's Be Beautiful by Ana Suhana. | Assalamualaikum wbt. Siapa nak cantik? Semua orang nak kot. Lebih-lebih lagi perempuan, betul tak? So, kalau korang nak cantik dan bertambah cantik apa kata kita join ramai-ramai giveaway ni...

Nak join? Let's click at the banner, okay!

Let's Be Beautiful by Ana Suhana.
Let's Be Beautiful by Ana Suhana. 

Syarat senang je. Cikla dah follow Ana berkurun lamanya dah. Sejak azali lagi. Haha. Jom cepat join sebab giveaway akan berakhir pada 14 Oktober ni. Lama tak lama jugaklah... 

Hadiahnya best ooo. Kebetulan, memang cikla pengguna produk SAFI. Kalaulah ada rezeki cikla memang, wah.. Alangkah bertuahnya badan. Hehe. 

All the best semua termasuk diri ini. Hehe!

19 September 2018

Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 

September 19, 2018 14 Comments
Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! | Assalamualaikum wbt. Cendawan goreng tepung, memang popular makanan ni. Kalau dekat tempat cikla memang ada orang jual masa pasar petang area sini. Sedap! Tapi, sebenarnya nak buatnya sendiri tak susah mana pun. Yang penting rajin. Haha... 

Biasanya orang buat cendawan goreng tepung, guna tepung serba guna atau tepung KFC segera tu. So, kali ni cikla nak share cendawan goreng tepung cara cikla. 

Jom check resepi... 

Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 

Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 
Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 

Bahan-bahannya :
1 peket cendawan tiram kelabu (yang putih pun boleh).
1-2 senduk tepung gandum.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
Sedikit garam dan perasa (jika perlu).
Air suam secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.

(kalau nak pedas sikit boleh tambah serbuk lada hitam).

Cara nak buat:
Siat cendawan ikut saiz disukai dan cuci sebersihnya. Kemudian, toskan. Dalam bekas yang sesuai, masukkan tepung gandum, serbuk kunyit, garam dan air. Gaul bahan-bahan tadi sehingga menjadi sekata. Pastikan adunan tak pekat dan tak cair sangat. Yang sedang-sedang saja. Hehe... Selepas itu, masukkan cendawan di dalam adunan yang telah siap dan gaul rata.

Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan cendawan yang telah digaul dengan adunan tepung. Goreng cendawan hingga kuning kecemasan. Toskan minyak elok-elok, dan angkat cendawan. Sedia dinikmati...

So, inilah hasilnya. Kita kasi closeup sikit. Hehe... 

Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 
Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 

Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 
Cendawan tiram goreng tepung rangup cara saya, sangat mudah disediakan! 

Cicah dengan sos.. Emm, memang sedap. Lebih sedap dinikmati semasa masih hangat. Selamat mencuba!

Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat!

September 19, 2018 7 Comments
Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat! | Assalamualaikum wbt. Siapa peminat cheese cake? Angkat kening. Haha. Cikla minat juga cheese cake, tapi tengok flavour jugalah. Sekarang ni ramai je orang jual cheese cake macam-macam perasa kan. Malas nak buat, beli aje. Senang! 

Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat! 

Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat!
Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat! 

So, ini salah satu cheese cake yang cikla suka juga. Tapi, tak boleh makan selalu sebab agak manis. Apa yang menarikya, rasa mangganya memang fresh dan penuh. Macam mana nak cakap eh. 

Rasa mangga penuh satu mulut kita makan. Haa, gitu! 

Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat!
Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat! 

Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat!
Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat! 

Cheese cake cikla beli masa cikla sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson. Cikla beli 2 pack masa tu, kalau tak salah cikla satu pack RM20. Oklah kot harga dia, sebab harga cheese memang mahal kan. 

So mereka yang tinggal di area Port Dickson dan kawasan sekitarnya bolehlah beli mango Cheese Cake ni ye. Rasa dan nilaikannya sendiri. 

Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat!
Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat! 

Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat!
Mango Cheese Cake, khas untuk penggemar cheese. Memang sedap tak ingat! 

Cikla bagi 4.5 per 5 bintang untuk cheese cake ni... Memang sedap! Untuk info dan tempahan, hubungi Encik Aidid di 016-7941719 atau terjah link IG berikut ya! 

Instagram idid_kek






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.