16 August 2018

Tinggi atau rendah dose RAI yang diambil, cara penjagaan semasa kuarantin tetap sama!

Tinggi atau rendah dose RAI yang diambil, cara penjagaan semasa kuarantin tetap sama! | Assalamualaikum wbt. Bagi mereka yang pertama kali menjalani rawatan radioiodin, RAI mungkin tak tahu dan faham mengenai langkah-langkah penjagaan selepas minum terutama mereka yang mengambil dose rendah.

Apa yang merisaukan, ada sesetengahnya merasakan isu kuarantin dan langkah-langkah penjagaan selepas minum iodin satu benda yang remeh dan boleh buat lebih kurang je.

Salah sebenarnya tau!

Korang kena ingat, walau banyak mana pun dose yang diberi even yang paling kecil sekali pun, radiasi tetap radiasi. Radiasi? Benda yang kita tak nampak dengan mata kasar.

Cuba korang bayangkan especially yang pernah minum iodin ni, kalau hal radiasi ini tak bahaya, kenapa masa korang nak minum iodin tu, orang atau ahli pharmacist yang bagi kita minum tu bukan main ber'protection' lagi pemakaian mereka. Dah macam angkasawan nak naik ke bulan dah rupanya.

Lepas minum siap pesan dengan korang, jangan nak melencong ke mana-mana, terus balik rumah untuk mereka yang berkuarantin di rumah. Masa di dalam kereta pun korang diberitahu juga, korang kena duduk di tempat paling jauh dengan driver...

Tidaklah itu bermakna iodin yang masuk dalam perut korang tu kesannya bahaya untuk orang sekeliling?

Maaflah, kalau melibatkan radiasi memang cikla agak payah nak berkompromi mengenai hal ini. Benda yang kita memang tak nampak dengan mata kasar, dan ia beri kesan kepada mereka yang sihat. Mungkin kesan pada mereka bukan sekarang. Mungkin pada masa akan datang.

Who's know right?

Tinggi atau rendah dose RAI yang diambil, cara penjagaan semasa kuarantin tetap sama! 

Tinggi atau rendah dose RAI yang diambil, cara penjagaan semasa kuarantin tetap sama!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Kalau diikutkan, langkah penjagaan selepas minum iodin tidaklah sesusah mana pun. So sila fahamkan dan hadamkan betul-betul terutama untuk mereka yang perlu menjalani kuarantin di rumah!

Untuk dose rendah tempoh kuarantin tetap sama iaitu selama 8 HARI. Untuk mereka yang ada anak kecil, elok lebihkan sikit beberapa hari.

So, semasa kuarantin di rumah ada beberapa langkah yang perlu korang ambil kira.

Dari segi pengangkutan semasa pulang ke rumah;

(1) Korang dinasihatkan supaya memandu sendirian semasa pulang kalau korang datang bersendirian ke hospital.
(2) Kalau korang datang berteman, semasa balik tu korang mesti duduk di bahagian belakang sebelah kiri pemandu (jarak paling jauh dari pemandu). 
(3) Korang dinasihati memberitahu ahli keluarga supaya masa datang nak minum tu tak boleh ramai-ramai. Cukuplah seorang je yang datang. Tak payah nak escort escort bagai ye. 
(4) Kalau korang pulang menaikkan kenderaan awam, pastikan korang mengambil tempat duduk atau jarak paling jauh daripada penumpang lain.

Dari segi penggunaan tandas pulak,

(1) Korang digalakkan menggunakan bilik air atau tandas berasingan, itupun kalau ada. Kalau takde, lepas guna tandas korang MESTI membersihkan tandas serta menjirus atau mengepam tandas dua atau tiga kali.
(2) Korang DILARANG membuang air kecil di tempat mandi dan perlu menggunakan tandas.

Dari segi pakaian pulak,

(1) Pakaian yang telah digunakan mestilah dibasuh secara berasingan daripada pakaian ahli keluarga yang lain.
(2) Cadar, selimut dan sarung bantal jugak dibasuh secara berasingan. 
(3) Akan tetapi, korang boleh menggunakan baldi, besen dan mesin basuh yang sama.

Dari segi pergaulan dan sosial dengan orang lain,

(1) Korang TAK DIGALAKKAN SERTA ELAKKAN bersentuhan dengan baby, kanak-kanak dan ibu mengandung. 
(2) Jarak selamat untuk berkomunikasi adalah satu meter. 
(3) Korang MESTI TIDUR BERASINGAN dan ELAKKAN dari menghadiri majlis atau ke tempat yang ramai orang.

Langkah keselamatan ni penting supaya orang sihat yang berada berdekatan kita terhindar dari kesan radiasi yang boleh memudaratkan mereka. Orang cakap, mencegah lebih baik dari mengubati kan.

Faham ke tidak?

Kredit Jabatan Perubatan Nuklear, Institut Kanser Negara.

#tiroiddanandaori

2 comments:

  1. info yang sgt berguna. terima kasih. baik cegah sbb kita tak nampak radiasi

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.