16 August 2018

Selamat hari lahir adik Zara yang ke-2!

Selamat hari lahir adik Zara yang ke-2! | Assalamualaikum wbt. Tanggal 16-08-16 memang tarikh yang cikla tak boleh lupa. Dua tahun lalu, lahirnya adik Nur Khayra Izzara, puteri cikla yang manja dan angin satu badan. Haha...

Sejak mengandungkan dia, sampailah melahirkan dan menjalani tempoh berpantang, semuanya dipermudahkan. Tapi, kenangan yang paling cikla tak boleh lupa masa mengandungkan Zara, cikla pernah jatuh motor bersama kakak Damia. Masa tu dah cukup bulan. Allahu, mujur tak apa-apa!

Kisahnya cikla pernah share di SINI

Selamat hari lahir adik Zara yang ke-2!
Selamat hari lahir adik Zara yang ke-2!

Hari ni, alhamdullilah sudah 2 tahun usia adik Zara. Pejam celik, pejam celik kejap je masa berjalan kan. Adik Zara pun makin hari makin bijak. Semua nak dibuatnya sendiri. Tak dibagi mengamuk macam nak terangkat bumbung rumah.

Dah pandai menyanyi, dah pandai tunjuk kalau nak itu ini, dan dah boleh disuruh...

Selamat Hari Lahir adik Zara. Semoga membesar bagai johan, sihat, bijak dan menjadi anak solehah penyejuk hati ayah dan ibu. InshaAllah!

WE LOVE YOU!

3 comments:

  1. fuhhh bahaya jugak terjatuh tu nasib okay je, nampak sangat kental orangnya si comel zara ni :D

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun adik Zara.. Semoga sentiasa sihat dan dicucuri rahmat Allah..

    ReplyDelete
  3. comel.. :) semoga sihat selalu :)

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.