05 August 2018

Makan pisang je boleh cantik? Eh, biar betul!

Makan pisang je boleh cantik? Eh, biar betul! | Assalamualaikum wbt. Ececeh... Dengar cantik je terus bulat mata eh. Betullah tu. Siapa aje tak nak cantik, nak-nak pulak dengan cara yang sangat senang. Tak payah nak perabis duit berkoyan-koyan nak beli produk mengarut semata-mata nak cantik. Apa yang penting, sabar dan yakin dengan hasil yang bakal kita perolehi.

Lagipun, yang penting ia semulajadi dan selamat!

Memang banyak makanan semulajadi yang boleh kita makan untuk cantik. Salah satunya pisang.

Ni apasal asyik cerita pasal pisang je ni? Haha. Entah, yang cikla tau pisang memang bagus!

So, korang nak tau tak macam mana pisang boleh membantu korang jadi cantik secara semulajadi? Jom baca sampai habis...

Apa kandungan yang ada di dalam pisang? 

Untuk pengetahuan korang, pisang memang kaya dengan vitamin dan zat yang penting untuk badan kita. Malah, pisang dikatakan mengandungi lebih kandungan zat dari buah epal sebab ia dapat memberikan tenaga dengan cepat.

Selain itu, pisang juga kaya dengan mineral seperti kalium, magnesium, fosfur, besi dan kalsium di samping ia mengandungi vitamin C, B kompleks, B6 dan serotonin yang aktif sebagai neurotransmitter dalam kelancaran fungsi otak.

Banyakkan zat yang ada dalam pisang!

Apa pula kelebihan pisang untuk cantik? 

Makan pisang je boleh cantik? Eh, biar betul!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Kalau korang nak tau, kandungan vitamin dan mineral yang ada dalam pisang sangat baik untuk kecantikan kulit muka.

3 kelebihan pisang untuk cantik adalah seperti berikut, iaitu:

Menghaluskan kulit muka. 
Bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering dan kasar, apa kata korang cuba rawat kulit muka korang tu dengan pisang.

Caranya?

Senang je. Ambil pisang yang telah dibuang kulitnya, kemudian lenyek pisang sampai lumat. Kemudian, tambah satu sudu madu dan gaul rata.

Lepas tu?

Apa lagi. Sapukanlah adunan korang tu pada muka. Buat macam pakai masker. Nak hasil terbaik, korang buatlah secara rutin dan konsisten sehingga kulit muka korang tu rasa lebih halus dan lembut.

Mencerahkan wajah. 
Siapa saja yang tak nak kulit muka yang putih, mulus dan cerah man. Lagi pula, tak payah nak pakai produk mengarut. Guna yang semulajadi pun dah ok dah. Janji rajin nak buat. Itu je rahsianya!

Caranya? Buat je masker pisang. Step sama je macam kat atas tu. Tapi nak buat pisang kosong je pun boleh aje...

Menanggalkan sel kulit mati.
Sel kulit mati yang berkumpul di wajah akan menjadikan kulit muka kita nampak kusam, kotor dan berminyak tau!

So, apa kata korang guna pisang untuk nyahkan sel kulit mati yang 'mencacatkan' wajah tu?

Caranya?

Senang je, ambil pisang. Lepas tu lenyek sampai halus, kemudian oleskan pada muka. Gosoklah sikit-sikit pisang tu pada muka. Lepas tu, biarkan ia kering sendiri sebelum dicuci bersih dengan air.

Senang je!

Kredit Ruangan Sekilas Cantik.

3 comments:

  1. terbaek.. suka makan pisang :)

    ReplyDelete
  2. umah aida kerap beli pisang.
    sebab utama, Izzat sgt suka makan pisang.
    kekadang hajat nak buat pengat pisang.
    tetiba abis pisang Izzat ngap.
    bagus tips ni. mudah!

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.