Kulit pisang jangan dibuang. Ada gunanya!

By Cikla Shahril - August 04, 2018

Baru ni cikla ada terbaca perkongsian sahabat blogger cikla Ema Tunz di fb beliau mengenai penggunaan kulit pisang untuk dapatkan kulit muka yang cantik. Beliau siap bagi tutorial lagi tu. Haaaa, kau. Tak percaya lagi tak tahulah! Klik SINI untuk lihat perkongsian Ema mengenai ini.

Kalau sebelum kita makan isi pisang je, lepas tu kulitnya kita buang kan? Betul tak? Iye, kita asyik dengar orang cakap, isi pisang je bagus untuk sihat dan cantik, padahal kulitnya pun banyak khasiat terutama untuk kecantikan kulit. 

So, lepas ni kalau korang makan pisang, kulitnya jangan dibuang. Ada gunanya.

Kulit pisang jangan dibuang. Ada gunanya!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Untuk pengetahuan korang, kulit pisang juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C, E, kalium dan zink. Kesemua zat ini dikatakan mampu merawat kulit yang mengalami keradangan sekaligus merawat jerawat. 

Di dalam kulit pisang juga, mengandungi lutein dan karotenoid yang dikatakan mampu merawat radang kulit dan jerawat yang teruk.

So, macam mana nak apply kulit pisang ni ye? Senang je nak apply, korang just ambil kulit pisang kemudian gosokkan dengan lembut ke muka korang. Jangan sental kuat sangat. 

Lepas tu, biarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Buatlah 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.

Korang tau tak, kulit pisang pun boleh menghilangkan kedutan pada muka tu? Dengan cara yang sama seperti di atas tu, korang gosok je kulit pisang tu pada muka selama 30 minit atau biarkan je semalaman. 

Selepas itu, cuci sebersihnya. Kalau nak kesan yang terbaik, buat 3 kali seminggu. InshaAllah, kesannya pasti tak mengecewakan korang!

Kredit Ruangan Sekilas Cantik.

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Banyak sungguh khasiat kulit pisang. Menarik juga ni. Nak dapat pun senang.

    ReplyDelete
  2. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up! http://halloweendayusa2018.com/

    ReplyDelete
  3. banyak betul khasiat kulit pisang...👍👍

    ReplyDelete
  4. Selalu buang je.. makan isinya.. sekarang kulitnya pun boleh digunakan..

    ReplyDelete
  5. Dulu rajin gak buat.sbb ada kwn yg suka makan pisang

    ReplyDelete
  6. Byk juga khasiat kulit pisang ni... nak try la... terima kasih atas perkongsian yg menarik..

    ReplyDelete
  7. Ekin pun pernah dengar juga khasiat kulit pisang ni, tapi belum pernah mencuba lagi.. hehe

    ReplyDelete
  8. nak cuba la nanti.. :)

    ReplyDelete