Korang baru disahkan menghidap tiroid? Jom baca 9 info ini sebagai pengetahuan pertama korang!

By Cikla Shahril - August 06, 2018

Rasanya macam dah lama cikla tak membebel dan berkongsi info mengenai penyakit tiroid ni kan? 

Bukan apa, semua orang ada kelenjar tiroid. Chance untuk mendapat gangguan hormon tiroid tetap ada. So, amatlah penting untuk kita timba ilmu awal mengenai ini. 

At least, katakanlah kalau korang didiagnosis penyakit ni pada masa akan datang takdelah korang rasa zero kan. Ada juga ilmu walaupun sikit.

Kalau korang nak tau, jumlah pesakit tiroid di Malaysia ni semakin bertambah saban tahun. So, sentiasa beringat dan jaga kesihatan baik-baik. Sekali hormon tiroid terganggu, memang agak payah untuk kembali kepada keadaan normal. Memang ambil masa untuk pulih.

Korang baru disahkan menghidap tiroid? Jom baca 9 info ini sebagai pengetahuan pertama korang!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

  1. Gangguan hormon tiroid adalah sama ada HIPERTIROID dan HIPOTIROID. Ia adalah berbeza sama sekali dengan BENGKAK TIROID. Maka, rawatan yang diberikan juga berbeza. 
  2. HIPERTIROID ATAU HIPOTIROID akan dikesan melalui ujian darah. 
  3. BENGKAK atau KETULAN atau NODULE akan dikesan dan disahkan melalui ULTRASOUND walaupun kita boleh nampak ia dari luar. So, kalau yang ada bengkak tu tiba-tiba bengkak itu sama ada hilang, ghaib atau tak dapat dikesan dengan tiba-tiba, jangan nak gembira sangat sebab selagi korang tak buat ujian Ultrasound untuk mengesahkan yang ia benar-benar hilang. Kalau setakat  korang tengok dari luar dengan mata kasar tu memang tak bolehlah nak claim yang bengkak tu benar-benar hilang. 
  4. HIPERTIROID atau HIPOTIROIDIS memang perlu makan ubat. Tapi, kalau hormon NORMAL, memang tak akan dapat ubat. So, tak payah nak request ubat ye! 
  5. Bengkak tiroid memang perlu operate tapi atas cadangan  doktor atau sebab-sebab tertentu seperti yang cikla pernah share dalam entri sebelum ni. 
  6. Ada HIPERTIROID atau HIPOTIROID tiada bengkak. Tapi, ada juga yang HIPERTIROID atau HIPOTIROID ada bengkak. 
  7. Mereka yg ada bengkak atau ketulan atau nodule tetapi HORMON TIROID NORMAL  ada risiko tinggi untuk ada kanser. Bukan nak takutkan, tapi biasanya memang begitu. 
  8. Mereka yang ada KETULAN SEBIJI (NODULE), risiko kanser adalah tinggi. 
  9. Mereka yang ada KETULAN BANYAK (MULTINODULAR), risiko kanser adalah lebih rendah tapi tetap ada risiko.

Korang baru disahkan menghidap tiroid? Jom baca 9 info ini sebagai pengetahuan pertama korang!
Korang baru disahkan menghidap tiroid? Jom baca 9 info ini sebagai pengetahuan pertama korang! Sumber Google. 

Kesimpulannya :

Ikutlah nasihat doktor yang merawat. Doktor lebih tau apa yang terbaik untuk pesakit nya. Apa yang penting elak dari mengambil supplement mengarut yang boleh menyebabkan hormon tiroid jadi lebih carca-marba. 


  • Share:

You Might Also Like

22 Comments

  1. Bahaya peyakit ni.. Allhamdulilah masih di beri kesihatan yang baik.nice info cik la

    ReplyDelete
  2. thanks sudi share info yang berguna. ramai yang taktahu pasal penyakit ni

    ReplyDelete
  3. Minggu lepas ramai yang saya jumpa tak perasan mereka ada masalah hormon tiroid tak seimbang—sampailah bila simptomnya tak terkawal.

    ReplyDelete
  4. Moga dijauhi penyakit3 ni kan..

    ReplyDelete
  5. Thank share info kesihatan yang menarik

    ReplyDelete
  6. risau jugak kalau kene ni..

    ReplyDelete
  7. mak aida baru saje operate buang tiroid sebelm raya ari tu.
    bertahun-tahun. akhirnya, operate buang.
    adik beradik mak semua ada tiroid. tapi under control.

    tq for sharing cikla. very good info. tambah ilmu aida.

    ReplyDelete
  8. saya ada thyroid nodule sebelah kiri aje.. risaunye bila risiko kanser tinggi klu sebelah je.. baru nk operate 18/9/2018 ni.. doakan saya ya.. byk sgt membantu blog cikla ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...awak dh operate ke....mcmana keadaaan selepas operate yer...sb saya nak operate dec ni

      Delete
    2. Salam...MYSARAH...dh oprate ke? Share skit slepas oprate? Sy bakal operate hujun bln oktober ni...takut sgt...mohon kalian doa tuk sy

      Delete
    3. MYSARAH... InshaAllah semuanya akk baik2 je. Doa yg baik2, jgn stress sgt. Kuatkan semangat tau. Semoga dipermudahkan urusan awk.

      UNKNOWN Semoga dipermudahkan juga. Jgn takut. InshaAllah semuanya akan ok.

      Delete