04 August 2018

Kisah yang korang wajib baca : Kenapa rezeki semakin bertambah hanya dengan amalan yang mudah! Jom baca!

Kisah yang korang wajib baca : Kenapa rezeki semakin bertambah hanya dengan amalan yang mudah! Jom baca! | Assalamualaikum wbt. Ada orang, walaupun berapa ratus ribu pun income dia bulan-bulan, tapi tetap habis juga. Pendek kata, duit yang diperolehi habis macam tu air. Keluar macam air. Hanyut!

Kenapalah agaknya ye? Bukan kata dia buat kerja tak elok. Memang halal dan elok. Tapi, itulah. Hasil yang dia dapat tu seolah-olah tak berkat sebab dapat sekepuk macam mana pun, sekelip mata licin.

Nah, pernah terfikir tak? Mesti ada something wrong somewhere!

So, cikla nak berkongsi dengan korang satu kisah yang bakal menjawab segala persoalan yang berligar-ligar di fikiran kita semua. Jom baca sampai habis.

Kisah rezeki bertambah dengan hanya memberi! 

Sebenarnya, cikla tak pasti siapakah punya kisah ni. Tapi, apa yang penting pengajaran dari perkongsian ini yang penting. Bagi cikla, memang sangat terkesan di hati bagi mereka yang betul-betul faham apa yang ingin disampaikan oleh si pencerita.

Cikla tak ubah gaya cerita ya. Memang totally sama dari sumber yang cikla dapat. So, jom baca sampai habis...

Kisah yang korang wajib baca : Kenapa rezeki semakin bertambah hanya dengan amalan yang mudah! Jom baca!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Begini kisahnya...

Saya pernah tak bagi duit kat ayah saya dulu walaupun saya dah mula berniaga. Saya rasa nak bagi rm100 rasa macam berkira sangat. Di ukm saya berniaga income dapat dalam purata RM3k sebulan. Macam2 business saya buat. Saya rasa banyak sangat dapat. Tapi, duit tu rasa macam habis macam tu je. Saya rasa macam ada benda tak kena..

Satu hari abg saya no 4 tanya saya.. "Mung niage doh ni buwi dop duit ke ayoh. Jangang wak lupe tu. Anok laki wajib buwi nafkah pada mok ayoh. Dop berkat kekgi.."

Saya fikir saya belajar lagi. Tak kan nak bagi kat ayah dah. Saya terus termenung. Tepuk dahi saya. Allah... Apa aku buat ni. Sampai ayah pun aku lupa nak bagi dia...

Ada juga yang rasa. Owh.. Ayah mak saya dah tak perlu. Duit diorang pun dah banyak. Pencen ada. Tak sebenarnya. Kita bagi bukan sebab duit tu. Tapi sebab kita nak kan keberkatan. Duit banyak2 tak guna kalau tak ada keberkatan. Allahu..

Saya terus minta no akaun ayah saya pada abg saya terus masukan duit RM300. Ingat lagi kali pertama bagi kat ayah.... Allahu... Saya mula rasa lain. Duit rasa macam ada je. Tak habis2. Malah bertambah. Boleh belanja kawan2. Boleh bantu kawan2 yang susah. Sejak daripada tu, saya tak pernah miss masukan duit setiap bulan. 

Kisah yang korang wajib baca : Kenapa rezeki semakin bertambah hanya dengan amalan yang mudah! Jom baca!
Kisah yang korang wajib baca : Kenapa rezeki semakin bertambah hanya dengan amalan yang mudah! Jom baca! Sumber Google. 

Sekarang saya dah makin tak berkira dengan ayah. Ayah nak apa je insyaALLAH saya akan penuhi. Pernah tahun lepas ayah ngadu moto elektrik ayah dah nak rosak. Dah selalu habis bateri. Saya dengar terus saya balik kampung terus belikan ayah moto elektrik baru RM2800.

Tetap tak sama dengan nilai ayah belikan saya kereta mainan harga Rm30 dulu masa saya kecik. Sebab ayah dulu nak dapat rm30 dengan penuh tangisan dan air mata. Ya Allah... Sejak tak berkira dengan ayah, bulan2 pun dah ribu. Makin banyak bagi kat ayah makin melimpah ruah rezeki Allah bagi.

Dari situ saya mula belajar. Kecik mana pun pendapatan kita. Bagi duit kat mak ayah satu punca rezeki yang paling mudah nak tarik daripada khazanah Allah. Ramai anak muda hari ni ambil mudah dengan nafkah pada mak ayah. Kalau kita tak bagi duit kita kat mereka. Duit tu pasti juga akan habis ke tempat lain. Allahu....

Ya Allah kau panjangkanlah umur ayah saya dan kami semua agar kami dapat khidmat lagi pada nya dengan sebaiknya. Ya Allah.. Kau dah panggil mak saya ketika saya masih belum sempat khidmat padanya. Janganlah kau panggil ayah saya lagi. Saya masih belum puas khidmat ayah saya. Tolong ya Allah... Huhuk.. Amiiiin...

Nota kaki : Bila mula rasa berkira dengan mak ayah. Tunggulah kesusahan yang akan dilalui.  
.

Kisah yang korang wajib baca : Kenapa rezeki semakin bertambah hanya dengan amalan yang mudah! Jom baca!
Kisah yang korang wajib baca : Kenapa rezeki semakin bertambah hanya dengan amalan yang mudah! Jom baca! Sumber Google. 

Nah, macam mana? Senang sangat kan. Betul tak. Tak kiranya korang bergaji kecil ke apatah lagi bergaji besar, jangan takut untuk hulur kepada kedua orang tua kita. Besar atau kecil bukan persoalannya. 

Apa yang penting keberkatan yang akan perolehi perbuatan kita itu. Nampak kecil je, tapi kesannya memang sangat tak kita sangka. Jom lakukan sekarang!

Alah bisa, tegal biasa!

Kredit WhatsApp Group.

3 comments:

  1. Hi there this is kind of of off topic but I was wondering if blogs use WYSIWYG editors
    or if you have to manually code with HTML. I'm starting a blog
    soon but have no coding skills so I wanted to get advice from someone with experience.
    Any help would be enormously appreciated!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, setuju sangat2.. Kadang2 kita tahu, tapi tulah.. Entry ni as a reminder untuk Ekin utk sentiasa memberi.. Thank you for sharing :D

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. wajib bagi kat mak ayah wpun sedikit.. semoga rezeki kita semua diberkatiNya..

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.