Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap!

By Cikla Shahril - August 13, 2018

Orang cakap, biar lauk tu simple tapi yang penting sedap. Makan satu jenis lauk je dah cukup dah, tak payah lauk penuh satu meja. Makan pun bertambah-tambah. Betul tak? Sebelum ni selalu jugaklah tengok orang post dekat timeline FB pasal menu petai ni. Lebih-lebih lagi petai campur tempoyak. Ya Allah, memang terliur tengok. 

Pagi tadi, masa cikla pergi beli ikan dan ayam untuk menu lunch hari ni, terjumpa pula orang  menjual petai. 3 papan, RM4! Murahlah kot kan, sebab mata petainya besar-besar. Niat asal nak masak sambal tumis bilis letak petai, tapi disebabkan kesuntukan masa kak Damia dengan abang Ammar dah nak balik sekolah, masak yang ringkas dan cepat sajalah. So, maka terhasillah menu bilis goreng dengan petai. Pun sedap! 

Walaupun resepi ni senang yang amat, cikla share jugaklah. Manalah tau mereka yang pertama kali nak masak dan tak tahu kan, bolehlah ikut cara cikla ni. Jom tengok bahan-bahannya dulu!

Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap!
Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap! 


Bahan-bahan:

1 mangkuk ikan bilis (dibasuh dan ditoskan). 
1 mangkuk petai. 
3 sudu besar cili giling. 
1/2 biji bawang merah (hiris). 
1 ulas bawang putih (hiris). 
1 labu bawang Holland sederhana besar (potong bulat). 
1 sudu kecil madu. 
Garam dan minyak.

Cara nak buat:
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian, angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama (luakkan minyak kalau banyak sangat), tumis bahan yang dihiris sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan cili giling dan sedikit air. Masak sehingga cili garing dan tak pedas. 
  3. Selepas itu, masukkan garam dan madu. Sesuaikan rasa. 
  4. Kacau rata. Kalau cili nampak kering sangat, masukkan air sikit. 
  5. Dah nampak sebati tu, masukkan petai. Cikla belah dua petai tu sebab besar kan. Tapi, kalau korang suka besar-besar, ok je. Nanti kruppp kraaappp kruuupp kraaappp korang makan. 
  6. Gaul petai dengan sambal tadi sampai rata dan masukkan bilis dan bawang bulat. Gaul bahan-bahan tu semua rata-rata. Biarkan kering sebab lagi sedap. 
  7. Tutup api, dan sedia untuk dinikmati. 
Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap!
Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap! 

Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap!
Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap! 

Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap!
Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap! 

Kalau korang nak tau, petai ni banyak juga khasiatnya. Nak tau tak? Antara khasiat petai adalah seperti berikut :

Kredit SINI
  1. Menurunkan suhu badan. 
  2. Menurunkan darah tinggi. 
  3. Merawat anemia. 
  4. Mengurangkan stress dan depresi.
  5. Mencegah serangan stroke. 
  6. Melancarkan sistem pencernaan. 
  7. Menghilangkan rasa senak semasa kenyang. 
  8. Membantu mereka yang ingin berhenti merokok. 
  9. Awet muda.
Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap!
Bilis goreng dengan petai, resepi simple dan sememangnya sedap! 

Khasiat yang last ni best kan. Nak awet muda makan je petai. Tak payah nak susah-susah beli produk merepek merapu dah lepas ni.. Hehe. Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. thanks share. resepi ni memang mudah dan sesuai masak kalau nak cepat

    ReplyDelete
  2. Sedap...hehe..lauk kita sama..petai...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap.
    Tapi petainya tak makan.

    ReplyDelete
  4. Wah... saya pun mkn petai ikan bilis last weekend. Mmg 👍👍

    ReplyDelete
  5. Siqah tak makan petai tapi Siqah suka sambal ikan bilis petai. bau petai sedap. Hii

    ReplyDelete
  6. akak kalau buat ikan bilis goreng mcm ni 1 lauk dah cukup makan pulak dgn nasi panas...fuhhh teringat masa dalam pantang...*tetiba pulakk hehe

    ReplyDelete
  7. Lawan plak dengan telur dadar kan...huiiii...memang rosak diet kan..

    ReplyDelete
  8. banyak rupanya khasiat petai ni, tak ramai suka makan sebab bau dia kekeke

    ReplyDelete