31 August 2018

Giveaway Yeayyy, this is my birthday month!

August 31, 2018 62 Comments
Giveaway Yeayyy, this is my birthday month! |  *this is sticky post until 11:59 pm on 31 August 2018. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

GIVEAWAY TAMAT

Assalamualaikum wbt. Alhamdullilah, dah masuk bulan Ogos pun. Syukurlah kerana Allah masih memberi peluang menikmati nikmat sihat dan rezeki dariNya. So, disebabkan itulah cikla terbuka hati nak buat satu giveaway ringkas untuk korang. Hehe... Korang nak join ke tak nak ni?

Rasanya bulan 8 ni banyak peristiwa penting berlaku, antaranya adalah Hari Kemerdekaan, hari lahir adik Zara dan my birthday too. Hehe. Cikla lahir 28 Ogos 1982. Tua dah teman! 

Jom kita tengok syarat-syaratnya dulu. Macam biasa, syaratnya takdelah sesusah mana... Cikla bagi yang mudah-mudah je...

Giveaway Yeayyy, this is my birthday month! 

Giveaway Yeayyy, this is my birthday month!
Giveaway Yeayyy, this is my birthday month! 

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut;

  1. Peserta mestilah mempunyai blog dan bermastautin di MALAYSIA. 
  2. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback.  
  3. Follow g+ di SINI
  4. Follow twitter di SINI. (jika ada).
  5. Follow Instagram di SINI. (jika ada). 
  6. Like fb page di SINI
  7. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Giveaway Yeayyy, this is my birthday month! 
  8. Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  9. Dalam entri korang tu, buatlah sikit wish untuk diri ini. Haha. Kata-kata semangat ke, nasihat berguna ke, atau apa-apa ajelah. Hehe. 
  10. Kalau boleh, taglah at least seorang kawan untuk join sama giveaway ni. Lagi ramai lagi best. Meriah sikit. Pastikan kawan tu tahu yang dia telah di tag. Ok! 
  11. Siap.

Giveaway bermula dari 1 Ogos 2018 hingga 31 Ogos 2018 jam 11:59 malam.

InshaAllah, cikla akan pilih 1 orang pemenang untuk menerima hadiah utama dan 2 orang pemenang untuk menerima hadiah saguhati.

Oh ye, pemilihan pemenang akan menggunakan kaedah pick up by myself. Senang cakap, pemenang akan dipilih sendiri oleh cikla. Jangan risau, pemilihan dilakukan dengan adil dan saksama.

Hadiah pulak, cikla akan share kemudian, di entri yang lain... Stay tuneeee!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla mulakan giveaway ini sekarang. Korang jemputlah join je. Support me plissss!!!

Good luck and all the best!

30 August 2018

Sambutan ambang Merdeka tadika Kemas Seri Cheding yang sangat meriah!

August 30, 2018 7 Comments
Sambutan ambang Merdeka tadika Kemas Seri Cheding yang sangat meriah! | Assalamualaikum wbt. InshaAllah, esok negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-61. Cikla agak semua tempat dan negeri dah mula membuat aktiviti dan program ambang Merdeka. Betul tak? Ini termasuklah tadika anak cikla, kakak Damia dan abang Ammar. Program ini boleh dikatakan program tahunan tadika mereka. 

Ok jugalah kan program sebegini diadakan. Paling tidak pun, ia dapat menjadikan permulaan dalam usaha memupuk semangat cintakan negara sedari kecil lagi...

Cikla pun setuju sangat dan menyokong usaha ini. Bak kata pepatah, "melentur aur biarlah dari rebungnya..."

Abang Ammar yang semangat nak Merdeka! 

Sambutan ambang Merdeka tadika Kemas Seri Cheding yang sangat meriah!
Sambutan ambang Merdeka tadika Kemas Seri Cheding yang sangat meriah! 

Sambutan ambang Merdeka tadika Kemas Seri Cheding yang sangat meriah!
Sambutan ambang Merdeka tadika Kemas Seri Cheding yang sangat meriah! 

Awal pagi lagi abang Ammar dah bangun. Bersemangat katanya nak pergi sekolah hari ni. Sejak dari malam tadi, sibuk cakap, "Ammar nak pakai baju bendera kan esok! "

Budak-budak kan. Mungkin mereka rasa seronok dan teruja je. Tapi, itu dah cukup kan sebagai permulaan untuk membuatkan mereka kenal apa dia bendera Malaysia. Hehe!
 
Mujurlah baju bendera kakak yang dibuat pada tahun lepas masih elok lagi. Bolehlah jugak abang Ammar bergaya. Hehe. 

Sambutan ambang Merdeka tadika Kemas Seri Cheding yang sangat meriah!
Sambutan ambang Merdeka tadika Kemas Seri Cheding yang sangat meriah! 

Cuma kakak Damia je tak pakai baju bendera, sebab tak dan nak tempah. Dah suntuk sangat baru cikgu bagitau. Bendera pun tak sempat nak cari...

Sambutan ambang Merdeka tadika Kemas Seri Cheding yang sangat meriah! 

Jom kita cuci mata tengok bertapa excitednya anak-anak kita ni menyambut Merdeka.

Di kesempatan ini, cikla nak ucapkan Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang ke-61. Semoga keamanan dan kemakmuran negara ini akan sentiasa berkekalan. Amin....

Hargai dan kenangilah kesusahan serta perit jerih orang dulu mendapatkan kemerdekaan.

MERDEKA!

Hashtag Sayangi Malaysiaku. 
Hashtag Kita Punya.

Mungkinkah fenomena Husna berulang kembali? Jom tonton drama Cinta Bukan Kristal, slot Akasia TV3.

August 30, 2018 2 Comments
Mungkinkah fenomena Husna berulang kembali? Jom tonton drama Cinta Bukan Kristal, slot Akasia TV3. | Assalamualaikum wbt. Uishh, apa ni? Tak habis-habis lagi kisah Husna ke? Kesian Husna. Move on please. Haha... Sebenarnya, cikla nk share drama terbaru slot Akasia TV3 yang sedang ditayangkan sekarang menggantikan drama meletup Jangan Benci Cintaku.

Cikla pun pelik sebenarnya. Kenapa jalan cerita drama sekarang lebih kurang sama. Kisah cinta 3 segi, kisah suami curang. Kisah orang ketiga ganggu rumahtangga. Adakah ia menjadi trend untuk melariskan drama atau memang realiti sekarang memang banyak berlaku kisah sebegini.

Walau apapun, jadikanlah ia sebagai ikhtiar dan pengajaran untuk kita. Kita pandang dari sudut positif ye. Jangan nak tengok yang negatif aje... Hihi! 

Cinta Bukan Kristal : Konflik cinta, kesetiaan dan kecurangan. 

Macam yang cikla cerita awal tadi, drama Cinta Bukan Kristal adalah drama terbaru yang menggandingkan ramai pelakon baru dan lama yang mantap dan hebat belaka seperti Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Noniswara dan Esma Daniel. 

Untuk memberi sedikit gambaran mengenai drama ni, jom baca sinopsis ringkas di bawah. 

Mungkinkah fenomena Husna berulang kembali? Jom tonton drama Cinta Bukan Kristal, slot Akasia TV3.
Mungkinkah fenomena Husna berulang kembali? Jom tonton drama Cinta Bukan Kristal, slot Akasia TV3. 

Tajuk : Cinta Bukan Kristal (28 episod). 
Waktu siaran : Isnin hingga Jumaat (6.59 malam hingga 7.59 malam). 
Barisan pelakon : Sharnaaz Ahmad (Adrian Hilman), Ayda Jebat (Aryana), Nina Iskandar (Sofea Darlyna), Raja Afiq (Syafiq), Dayana Roza (Ika), Nazrief Nazri (Faiz), Ayu Raudhah (Maksu Faridah), Fauziah Nawi (Opah Timah), Esma Daniel (Dato' Manan), Noniswara (Datin Mahani), Amanda Misbun (Syira). 

Sinopsis : 
Cinta Bukan Kristal mengisahkan tentang konflik yang dialami oleh gadis kampung yang naif bernama Aryana lakonan Ayda Jebat. Semasa di kampung, Maksu Faridah iaitu makcik Aryana telah menghalang perhubungannya dengan Syafiq lakonan Raja Afiq, seorang pemuda kampung yang tidak bekerja dan dikatakan tak mempunyai masa depan. 

Maksu Faridah telah memaksa Aryana keluar dari kampung dan mengubah nasib diri dari kehidupan yang susah. Akhirnya, disebabkan dengan asakan serta pujukan makciknya, Aryana telah berhijrah ke Kuala Lumpur dengan tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. 

Bermula dengan bekerja di cafe, disebabkan satu insiden Aryana bertemu dengan Dato' Manan dan akhirnya dia dijadikan anak angkat oleh Dato' tersebut dan diberikan pekerjaan di syarikatnya. Aryana mula mengubah penampilan diri menjadi lebih bergaya dan cantik. Dia bertemu dengan Adrian Hilman lakonan Sharnaaz Ahmad dan jatuh hati dengan paras rupa, kesempurnaan dan kesenangan yang dimiliki oleh lelaki itu. 

Aryana bertekad untuk mendekati dan memiliki Adrian walaupun mengetahui lelaki itu sudah berkeluarga. Semakin hari, mereka semakin rapat dan akhirnya mereka couple tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah isteri Adrian. 

Uishh.. Biar betul. Laki orang kot. Anak dua pulak tu. Nekad sungguh si Aryana ni ehh!

Walaubagaimanapun, Adrian adalah suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. 

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Memang kenalah kan. 

Lama-kelamaan, Sofea dapat menghidu perbuatan suami yang  bermain cinta dengan gadis muda. Bila mengetahui hal itu, dia tak mudah melatah dan bersabar. Bukan apa, dia nak tengok sejauh mana kesetiaan Adrian terhadap dirinya. 

Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi ni? Nak tau, mestilah tengok sampai last episode. Lagipun, cerita ni belum klimaks lagi. Baru intro, suam-suam kuku gitu... Haha... 

Tapi, cikla teringat satu kata-kata yang diucapkan oleh salah seorang pelakon dalam drama ni (cikla tak ingat siapa), "Jangan bina kebahagiaan di atas kesedihan orang lain..." 

Betul sangatlah tu! 

Bagi cikla, hidup ini ada karmanya. Apa yang kita lakukan pada orang lain, tak mustahil ia akan berlaku pada diri kita pulak. Bak kata orang putih, 'What you give, you get back! "...

Kredit sinopsis SINI 

29 August 2018

Khas untuk peminat anting-anting, jom tengok koleksi anting-anting pelik tapi comel.

August 29, 2018 3 Comments
Khas untuk peminat anting-anting, jom tengok koleksi anting-anting pelik tapi comel. | Assalamualaikum wbt. Sesetengah perempuan suka kumpul anting-anting untuk dijadikan koleksi kesayangan mereka kan. Kadang-kadang, diaorang tak pakai pun. Beli dan simpan je. Mungkin sebab tengok anting-anting tu menarik dan comel, tu yang beli tu.

Cikla bukanlah peminat anting-anting, pasal telinga cikla ni pun tak beranting-anting. Haha. Masa kecil dulu ada jugalah bertindik. Tapi, disebabkan tak dipakaikan subang, lama-lama jadi sebu. Langsung tak beranting-anting.

Masa kawin 9 tahun lepas, pakai anting-anting jenis ketip tu. Haha. Dah besar panjang pun takut nak tindik balik. Sakit ooo...

So, jom tengok koleksi gambar anting-anting yang pada hemat cikla tersangatlah comel dan menariknya...

Cantik kan? Rasa nak makan je. Haha...

Kredit SINI

Jom baca ini : Hakikat SPM.

August 29, 2018 3 Comments
Jom baca ini : Hakikat SPM. | Assalamualaikum wbt. Cikla ada membaca satu kisah yang pada cikla sangat mendalam maknanya. So, cikla nak share dengan korang pulak. Jom baca dan cari maksud tersirat di sebaik penceritaan ini....

Jom baca ini : Hakikat SPM.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Begini...

"Puan, dah pernah ambil SPM?"

Tanya ustaz  ketika di dalam kelas Taddabur Quran bulan lalu. Beliau yang dari depan menghampiri meja saya.

"Eh, mestilah sudah, ustaz. 20 tahun lepas"

Jawab saya yakin.

"Agak-agak kalau diberi peluang, nak ambil lagi sekali tak?"

Tanya ustaz lagi.

"Taknaklah ustaz"

Jawab saya ringkas. Dalam hati berkata sendiri, apalah yang ustaz nak terangkan tentang SPM ni.

Ustaz kembali ke depan memberikan penerangan.

"Hakikatnya, kita semua bakal menduduki SPM kedua. Bezanya, ujiannya adalah sepanjang kehidupan kita namun tarikh keputusannya kita tidak tahu. Jadi perlu sentiasa ada persediaan. Buku rujukannya sudah ada.

Itulah dia, Sijil Padang Mahsyar (SPM). Bila tarikhnya tidak diketahui. Buku rujukannya adalah Al Quran. Ujiannya sepanjang kita berada di dunia. Keputusannya nanti apabila berlakunya akhirat yang kekal..."

Semua yang di dalam kelas tertunduk. Seolah sedang membayangkan bagaimanalah keadaannya ketika mengambil keputusan SPM akhirat.

Ustaz menyambung lagi, kali ini dengan penerangan yang lebih menyentap.

"Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dunia ini nampak besar sangat sebab dengan keputusan baik, seolah-olah nampak cerah sangat masa depan untuk kehidupan yang sementara. Walhal tidak ada jaminan pun. Tetapi inilah yang dikejar-kejarkan.

Tapi keputusan yang kita dapat ketika Sijil Padang Mahsyar (SPM) di akhirat, adalah penentu kemana kita seterusnya selepas kehidupan yang kekal. Balasan syurga dan neraka yang kekal, tetapi kebanyakan kita tidak nampak itu semua.

Ibu bapa menyiapkan anak dengan segala segi persediaan untuk SPM dunia. Hantar anak tuisyen, panggil lagi guru datang ke rumah. Tak cukup dengan itu, hantar lagi bagaimana cara menjawab soalan yang betul.

Tapi apa usaha ibu bapa untuk persediaan anaknya untuk  mendapatkan keputusan yang baik didalam SPM akhirat kelak?

Maksud Al Fatihah pun tidak tahu, bagaimana mereka dapat melaksanakan solat dengan sempurna, sedang solat adalah amalan yang memberikan markah yang tertinggi di sana nanti"

Allahuakbar,  kata-kata ustaz bagai satu pukulan ghaib, tidak nampak dengan mata kasar, tetapi sakitnya menyucuk sampai ke tulang hitam! Saya adalah guru. Yang pernah membawakan propaganda dengan mendapat keputusan SPM dunia yang baik, menjamin masa depan yang cerah!

Ustaz kemudiannya bertanya kami semua,

"Pernah tengok keadaan anak-anak yang ambil keputusan SPM? Masing-masing beratur dengan berdebar. Ahli keluarga ibu bapa semua tunggu di belakang. Menunggu giliran anak-anak, mengambil keputusan, baik atau tidak. Mereka tertanya adakah sama keputusan seperti adik beradik yang lain?

Nak tahu bagaimana keadaannya kita nanti mengambil keputusan SPM di akhirat?"

Al- Inshiqaq : 7
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya.

Al-Inshiqaq : 8
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan.

Al-Inshiqaq : 9
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

Al-Inshiqaq : 10
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya.

Al-Inshiqaq : 11
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya.

Al-Inshiqaq : 12
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

Al-Inshiqaq : 13
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! 

Al-Inshiqaq : 14
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)! 

Al-Inshiqaq : 15
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

Kita marah anak-anak kita tidak baca dan faham isi kandungan buku kerana takutkan mereka gagal dalam peperiksaan. Namun kita tidak pernah marah mereka tidak baca dan faham Al Quran, walhal itulah yang menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Analoginya mudah. Tak baca atau faham buku, mana mungkin dapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang. Tak baca atau tak faham Al Quran, mana mungkin masuk syurga Allah dengan senang.

Deep!

Kredit Prof Ajmain (UTM). Sumber WhatsApp group.

28 August 2018

Alhamdullilah, today it's my birthday!

August 28, 2018 10 Comments
Alhamdullilah, today it's  my birthday! | Assalamualaikum wbt. Since dari pagi tadi timeline fb cikla dihujani dengan ucapan selamat hari lahir, happy birthday, hb dan lain-lain. Rasa terharu pulak sebab masih ada yang sudi wish ucapan hari lahir untuk diri ini.

Alhamdullilah, cikla masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati nikmat Allah dan diberi kesihatan yang baik. 

Saya bersyukur!

Alhamdullilah, today it's  my birthday!
Alhamdullilah, today it's  my birthday! Sumber Google. 

Dalam meniti usia ke 36 tahun ni, macam-macam pengalaman pahit manis tawar, payau, kelat, masam, masin yang cikla dah rasa.

Rasanya kenangan yang paling best dah tak boleh dilupakan adalah kenangan semasa kecil dan remaja. Sebab tu orang cakap, zaman kanak-kanak dan remaja hanya sekali. Nikmatilah ia sebaiknya. Mana taknya. Celik je mata, ingat nak main dan enjoy je. 

Emm, maklumlah, budak-budak kan! 

Alhamdullilah, today it's  my birthday!
Alhamdullilah, today it's  my birthday! Sumber Google.  

Tapi, bila usia dah berganjak ke 30-an, baru nak rasa diri ni matang sikit. Time tu anak dah 2 kot baru nak matang. Haha.. InshaAllah, lagi 4 tahun dah jejak usia 40-an pulak.. Hehe...

Terima kasih sekali lagi pada yang memberi ucapan dan mendoakan yang baik-baik. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan rezeki serta rahmat yang melimpah ruah. Amin Amin...

Alhamdullilah, today it's  my birthday!
Alhamdullilah, today it's  my birthday! 

Alhamdullilah, today it's  my birthday!
Alhamdullilah, today it's  my birthday! 

Thanks encik suami sebab jadi orang pertama yang wish...

26 August 2018

Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway.

August 26, 2018 5 Comments
Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway. | Assalamualaikum wbt. Di petang yang damai ini cikla nak join giveaway lah. Korang dah join ke? Kalau belum, jom join ramai-ramai.

Nak join? Macam biasalah, klik pada banner di bawah... 

Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway.
Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway. 

Giveaway berlangsung dari 19 0gos hingga 9 September 2018. Hadiahnya best juga, iaitu RM10 untuk seorang pemenang dan RM5 untuk 8 pemenang. 

Tapi, kalau penyertaan tak lebih dari 20 penyertaan, hadiah akan dikurangkan. So, meh join ramai-ramai supaya lebih ramai yang berpeluang menang hadiah, ok! 

Keputusan berdasarkan cabutan nombor bertuah. Selamat bergiveaway semua. Good luck! 

Menang Segmen Bloglist Ogos - Disember 2018 blog Nieyl.

August 26, 2018 4 Comments
Menang Segmen Bloglist Ogos - Disember 2018 blog Nieyl. | Assalamualaikum wbt. Alhamdullilah, rezeki cikla terpilih menghiasi Bloglist blog Nieyl. Syukur! 

Menang Segmen Bloglist Ogos - Disember 2018 blog Nieyl.
Menang Segmen Bloglist Ogos - Disember 2018 blog Nieyl. 

Menang Segmen Bloglist Ogos - Disember 2018 blog Nieyl.
Menang Segmen Bloglist Ogos - Disember 2018 blog Nieyl. 

Semoga pemilihan ni sedikit sebanyak dapat membantu trafik blog cikla. Support each other, ok! Tahniah pada yang lain...

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat!

August 26, 2018 6 Comments
Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat! | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa biskut batik ni ada banyak versi kot. Macam-macam resepi biskut batik ni. Tapi, kali ni cikla nak share biskut batik tanpa telur dan guna marjerin sebagai pengganti butter. Maklumlah, harga butter agak mahal dari marjerin. So, guna bolehlah guna marjerin kalau takde budget lebih kan.

Sumber resepi dari adik cikla. Thanks Makde share resepi.

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat!

Bahan-bahannya : 

1 peket biskut Marie (patahkan kepada 4 bahagian).
1 mangkuk kecil marjerin (kalau letak butter, 1 ketul butter)
1/2 cawan gula aising (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan). 
1 cawan serbuk koko. 
1 peket kecil milo. 
1 tin susu pekat manis.

Cara nak buat :
  1. Mula-mula masukkan marjerin dan gula aising ke dalam mixer. Putar sampai kembang. 
  2. Setelah kembang, masukkan susu pekat manis dan putar sehingga rata. Kemudian, dengan kelajuan sederhana, masukkan serbuk koko dan milo. Putar sampai sebati. 
  3. Dengan menggunakan kuali yang sesuai, panaskan di atas dapur. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali, dan kacau adunan sampai wujud gelembung-gelembung di atasnya. Guna api sederhana besar untuk elakkan adunan hangus.
  4. Selepas itu, masukkan biskut Marie dan kacau rata. Dah rata, padamkan api. 
  5. Kemudian, sapukan loyang dengan marjerin dan masukkan biskut Marie yang telah digaul dengan adunan coklat tadi ke dalam loyang. 
  6. Ratakan dan tekan-tekan biskut supaya jadi padat dalam loyang. Selepas itu, biarkan sekejap pada suhu bilik bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. 
  7. Bila dah keras, bolehlah dipotong. Sedia dinikmati.

Inilah hasilnya! Memang sedap dan rasa coklat memang pekat. Tak puas makan sekeping. Habis sekeping, nak lagi. 

Haha! 

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat!
Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat! 

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat!
Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat! 

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat!
Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat! 

Kalau korang tak nak guna milo, korang boleh juga guna choco malt atau apa-apa yang seakan milo.

Selamat mencuba!

25 August 2018

Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson.

August 25, 2018 7 Comments
Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. | Assalamualaikum wbt. Semalam cikla sekeluarga berkesempatan pergi ke Port Dickson untuk menunaikan permintaan anak-anak cikla yang sibuk mengajak berjalan sempena cuti sekolah. Orang putih cakap short vacation. Hihi. Disebabkan plan bidan terjun, so encik suami decided pergi dekat-dekat ajelah kan.

So, mana nak pergi kalau yang dekat tapi jauh ni. Port Dickson lah ditujunya kan... 

Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson.
Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. 

Nak cari tempat nak menginap agak payah jugak. Semua full house! Maklumlah time cuti sekolah kan. Kalau motel atau hotel biasa memang banyaklah kosong, tapi kena tengok juga lokasi tempat tu dekat mana, keadaan tempat tu lagi dan besar kecil ke bilik tu. Mak ramai anak haruslah kena cari bilik yang sesuai kan... 

Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson.
Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. 

Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson.
Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. 

Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson.
Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. 

Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson.
Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. 

So, pilihan kami adalah AKAR BEACH RESORT. Nanti cikla share pasal tempat ni kemudian ye.
 
Pagi sebelum bertolak pulang, cikla dan anak-anak turun ke pantai berjalan-jalan untuk tengok-tengok keadaan sekitarnya. Pemandangan memang cantik. Deruan ombak yang berirama, memang best

Tenang je rasa. 

Di tambah pula dengan sapaan angin yang sepoi-sepoi bahasa, lagilah best. Sangat sesuai bagi mereka yang mahu relakskan diri dan tenangkan fikiran.

Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson.
Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. 

Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson.
Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. 

Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson.
Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. 

Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson.
Percutian pendek cikla sekeluarga : Tengok ombak dan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson. 

Satu je yang cikla boleh cakap, indahnya alam ciptaan Allah. Alhamdullilah...

22 August 2018

Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua!

August 22, 2018 4 Comments
Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua! | Assalamualaikum wbt. Seperti hari raya Aidilfitri, cikla memang ada masak-masak sikit untuk keluarga. Tapi, tidaklah semeriah hari raya puasa. Cuma menu ketupat segera tu menu wajib adalah... Kali ni lawannya, kari ayam.

Bila tiba time raya mesti macam-macam menu kita jumpa kan. Ada yang kita tak pernah jumpa pun ada. Kalau tak raya, memang tak nampak pun menu ni dihidangkan.

Dekat tempat cikla takdelah menu yang pelik-pelik. Biasa-biasa aje.

Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua!
Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua! 

Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua!
Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua! 

Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua!
Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua! 

Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua!
Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua! 

Lemang periuk kera tu encik suami beli. Memang tak rajinlah cikla nak buat kan, mana nak cari periuk keranya lagi. Hihi... Tapi, memang sedap dan lembut je lemang ni. Cikla sebelum ni tak berapa gemar makan lemang dah makan 1 ketul lemang periuk kerja dengan 3 ricih lemang tu tanpa sedar. 

Adoi.... Nafsu oii! 

Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua!
Alhamdullilah, rezeki di hari raya! Selamat hari raya Aidiladha semua! 

So, cikla nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA pada korang semua. Semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNya. Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.