Rahsia cantik dengan yogurt.

By Cikla Shahril - July 08, 2018

Cikla agak semua orang suka makan yogurt. Mungkin ada sesetengahnya tak. Cikla kalau makan yogurt bila time cikla payah nak 'membuang'. Huhu. 

Ada orang menjadikan yogurt sebagai snek atau kudapan dan ada jugak yang menghidangkan yogurt dengan makanan lain sebagai penambah perasa dan penyedap makanan.

Tapi, sebenarnya dengan yogurt jugak boleh menjadikan kita cantik sebab ada yang mengaplikasikan yogurt sebagai menu diet dan menjadikan ia sebagai masker muka. 

Apa yang korang tak tau mengenai yogurt adalah ia dikatakan mempunyai banyak kelebihan dari segi kecantikan. Wow, iye ke? Kedengaran macam menarik je.

Rahsia cantik dengan yogurt.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Beberapa rahsia cantik dengan yogurt ternyata dan terbongkar. Amboi, ayat bukan main. Haha. Tapi, apakah ia? Jom baca sampai habis.

-1- Hilangkan bintik hitam dan bintik putih pada wajah.

Campurkan tepung jagung dengan yogurt, dan jadikan ia pes. Selepas itu, gosokkan pes tersebut dalam gerakan membulat secara lembut pada wajah yang bermasalah. 

Untuk kesan yang lebih baik, campurkan dengan sedikit kunyit dan serbuk cendana. Selain itu, ia jugak dikatakan dapat membantu mengurangkan jerawat dan menghalang jerawat dari tumbuh. 

So, dah jimat kan. Tak payah beli produk mahal-mahal dah!

-2- Hilangkan kelemumur.

Dengan yogurt, boleh hilangkan kelemumur. Wah, macam mana tu? Caranya, sapukan yogurt ke kulit kepala dan rambut korang kemudian biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dicuci bersih. 

Kesannya, ia mampu menjadikan rambut lebih licin, melegakan rasa gatal kulit kepala sekaligus mengurangkan kelemumur. Untuk kesan yang wow, lakukan sekali atau 2 kali seminggu.

-3- Membantu pengelupasan dalam keadaan terkawal.

Campuran kacang walnut yang dihancurkan bersama dengan yogurt untuk dijadikan seperti skrub. 

Ini kerana dikatakan walnut berfungsi membantu mengelupaskan liang di samping yogurt itu sndiri memberi khasiat pada kulit kita. 

Selain itu, gabungan yang mantap ni juga dapat membantu menghilangkan tompok kering dan sel kulit mati.

-4- Mendapatkan gigi yang putih bersih bak salju.

Untuk pengetahuan korang, yogurt mengandungi kalsium dan fosforus yang mana ia membantu menjadikan enamel gigi lebih putih di samping membantu membentuk lapisan perlindungan dari gigi menjadi kuning. 

Selain itu, ia membantu mengelakkan nafas berbau. Nak kan kesan terbaik? Sapu lah secara kerap pada gigi korang tu. Cubalah!

-5- Melambatkan proses penuaan kulit.

Kalau korang nak tau, campuran yogurt dan timun dikatakan mampu menghilangkan garis halus dan kedutan pada wajah. 

Ini kerana, timun mempunyai kesan penyejukan dan merapatkan liang roma kulit yang terbuka, di samping yogurt membantu menegangkan kulit. Amalkan sekali seminggu, InshaAllah hasilnya pasti tak mengecewakan.

Lepas ni tak alasan untuk cantik sebab dengan bahan yang murah kita mampu merealisasi impian kita. Apa yang terpenting, semulajadi dan selamat!

Kredit Ruangan C16 HM klassifields.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Wahh boleh hilang jeragat.. boleh Cuba lah nanti

    ReplyDelete
  2. Menarik betul tips cantik dengan yogurt nie..

    ReplyDelete