21 July 2018

Cucur nasi untuk mereka yang berpantang low diet iodine.

Cucur nasi untuk mereka yang berpantang low diet iodine. | Assalamualaikum wbt. Semasa kali pertama berpantang low diet iodine atau LID, memang blur nak makan apa sepanjang tempoh berpantang tu. Bukan apa, cikla kalau bab-bab macam ni memang sangat berhati-hati sebab kalau dah langgar pantang takut kena postpone pula RAI.

Tak bestlah, kena tunggu lagi. Cikla kalau boleh nak cepat-cepat habiskan treatment ni, so that boleh tumpu pada appointment doktor je. Lagipun, rawatan RAI ni kena buat setiap 6 bulan sekali.

Pagi tadi macam blur pulak nak sarapan apa. Hari-hari sarapan nasi lemak kosong dengan ayam goreng kunyit jemu jugak. Semalam sembang-sembang dengan kawan Facebook pasal cucur nasi.

Ting!

Pulak dah. Teringin pulak nak makan kan. Lagipun ini pertama kali cikla buat cucur nasi ni. So, macam main belasah je, based pada ajaran kawan cikla tu. Hehe. Tapi, menurut dia memang cucur nasi ni jauh lebih lembut dari cucur tepung yang kita selalu buat tu. Yang bestnya, bila dah sejuk pun still lembut jugak.

Tak ke syok mcm tu...

Disebabkan cikla masih berpantang LID, so memang tak banyak bahan yang boleh letak kat dalam cucur ni. So, dengan hanya empat bahan, dah menjadi dah cucur nasiku ini.

Bagi mereka yang tak berpantang LID, korang boleh je tambah bahan-bahan kesukaan korang kat dalam ni, seperti kentang yang dipotong dadu, ikan bilis, udang kering atau udang basah, daun sup, daun bawang dan sebagainya.

Letak ajelah apa pun, asalkan relevan. Ehh! Hihi.

Resepi cucur nasi versi pantang LID. 

Cucur nasi untuk mereka yang berpantang low diet iodine.
Cucur nasi untuk mereka yang berpantang low diet iodine. 

Bahan-bahan : 
3 mangkuk nasi sejuk. 
2 senduk tepung gandum.
1 labu bawang besar (dihiris). 
Garam, air suam dan minyak untuk menggoreng.

Cara nak buat : 
Masukkan nasi ke dalam blender bersama sedikit air. Blend nasi sampai lumat. Sesuaikan air, kalau macam payah nak blend, tambahlah air lagi.

Kalau korang nak masukkan bawang masa blend pun boleh, tapi cikla lagi suka masuk masa kita bancuh tu. So, nanti bila dah siap goreng bolehlah gigit-gigit bawang tu.

Bila dah siap blend, dalam mangkuk yang bersesuaian masukkan nasi yang telah siap dikisar bersama 2 senduk tepung gandum, garam dan bawang besar (kalau korang tak blend sekalilah). Lepas tu, masukkan air suam secukupnya dan gaul bancuhan sehingga kesemuanya bercampur dengan baik. 

Cucur nasi untuk mereka yang berpantang low diet iodine.
Cucur nasi untuk mereka yang berpantang low diet iodine. 

Masa membancuh tu, arah pusingan untuk mengaul mestilah sama. Sebaik, ikutlah arah lawan jam. Hihi. Siap untuk di goreng.

(Untuk mereka yang bukan berpantang LID, masukkan sekali bahan-bahan lain yang korang nak letak, lepas tu gaul rata).

Panaskan minyak dalam kuali, bila dah panas masukkan hasil bancuhan tadi ke dalam kuali menggunakan sudu. Bentukkan cucur ikut suka koranglah, nak besar ke, nak kecil ke. Kalau cikla, suka yang sedang-sedang je. Tak besar, tak kecil. 

Goreng cucur sehingga kekuningan. Cikla suka garing sikit, sebab nanti time makan kruppp kreeeppp kruuuppp kraapppp je bunyi dia. Senang cakap, rangup di luar tapi lembut di dalam.

Bila dah garing, toskan minyak elok-elok dan angkat cucur. Bolehlah dihidangkan bersama sos atau pencicah pilihan hati. 

Cucur nasi untuk mereka yang berpantang low diet iodine.
Cucur nasi untuk mereka yang berpantang low diet iodine. 

Cucur nasi untuk mereka yang berpantang low diet iodine.
Cucur nasi untuk mereka yang berpantang low diet iodine. 

Selamat mencuba!

5 comments:

  1. bagus jugak idea ni, kalau nasi banyak boleh buat cucur minum dengan kopi o :D

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan pulak cucur nasi..kalau tak nak masukkan bawang takpe ke? And kalau kita blend tepung gandum sekali dengan nasi + air tak boleh ke?

    ReplyDelete
  3. Eh 1st time dgr resepi cucur ni. Tak diet pun boleh buat ni, nnt nak try 😊😊

    ReplyDelete
  4. simple je. dulu masa masih belajar selalu buat ni dgn kawan. buat versi manis yg takde letak bawang.

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.