Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya!

By Cikla Shahril - July 05, 2018

Semenjak dah jadi mak-mak ni, minat ke arah gardening semakin menebal pulak. Bukan apa, bila balik rumah mak, tengok pokok bunga dia mekar hidup subur macam seronok pulak. Tu yang teringin nak tanam sendiri. At least, terisi jugaklah masa lapang cikla kan. Hehe.

Pokok pudina ni pokok herba pertama yang cikla tanam selain dari pokok kesum (daunnya orang letak dalam laksa tu) dengan pokok kunyit. 

Sebenarnya, sebelum ni cikla memang tak berjaya tanam kunyit. Mula-mula je ok, lepas tu mulalah daunnya menguning, then lama kelamaan layu dan mati.

Hairan jugak. Kalau tengok kat rumah mak cikla tu, gemuk-gemuk pokok kunyit dia. Tapi, bila tengok awak punya. Sedih, sadis semua ada. Sob sob sob!

Berbalik kepada cerita pokok pudina tu, lepas cikla alihkan pokok ni ke dalam pasu yang lebih besar, dengan harapan nak bagi dia bercambah lagi banyak nampaknya usaha itu berjaya. Korang tengoklah, subur tak subur pokok pudina cikla ni. Yeahhh, I did it! Hoorayyy!

Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya!
Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya! 

Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya!
Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya! 

Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya!
Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya! 

Cikla agak, korang mesti tau kan yang daun pudina ni memang banyak khasiatnya tak kiralah untuk kesihatan dan kecantikan. Ececeh, perempuan sukalah tu dengar pasal nak cantik ni. Hihi. 

Cikla ada terbaca yang daun pudina ni jugak dikenali sebagai mint. Betullah tu kan, sebab bau dia. So, antara khasiat pudina adalah :

-Merangsang proses penghadaman. 
Sebagai antiseptik. 
-Membantu merangsang pengeluaran peluh.
-Dikatakan dapat membantu merawat selsema dan sakit kepala ringan di samping kekenyangan otot dan sakit badan. 
-Mampu menyegarkan nafas kita melalui ekstrak daun pudina yang ditambah ke dalam ubat gigi.
-Dijadikan perasa tambahan dalam ice cream dan minuman. Fresh gitu!
-Boleh dijadikan sebagai ulam.
(Kredit SINI

Sekarang ni cikla tengok orang banyak letak daun pudina dalam minuman. Tengok aje kalau time bulan puasa. Berapa ramai yang jual air yang ada daun ni, soda herbs yang paling popular kot. Lepas tu, ganding pulak dengan lemon. 

Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya!
Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya! 

Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya!
Cubaan pertama menanam pokok pudina berjaya! 

Wow, lagilah fresh. Segar je lalu kat tekak bila korang minum. Apa kata lepas ni, jadikan daun pudina sebagai salah satu minuman kegemaran korang. 

Memang bagus, mesti tak menyesal punyalah! Dengar-dengar, daun pudina jugak dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan. Wow!

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Wah pudina. .Wat teh o pudina sedap

    ReplyDelete
  2. yeay tumbuh elok. kalau CT ni tangan memang tak de roh pokok2 tataula tanam apa semua tak menjadi ngeh2..

    ReplyDelete
  3. waaaa.. terbaek.. seronok bercucuk tanam ni :)

    ReplyDelete
  4. Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete
  5. Cantik pokok pudina cikla.. Pokok pudina Sha baru je mati kekeringan masa cuti raya hari tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  6. buat soda herbs.
    aida siap makan daun pudina nyer.
    sedap! nyaman!

    ReplyDelete