Bila pokok durian meriah berbuah...

By Cikla Shahril - July 13, 2018

Semasa entri ni di tulis, pokok durian nan sebatang di tepi rumah cikla telah selesai menggugurkan buahnya. Selamat sudah! 

Sebenarnya, ini kali pertama pokok durian ni berbuah lebat. Sebelum ni berbuah juga, tapi takdelah selebat tahun ni. Rezeki Allah, alhamdullilah.

Cikla rasa macam jaranglah kita jumpa orang yang tak suka makan durian. Kebanyakannya suka kan. Mana yang pandai buat kuih tu, haaa siap buat kuih dari durian lagi. 

Cikla kalau bab kuih memang fail, so makan gitu je. Tapi, memang puas jugaklah makan. Takdelah cakap terliur bila tengok orang jual durian dekat tepi jalan tu. Mahal pun mahal kan.

Bila pokok durian meriah berbuah...
Bila pokok durian meriah berbuah... 

Bila pokok durian meriah berbuah...
Bila pokok durian meriah berbuah... 

Durian mendapat namanya dari sturuktur buahnya yang berduri. Baunya memang kuat, even kita tak kopek kulitnya pun dah berbau. Jangan haraplah korang nak main sorok-sorok dengan buah durian. Pasti ketahuan sih! Hihi.

Itu sebabnya, dek kerana baunya yang kuat durian dilarang untuk dibawa ke sesetengah tempat seperti hotel, kabin kapal terbang dan dalam pengangkutan awam di beberapa negara di Asia Tenggara.

Bila pokok durian meriah berbuah...
Bila pokok durian meriah berbuah... 

Bila pokok durian meriah berbuah...
Bila pokok durian meriah berbuah... 

Meriah tak meriahnya sampai sedekah-sedekah dekat orang lagi. Takpelah, orang cakap berkongsi rezeki kan. Betul tak?

Bila pokok durian meriah berbuah...
Bila pokok durian meriah berbuah... 

Bila pokok durian meriah berbuah...
Bila pokok durian meriah berbuah... 

Hope pokok durian seketui akan terus berbuah lebat.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. sukanya tengok pokok durian berbuah lebat.. freshh lagi tu kutip buah bawah pokok..

    ReplyDelete
  2. wahhh.. seronok la.. dpt makan durian banyak. hehe. sini blm musim lagi hehe

    ReplyDelete
  3. uuuish seronoknyaaa gini alhamdulillah meriah buahnya =D

    ReplyDelete
  4. Berkat doa jiran2 yang merasa,
    mudah2an tahun depan berbuah lebat agi.

    ReplyDelete
  5. Berapa jarak pokok durian dengan rumah

    ReplyDelete