3 tip memilih maskara yang korang kena tahu.

By Cikla Shahril - July 16, 2018

Cikla agak, 'selera' orang bermekap ni tak sama. Ada yang suka mekap nipis dan tipis je, tapi tak dinafikan juga ada yang suka bermekap tebal. Mungkin untuk lebih yakin kot terutama bila berhadapan dengan orang ramai. Bagi cikla, terpulang pada masing-masing kehendak kan. Asalkan tak berlebihan, oklah tu. Nanti orang pandang pelik pulak kan. Hihi!

Walau apapun, bagi cikla istilah cantik itu terlalu subjektif. So, pentafsiran kepada istilah cantik itu adalah berbeza-beza tak kiralah cantik semulajadi atau cantik disebabkan mekap. Dalam banyak-banyak alat mekap, maskara adalah antara yang terpenting. Kalau takde, macam tak complete kan. Betul tak? So, nak pilih maskara pun ada caranya juga ye kawan-kawan. Bukan apa, pemilihan maskara yang betul adalah penting supaya bila kita pakai maskara tu nanti, takdelah maskara tu mencacatkan mekap kita.

3 tip memilih maskara yang korang kena tahu.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Semasa membeli maskara, pilih maskara yang mengandungi vitamin yang berfungsi untuk merawat bulu mata. Ia amat penting tau terutama bagi mereka yang selalu mengaplikasikan maskara pada bulu mata mereka. Pilih maskara sesuai dengan aktiviti yang korang nak lakukan. Contohnya, pilih maskara yang bersifat kalis air untuk mereka yang aktif, manakala maskara yang bersifat larut air untuk kegunaan harian dan senang dibersihkan. 

Apa yang terpenting, pilih maskara yang sesuai dengan warna kulit. Contohnya, maskara berwarna hitam dan coklat sesuai untuk mereka yang berkulit gelap, manakala bagi mereka yang berkulit cerah, korang lebih beruntung sebab pemilihan maskara lebih fleksibel. So, memang takde masalah!

Kredit Ruangan Ubah Imej, Majalah Wanita Jun 2018.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. tak pernah belek pulak ada vitamin ke tak, ambil yang ada effect volume up je

    ReplyDelete
  2. terbaek.. x dpt bayang kalau ejulz guna maskara.. hehe

    ReplyDelete
  3. aida x brape pakai maskara, cikla.
    takde bulu mata sgt :) hi hi hi

    ReplyDelete