31 July 2018

5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!

July 31, 2018 3 Comments
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! | Assalamualaikum wbt. Lately, cikla asyik cerita pasal rai dengan menu LID. Betul tak? Haha, maklumlah mood berRAI belum berakhir lagi. Haruslah kan...

So, kali ni cikla nak share dengan korang tempat percutian pula. Yeayyy... Kedengaran macam best kan. Cikla pun tengah bercuti juga ni, tapi percutian dalam sarang. Haha...

Cikla agak, selain dari percutian di pulau dan pantai, kebanyakan orang suka meluangkan masa bersama keluarga di kawasan air terjun. Betul tak?

Air terjun dan hutan lipur juga menjadi salah satu dari daya tarikan pelancong tak kiralah dari dalam atau luar negara. Memang best tau. Selain kita dapat menikmati kecantikan alam semulajadi, kita juga dapat merehatkan minda dari kebisingan dan hiruk-pikuk kat bandar tu. Yang kita dengar, bunyi kelicap cap cap dan burung je... 

Aduhh, syoknya!

Pada yang suka jungle tracking bolehlah berjungle tracking juga!

Cikla sendiri pun dah lama tak pergi mandi air terjun. Berkurun kot since 'askar' dah bertambah ahli ni, lagilah! Haha!

5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!

Cikla orang Selangor. Tapi, sejujurnya cikla sendiri tak tau yang di negeri Selangor ni memang banyak kawasan air terjun yang menarik yang boleh kita kunjungi. Haha, teruk betullah! *tutup muka menyorok belakang pokok!

Korang nak tau tak mana air terjun menarik kat Selangor ni? Jom baca sampai habis kalau nak tau...

Air terjun Sg. Chilling, Hulu Selangor. 
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! Sumber Google. 

Lokasi air terjun ini terletak kira-kira 13 km dari Kuala Kubu Bahru dan sekitar 70 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan korang, Sg. Chilling adalah dibawah seliaan Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan terletak di laluan perjalanan dari Kuala Kubu Bahru ke Bukit Fraser.

Air terjun Kemensah, Hulu Klang. 
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! 

Air terjun ini juga dikenali sebagai Air Terjun Batu Asah dan lokasinya adalah terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang, Selangor. Kawasan ini amat sesuai dijadikan tempat beriadah untuk seisi keluarga sebab korang boleh melakukan pelbagai aktiviti termasuklah camping, barbeku, dan juga aktiviti lasak seperti ATV Adventure All Terrain Vehicles. Selain itu, perkhidmatan chalet pun ada disediakan juga.

Air Terjun Kanching, sempadan Rawang dan Kuala Lumpur. 
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! Sumber Google. 

Cikla rasa air terjun ni yang paling popular kot. Cikla pun pernah juga datang ke sini dulu, kalau tak salahlah. Best tempat ni. Kalau korang nak buat family day ke, gathering ke, memang sesuailah kalau nak buat kat sini sebab di sini ada kawasan lapang yang memudahkan korang melakukan aktivit-aktiviti termasuklah sukaneka. Luas tak luas kan.

Pada yang suka jungle tracking pulak, boleh je korang berjalan menyusuri denai sambil-sambil tu korang boleh menikmati kehijauan di sekitar air terjun. Pendek kata, macam-macamlah yang korang boleh buat bila ke sini bukan setakat bermandi-manda saja.

Air Terjun Sungai Tekala, Selangor. 
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! Sumber Google. 

Cikla pernah dengar mengenai air terjun ni. Lokasinya adalah, ia terletak kira-kira 10 hingga 20 minit jarak perjalanan antara batu 14 Hulu Langat.

Memang ramai yang suka datang ke sini. Buktinya, setiap bulan hampir 9000 orang pengunjung yang datang ke sini. Wah!

Hutan Lipur Sg. Sendat, Ulu Yam. 
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! Sumber Google. 

Kalau yang ni cikla first time dengar. Lokasi tempat ni terletak di Jalan Ulu Yam nak ke Batang Kali. Kalau korang dari Kuala Lumpur makan masa sejam 20 minit jugalah nak sampai sini.

Air terjun Sg. Sendat dikatakan mempunyai 3 tingkat yang mana tingkat pertama kolamnya agak luas dengan kedalamannya yang sesuai untuk korang bermandi-manda. Manakala, tingkat kedua pula, kolamnya lebih cetek dan tak sesuai kalau korang nak swimming, di samping kolam di tingkat tiga pula tak begitu luas tapi sesuai untuk mereka yang mahu melakukan aktiviti swim dan terjun tiruk. 

Korang jangan tanya terjun tiruk tu apa, kena tanya yang pakar ye. Tapi, kalau nyamuk tiruk tu cikla taulah. Haha! 

So, kalau korang berhajat untuk berjalan-jalan dan bercuti di air terjun, apa kata korang berkunjung ke salah satu air terjun yang cikla share ni, lebih-lebih lagi mereka yang datang dari luar Selangor.

Mesti excited lebih kan?

Kredit Ruangan Sinar sihat:aktif.

Koleksi menu low diet iodine bagi mereka yang nak menjalani rawatan radioiodine, RAI kanser.

July 31, 2018 4 Comments
Koleksi menu low diet iodine bagi mereka yang nak menjalani rawatan radioiodine, RAI kanser. | Assalamualaikum wbt. Semua pesakit kanser tiroid yang perlu menjalani rawatan iodin atau RAI tak kiralah dose tinggi atau rendah perlulah melalui tempoh 2 minggu berpantang makan atau low diet iodine sebelum rawatan dijalankan.

Bila dengar, ala pantang iodine je. Tapi, sebenar ia takdelah sesusah yang disangka. Mungkin mereka yang pertama kali rasa macam tu. Biasalah kan. Pertama kali, perasaan kat dalam tu mesti bercampur baur...

Asalkan jangan berperang dengan perasaan sendiri sudah. Wat lek wat pis je kata budak-budak sekarang!

Sejujurnya, dulu masa cikla first time nak buat RAI time berpantang LID inilah rasa macam stress. Sebab apa? Sebab tak tahu nak makan apa dalam tempoh berpantang tu. Bukan apa, nanti terlanggar pantang sia-sia pulak kita minum iodin tu sebab iodin tu tak 'memancarkan' power sebaiknya. 

Koleksi menu low diet iodine bagi mereka yang nak menjalani rawatan radioiodine, RAI kanser.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Tapi, bila dah melaluinya 3 kali, yang terbaru macam sekarang inilah (cikla sedang berkuarantin sebab dah minum iodin pagi tadi), baru tau sebenarnya melalui tempoh berpantang ni bukan ya sesusah yang disangka. Makan jelah apa saja, asalkan ia tak melanggar apa yang dilarang.

Kita kena pandai dan bijak mengolah dan mempelbagaikan menu supaya ia jadi lebih menarik!

So, cikla nak share dengan korang khasnya mereka yang berkenaan koleksi menu LID yang mungkin korang boleh cuba sendiri. Koleksi ini merupakan hasil air tangan sahabat cikla, puan Nor Nadia Sariman. Beliau juga merupakan salah seorang pesakit kanser tiroid.

Kredit SINI

Percutian pendek sudah bermula!

July 31, 2018 3 Comments
Percutian pendek sudah bermula! | Assalamualaikum wbt. Hari ni cikla sudah pun selamat menjalani rai kali ketiga. Pagi-pagi lagi dah tercongok kat IKN tu. Tunggu turn, boleh tahan lama juga.

Alhamdulillah, dah selamat minum pun. Kali ni 10 mci jugak. Tadi pun, sebelum minum iodin, jumpa doktor. Doktor cakap bacaan TG cikla untuk RAI lepas pun semakin baik. Dari bacaan 10 untuk rai pertama, alhamdullilah turun ke bacaan 4.

Syukur ya Allah!

Percutian pendek sudah bermula!
Percutian pendek sudah bermula! Sumber Google 

Sekarang dah masuk sarang aka bilik pengantin bak kata kawan cikla. Kih kih kih. Mana taknya, makan dihantar. Takde gangguan...

Sesekali dilayan seperti Queen, apa salahnya kan...

Cikla akan menjalani kuarantin sehingga 8 hari sebelum boleh melakukan aktiviti masa biasa. Uiiii, tak sabar meehh...

Percutian pendek sudah bermula!
Percutian pendek sudah bermula! Sumber Google. 

Percutian pendek sudah bermula!
Percutian pendek sudah bermula! Sumber Google. 

So, InshaAllah Jumaat nanti cikla akan kembali semua ke IKN untuk buat whole body scan pun sebab nak tengok betul ke saki-baki kelenjar tiroid tu sudah clear atau sebaliknya.

Percutian pendek sudah bermula!
Percutian pendek sudah bermula! Sumber Google. 

Hope a good news soon! Doakan cikla!

30 July 2018

Jom baca tip mekap natural khas untuk wanita bertudung!

July 30, 2018 4 Comments
Jom baca tip mekap natural khas untuk wanita bertudung! | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, walaupun kita bertudung, tidak ada halangan untuk kita bergaya dan tampil anggun tak kiralah semasa berpakaian atau mengenakan solekan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerjaya, perlulah tahu mencorakkan penampilan korang sesuai dengan kerjaya apa yang korang ceburi.

Asalkan ia tidak membatasi had-had yang telah ditetapkan oleh agama. Jangan pulak nanti, terlalu mengikut trend, kita terlupa akan apa yang disyariatkan kepada kita...

Sejujurnya, cikla agak bermekap secara natural dan tidak berlebihan adalah sangat sesuai bagi mereka yang bertudung. Betul tak? Bukan apa, kalau bermekap tu, janganlah mekap terlalu tebal dan dalam  berfesyen pula, janganlah terlalu berlebihan.

Itulah yang sebaiknya!

Jom baca tip mekap natural khas untuk wanita bertudung!

Kali ni cikla nak share tip bermekap secara natural  khas untuk wanita bertudung. Jom semak sama-sama dan InshaAllah bolehlah dipraktikkan nanti. Tak gitu!

Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Bersihkan muka dan pakailah pelembap.

Aktiviti membersihkan muka sememangnya penting tak kiralah sebelum kita mengenakan mekap atau semasa menanggalkannya. Bersihkanlah muka korang dengan cleanser yang sesuai dengan kulit muka, seterusnya lupa oleskan pelembap juga.

Kalau korang nak tau, pelembap penting sebab ia boleh mengelakkan kulit muka korang nampak berminyak atau terlalu kering bila korang apply foundation atau concealer nanti.

Cara memakainya pula, just tepuk-tepuk aje ke muka. 

Memakai foundation

Pemakaian foundation juga penting sebab ia menjadikan wajah kita nampak lebih bermaya dan fresh. Pilih foundation jenis compact. Gunakan span lembab semasa mengoles foundation ke wajah mu...

Selepas itu, sapukan bedak tabur ke wajah dengan menggunakan berus besar supaya foundation tak cepat luntur.

Memilih eyeshadow natural. 

Pemilihan eyeshadow dari rona atau warna tanah seperti coklat, keemasan, plum ataupun hijau is a good choice! Selain itu, korang juga boleh menggunakan waterproof eyeliner berwarna coklat atau hitam pada kelopak mata bahagian atas.

Pilih warna maskara yang tepat

Untuk pengetahuan korang, maskara berfungsi menjadikan bulu mata semakin tebal dan lentik. Aplikasi maskara sekali saja pun dah cukup untuk buat korang nampak lebih natural. 

Menghasilkan bentuk kening yang natural. 

Dengan menggunakan pensel kening, rapikan bentuk kening korang untuk membentuk atau menjadikan ia nampak lebih tebal.

Just layangkan sikat kening untuk membaurkan warna sekaligus menjadikan bentuk kening korang jadi lebih  sempuoorna. So, penampilan korang pun look perfecto!

Pemerah pipi. 

Tanpa pemerah pipi, rasanya macam tak lengkap je kalau bermekap kan. Sebenarnya, pemerah jenis krim atau gel adalah lebih efektif, sebab ia mudah disapu pada kulit muka bagi mereka yang ingin menggayakan mekap natural. 

Untuk kesan yang lebih fresh, just sapukan pemerah pipi pada tulang pipi ke arah rambut.

Kalau korang  berkulit putih, lebih cun korang gunakan pemerah pipi atau blush on berwarna pink. Tapi, kalau korang berkulit lebih gelap, bolehlah mengunakan warna pink gelap atau coklat atau oren. 

Lipstik atau lipgloss. 

Untuk menjadikan wajah nampak lebih cerah, pilihan warna terbaik untuk lipstik atau lipgloss adalah dengan warna natural. 

Tapi, kalau korang mempunyai kulit yang cerah, pilihlah lipstik berona peach pink, manakala jika korang berkulit lebih gelap seeloknya pilih warna pink coklat untuk nampak lebih natural dan fresh.

Kredit group Telegram Petua dan Kesihatan.

Ayam sambal daun kari.

July 30, 2018 15 Comments
Ayam sambal daun kari. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya banyak je resepi yang kita boleh buat berasaskan ayam. Dari yang berkuah sampai yang kering macam sambal tu. So, cikla nak share satu lagi resepi mudah yang mungkin dah ada yang dah tahu. Tapi, takpelah. Cikla share jugak, manalah tau ia berguna untuk mereka yang pertama kali nak mencuba.

Dengan menggunakan bahan yang mudah, makan terhasillah satu resepi yang sedap. Tak percaya? Jom cuba sendiri.

Ayam sambal daun kari. 

Ayam sambal daun kari.
Ayam sambal daun kari. 

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan dan diperap sekejap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit). 
1 biji bawang besar sederhana besar (hiris). 
2-3 ulas bawang putih (dihiris).
1-2 inci halia (diketuk). 
1 senduk cili giling. 
1 biji bawang Holland (potong bulat). 
2 tangkai daun kari (ambil daunnya saja). 
1/2 mangkuk air asam jawa. 
Minyak, garam dan sedikit gula.

Ayam sambal daun kari.
Ayam sambal daun kari. 

Ayam sambal daun kari.
Ayam sambal daun kari. 

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tapi jangan garing sangat. Angkat ayam dan toskan minyak elok-elok. Goreng semua ayam, dan ketepikan. 
  2. Luakkan sedikit minyak gorengan ayam, kemudian tumiskan bahan yang dihiris termasuk halia sehingga kekuningan. 
  3. Selepas itu, masukkan cili giling dan air asam jawa. Tambah sedikit air kalau nampak kering sangat. Masak cili sampai garing dan pecah minyak. 
  4. Bila cili dah masak, masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa. Kemudian, masukkan bawang Holland dan daun kari. Kacau rata. 
  5. Last, masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan sedikit air kalau sambal nampak kering. 
  6. Gaul ayam dengan sampai sehingga ke semua ayam terkena sambal. Biar sekejap bagi mesra gitu. 
  7. Tutup api dan bolehlah dihidang.

Ayam sambal daun kari.
Ayam sambal daun kari. 

Cikla memang suka letak bawang Holland tu banyak-banyak sebab sedap. Manis je rasa dia nanti. 

Selamat mencuba!

29 July 2018

Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian!

July 29, 2018 8 Comments
Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian! | Assalamualaikum wbt. Cikla agak semua orang tau sekarang ni musim durian. Buktinya? Memang ramai dah cikla nampak orang jual raja buah ni walaupun harganya masih wow, mahal wehhh! 

Semalam, masa hantar Ammar, Zara dan opah balik kampung sebelum sampai rumah tu, saja-saja je pusing-pusing bandar baru Kuala Selangor kot-kot ada durian murah kan. Nak dijadikan cerita, orang tua-tua cakap kalau dah rezeki tak ke mana, berjumpa jugalah kami dengan orang yang menjual durian agak murah.

Sekilo RM8! Murah ke mahal? Hehe...

So, disebabkan tiba-tiba kepingin pula nak makan durian sebab selalu nauuuu tengok orang post durian di timeline Facebook di sana-sini, maka berhentilah untuk mengusha pada awalnya. 

Encik suami pilih-pilih. Di kerlingnya cikla di sebelah bagi hint suruh pilih sama. Apa lagi, bila dah dapat green light dengan pantas daku memilih. Selesai memilih, menimbang dan membayar, kami pun pulang.

Tak sabar wehhh! Baunya taulah kan, macam mengejek-ngejek pulak. Lagilah tak tahan!

Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian!

Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Tapi, sebelum korang nak melantak durian tu, korang kena tau ada beberapa hal atau perkara penting mengenai buah berduri banyak ni.

Sejujurnya, ada yang cikla baru tau. Korang nak tau tak? Moh kita baca....

Kalau korang nak tahu, buah durian kaya dengan asid amino tryptophan yang mana ia dikatakan mampu memberi ketenangan fikiran. So, ia amat sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

Bahan bau yang wujud dalam durian iaitu Organosulfur adalah bersifat anti kanser, antioksidan, anti-mikrob dan antihipertensi. Itu sebabnya, durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.

Mereka yang mengidap kencing manis TAK BOLEH memakan durian secara berlebihan sebab kandungan gula yang ada di dalamnya sangat tinggi. Nehi, Nehi Nehi! Keadaan ini boleh menyebabkan paras gula menjadi tak terkawal dan boleh menyebabkan ketoacidosis. It is very dangerous!

Selain itu, mereka yang mengalami masalah buah pinggang kronik (end stage renal failure, ESRF) dan perlu menjalani dialisis TAK BOLEH makan durian. Paling bagus, JANGAN makan langsung sebab durian tinggi dengan potassium.

Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian!
Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian! Sumber Google. 

Untuk pengetahuan korang, kandungan potassium yang tinggi ini akan mengakibatkan pesakit mengalami sesak nafas, sakit dada, dan rentak jantung menjadi perlahan (bawah 40/minit). So, rawatan emergency haemodialysis perlu dilakukan. Kalau tak, pesakit boleh mengalami kegagalan jantung dan membawa maut. Nauzubillah, minta dijauhkan! 

Di samping itu, mereka yang mengalami masalah jantung dan mengambil ubat-ubatan seperti Frusemide dan Slow K juga tak boleh mengambil durian disebabkan oleh kandungan potassium yang tinggi. Kesannya sama seperti yang dalam oleh mereka yang mengidap ESRF.

Korang juga mesti mengelakkan memakan durian bersama paracetamol atau alkohol termasuklah  minuman bergas seperti coca-cola sebab ia mungkin boleh mengakibatkan kesan toksik kepada badan.

Ada orang akan merasa sakit kepala selepas makan durian. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh, pertama mungkin mereka memang ada sejarah migrain sebab durian boleh menjadi trigger kepada serangan migrain. Kedua, mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi yang tak terkawal. 

Kalau korang nak tau, semasa kita memakan durian, denyutan jantung akan bertambah dan ini akan menyebabkan sakit kepala berlaku. 

Ketiga, durian mengandungi kolesterol dan lemak yang tinggi dan kalau ia diambil terlalu banyak, paras kolesterol akan meningkat lalu menyebabkan pening dan sakit kepala.

Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian!
Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian! Sumber Google. 

Apa yang penting, makanlah secara sederhana kecuali mereka yang memang tak boleh 'menyentuh' durian langsung. Itulah yang sebaiknya!

Orang tua-tua cakap, kalau tak nak panas lepas makan durian minum air dari kulitnya. Betul ke tak? Waallahualam! 

Kredit Facebook Mohdzuki @ Shidee

Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID.

July 29, 2018 5 Comments
Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID. | Assalamualaikum wbt. Cikla masih lagi dalam mood berpantang low diet iodine, LID. InshaAllah, lagi 2 hari cikla akan menjalani rawatan RAI dose rendah di IKN. Tapi, tempoh kuarantin selama 8 hari dihabiskan di rumah.

Sebenarnya, tak sabar nak habiskan tempoh berpantang ni. Bukan apa, dah jemu kot makan ayam je. Kadang-kadang, sampai tak tahu nak masak apa.

Hari ni, disebabkan dari siang tak makan nasi sangat sebab banyak makan buah, masuk ke malam ni haaa apa lagi perut sudah berdendang riang minta diisi.

So, tengok hari dah malam. Bila dah malam, mulalah penyakit malas plus mengantuk bertandang. Tapi, perut lapar. Waaaa, nak tak nak kena masak juga.

Menu apa yang senang sekali petik jari terus siap eh? Haha, ada ke? Kalau cikla, mestilah ada.. Kih kih kih!

Kita masak nasi goreng je la. Nak tau tak macam mana nak buat nasi goreng paling simple dengan bahan yang limited? Meh cikla ajar...

Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID. 

Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID.
Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID. 

Bahan-bahan:
1 pinggan nasi kosong. 
1/2 biji bawang besar (dihiris). 
1 ulas bawang putih (diketuk). 
3 biji cili api hijau/merah (diketuk). 
1 biji telur (ambil putih je). 
Sedikit garam dan minyak.

Cara nak masak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sehingga kekuningan. 
  2. Kemudian, masukkan putih telur dan kacau. Kecilkan api sedikit takut telur hangus pulak. Selapas itu, masukkan nasi dan taburkan rasa secukup rasa. 
  3. Gaul rata, dan bolehlah dihidangkan.

Kalau korang nak tambah ayam goreng ke (ayam goreng kunyit paling baguslah) dan sayur macam carrot atau apa-apa sayur yang sesuai boleh je. Janji jangan letak apa yang tak boleh ajelah... 

Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID.
Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID. 

Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID.
Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID. 

Jadilah kan, dari perut lapar. Tapi sedap jugak tau. Buat pedas-pedas sikit... Orang yang tak berpantang LID pun boleh je kalau nak try buat. 

Selamat mencuba!

26 July 2018

Segmen bloglist Aug & Sept by zzzyy.blogspot.com.

July 26, 2018 19 Comments
Segmen bloglist Aug & Sept by zzzyy.blogspot.com. | Assalamualaikum wbt. Lama dah kot cikla tak join segmen atau giveaway. Rindu pulak rasanya. Bukan tak nak join dan support kawan-kawan tapi macam tak sempat. Up entri pun sekarang macam susah nak konsisten 3 ke atas dalam sehari. Paling sempat 2 entri je.

Takpelah  lepas ni kena lebih berusaha. 

So, korang yang belum join segmen ni jom join ramai-ramai. Kita support kawan-kawan. Nak join klik banner di bawah. Jom kita!

Segmen bloglist Aug & Sept by zzzyy.blogspot.com.
Segmen bloglist Aug & Sept by zzzyy.blogspot.com. 

Segmen bloglist Aug & Sept by zzzyy.blogspot.com.

Segmen berakhir pada 31 July 2018. Wah, tak lama lagi tu. Cepat-cepat join, nanti melepas. Hihi... 

Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD.

July 26, 2018 4 Comments
Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD. | Assalamualaikum wbt. Rasanya semua orang tau mengenai penularan penyakit tangan, kaki dan mulut atau HFMD. Apa yang merisaukan,  penyakit ni semakin galak menjangkiti kanak-kanak hampir seluruh negara. Bukan apa, setiap kali berita mesti ada cerita pasal ni.

Adik Zara pun baru-baru ni pernah kena HFMD ni. Cikla pernah share pasal ni di SINI. Mujurlah tak teruk dan alhamdullilah dah sembuh pun. Sejak tu, memang cikla jarang dah bawa dia keluar even ke kedai pun kecualilah kalau terpaksa bawa dia. Bukan apa, risau juga kalau dia dijangkiti lagi...

Memang kesian time dia kena tu. Makan tak nak, minum tak. Asyik merengek je.

Entri ini mungkin panjang sedikit, tapi ibu bapa kena baca sampai habis sebab ia PENTING!

Apa dia sebenarnya HFMD ni? 

Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Untuk pengetahuan korang, penyakit HFMD ni pertama kali menular di kalangan masyarakat dunia di California, America Syarikat sekitar tahun 1969 sebelum ia muncul di beberapa negara di dunia yang lain seperti Australia, Jepun, dan negara Asia lain.

Di Malaysia pula, penyakit ini dikatakan pertama kali muncul di Sarawak sekitar tahun 1997 dan di Semenanjung tapi dalam bentuk kes terpencil saja.

Walaupun penyakit ini biasa menjangkiti kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun, tapi apa yang mungkin kita tak tahu orang dewasa pun boleh dijangkiti dan menyebarkan penyakit ini...

Wah, risau jugak ni!

Penyakit ini disebabkan oleh virus Coxsackie A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV71) yang mana ia memerlukan sel tubuh badan manusia yang bersuhu 36°C iaitu suhu optimum untuk proses pembiakan.

Akan tetapi, penyakit ini bersifat self-limiting iaitu pulih dengan sendirinya bila badan kita menghasilkan antibodi sebab ia tak memerlukan antibiotik atau antivirus.

So, 7 fakta mengenai HFMD adalah seperti berikut :

  1. Berpunca dari virus Coxsackie A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV71). 
  2. Boleh dinyahaktifkan dengan suhu lebih dari 42°C.
  3. Aktif membiak dalam cuaca panas atau suhu 36°C.
  4. Boleh hidup di luar badan manusia sehingga 2 minggu. 
  5. Sanitizer berasaskan ethanol tak mencukupi untuk menghalang pembiakannya, tapi ia memerlukan pencuci berasaskan klorin. 
  6. Seseorang pesakit boleh menjangkiti 5 bayi atau pesakit lain yang terdedah dengannya. 
  7. Tempoh penyembuhan adalah tak lebih dari 2 minggu dan kalau berpatutan lebih baik berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Bagaimanakah cara penyakit atau wabak ini tersebar atau berjangkit? 

Ada beberapa cara ia tersebar, iaitu:

  1. Tempat mudah berjangkit seperti rumah pengasuh, pusat asuhan, taska, sekolah dan taman permainan. 
  2. Melalui peralatan seperti tombol pintu, barang permainan, pakaian, kain atau sapu tangan, troli, meja termasuklah kerusi kanak-kanak, serta peralatan lain untuk kanak-kanak. 
  3. Melalui titisan pernafasan termasuklah batuk, air liur dan bersin. 
  4. Melalui cecair lepuhan atau ruam di mana terdapat sentuhan, pelukan atau ciuman dengan pesakit. 
  5. Melalui pengendalian lampin pakai buang yang tidak dibuang dengan cara yang betul dan tak bersih.

Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD.
Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD. Sumber Google. 

Apakah simptom HFMD? 

  1. Demam panas mendadak. 
  2. Sakit kepala. 
  3. Kurang selera makan. 
  4. Sakit tekak. 
  5. Muncul ruam pada hari kedua atau ketiga demam. Ia bermula di tapak tangan dan kaki iaitu di kedua-dua kiri dan kanan secara simetri termasuk di punggang dan kemaluan. 
  6. Mengalami ulser, atau oral mukosa di lidah, gusi, lelangit dan sekeliling bibir.

Tip melegakan kesakitan dalam mulut. 

Macam adik Zara, masa dia kena dulu memang banyak sangat ulser dalam mulutnya. Sebab itu dia refuse untuk makan atau minum. Sakit kot. Kita yang dewasa ni kadang-kadang tak tertahan, inikan pulak kanak-kanak kan...

So, ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan untuk melegakan kesakitan dalam mulut, iaitu: 

  1. Kadang-kadang doktor akan bagi ubat berbentuk gel atau penyembur yang boleh mengurangkan rasa sakit. 
  2. Berikan cecair seperti susu, air kosong, jus atau cecair sejuk menggunakan picagari dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. 
  3. Berikan ubat tahan sakit seperti Paracetamol atau Ibuprofen setiap 6 jam, tak semestinya semasa demam saja. 
  4. Bilas mulut atau kumur (tanpa menelannya) menggunakan setengah sudu garam dengan segelas air suam untuk mengelakkan rasa pedih.

Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD.
Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD. Sumber Google. 

Adakah HFMD ni memberikan komplikasi yang membahayakan? 

  1. Dehidrasi kerap berlaku kepada kanak-kanak sebab mereka biasanya kurang minum semasa menghidap penyakit ini disebabkan oleh ulser yang banyak dalam mulut. 
  2. Myocarditis iaitu keradangan otot jantung. 
  3. Meningoencephalitis iaitu jangkitan kuman pada otak. 
  4. Masalah penglihatan atau buta yang mana ia berpunca dari jangkitan kuman yang membentuk parut pada macula di bahagian retina mata.

*untuk info lanjut silalah bertanya kepada doktor ye.

Apakah langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan dari HFMD? 

Dua langkah utama yang boleh diambil adalah: 

Penjaga dan ibu bapa perlulah:
  1. Sentiasa peka terhadap keadaan anak seperti tanda dehidrasi sama ada anak letih tak bermaya, bibir terlalu kering dan kurang kencing termasuklah mengalami muntah2 berterusan, tak nak makan atau minum atau kerap merengek. Simptom ini mungkin adalah tanda anak dalam kesakitan. 
  2. Bila anak dijangkiti, kuarantin anak. Elak dari membawa anak ke tempat sesak seperti taska, pusat asuhan dan sebagainya. 
  3. Segera bawa anak berjumpa doktor kalau anak dijangkiti dan ada simptom awal jangkitan. 
  4. Selalulah mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, selepas menukar lampin, menyentuh dan merawat ruam atau membasuh anak selepas mereka membuang air. 
  5. Cuci alat permainan dan lantai terutama tandas menggunakan pencuci berasaskan klorin untuk membunuh kuman. 
  6. Asing barangan seperti pinggan atau cawan yang telah digunakan oleh anak yang dijangkiti dengan kanak-kanak lain. 
  7. Buang lampin dengan cara yang betul dalam tong sampah bertutup.

Pengendali pusat asuhan, tadika dan prasekolah perlulah:
  1. Sentiasa memastikan kebersihan premis termasuklah peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan membersihkan dan menyahkuman meja, kerusi dan alat permainan. 
  2. Buat saringan di pintu masuk premis setiap kali sebelum kanak-kanak masuk untuk mengelakkan jangkitan jika ada kanak-kanak yang dijangkiti. 
  3. Amalkan kebersihan diri termasuklah mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum menguruskan kanak-kanak yang lain pula. 
  4. Sentiasa memastikan kebersihan tandas terjamin dan bersihkan tandas menggunakan larutan campuran klorin. 
  5. Pastikan lampin pakai buang diuruskan dengan baik dan dibuang dalam tong sampah bertutup.
  6. Buatlah laporan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah di kawasan korang untuk tindakan dan kawalan pencegahan.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita ambillah tindakan sewajarnya. Cegah sebelum kena! 

Kredit Dr. Mohd Syamirulah Rahim, Medical Mythbuster Malaysia melalui sisipan Metro Ahad.

Jom buat sendiri pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!

July 26, 2018 19 Comments
Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap! | Assalamualaikum wbt. Orang cakap, kalau mood rajin tu datang, semua boleh jadi kan. Betul tak? Macam tu juga dengan mood memasak ni. Bagi cikla, kalau dah datang penyakit semua nak cuba sendiri tu, memang semangatlah nak buat sampai jadi. 

Lagi pula, kalau ada yang tukang makan dan suka pulak. Lagilah berkobar-kobar nak buat.

Masih lagi dalam mood pantang low diet iodine, cikla sedaya upaya memasak dengan menggunakan bahan  yang dibolehkan asalkan ia sedap.

Apa yang penting, cikla dan seisi keluarga boleh makan walaupun masterschef ni masih dalam berpantang makan lagi...

Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!

Sebenarnya dah lama cikla nak cuba buat pes tomyam sendiri. Rasanya dulu-dulu pernah buat kot, tapi sekali je lah. Lepas tu, kalau buat tomyam pakai yang instant pes tu atau yang jenis kiub.

Ternyata rasa pes tomyam homemade dan yang dah sedia ada sedikit berbeza. Kalau ikut tekak cikla lah. Resepi ni cikla dapat di web siraplimau.com. 

Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!
Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!

Cuma derhaka resepi sikitlah sebab dalam resepi ni ada guna kiub ayam tapi cikla ganti dengan air stok ayam.

Jom tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan kisar : 
2 labu bawang besar. 
4 ulas bawang putih. 
2 batang serai. 
1 biji tomato. 
2 biji cili merah. 
3 sudu besar cili giling. 
Sedikit minyak masak. 
Air perahan limau nipis. Dalam 4-5 biji. 
Air stok ayam (kalau xde guna kiub ayam). Air stok ayam tu, air rebusan tulang ayam tu. Ala korang ambillah kaki, leher, isi ayam sikit kemudian rebus dgn air. Ambil airnya. Isinya nanti campur balik dlm tomyam.

Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!
Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!

Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!
Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!

Bahan lain :
1 ekor ayam (nak letak daging pun ok jugak tapi cikla tak makan daging, so tak letak. Kalau nak senang, rebus dulu daging senang kan. Nanti tambah je dalam kuah). 
2 batang serai diketuk.
3 helai daun limau purut disiat-siat.
Bawang Holland (belah 6). 
Tomato ceri, baby corn, cendawan tiram, bunga kobis, carrot dan lain-lain (yang ni ikut suka, nak letak pun boleh tak letak pun takpe). Cikla cuma letak carrot, tomato ceri dengan cendawan je. Tu pun dah penuh satu periuk. Hihi. 

Cara nak buat:
Panaskan periuk yang sesuai, kemudian masukkan bahan kisar dan sedikit air. Tumis sekejap sampai naik bau dan pecah minyak. Lepas tu masukkan serai dan daun limau purut, kacau rata.

Kemudian, masukkan ayam serta sayur yang keras dulu dan air secukupnya. Kalau ada lebihan air stok ayam tu masukkan sekali. Biarkan mendidih, ayam masak dan sayur empuk.

Bila dah menggelegak dan bahan kat dalam tu dah empuk, taburkan garam dan sedikit gula untuk sesuaikan rasa. Kalau kurang masam, tambahkan perahan air limau nipis atau asam keping. Nak pedas lagi ketukkan cili padi  Wow terangkat! 

Last, masukkan bawang Holland, tomato ceri dan cendawan dan biarkan mendidih sekejap. Jangan lama sangat, nanti tomato overcooked sangat, tak best! Dah siap, sedia dinikmati dengan nasi panas. 

Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!
Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!

Tapi, kan kalau tak salah cikla dalam drama Jangan Benci Cintaku, mak si Fika tu masukkan santan sikit dalam tomyam dia. Ala, kan ada satu scene tu Fika minta resepi tomyam dengan mak dia. Mak dia cakap, "tomyam mama special sikit sebab letak Santan. Tu yang papa kalau makan tomyam mama bertambah-tambah nasi..."

Amboi, siap ingat dialog lagi haha!

Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!
Jom buat sendiri  pes tomyam yang mudah dan semestinya sedap!

Kalau Kot-kot korang try rasa macam mana bolehlah tambah santan sikit. Hihi. Oh ye, bagi mereka yang TAK berpantang low diet iodine bolehlah nak tambah seafood macam udang ke, sotong ke dan lain-lain. 

Selamat mencuba! 

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.