30 June 2018

Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.

June 30, 2018 37 Comments
Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my. | *this is sticky post until 8 pm on 30 June 2018. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

Assalamualaikum wbt. Kini tiba masanya cikla mencari 10 lagi blog yang bertuah untuk dimasukkan ke dalam bloglist ciklapunyabelog.blogspot.my bagi bulan Julai hingga September yang akan datang ni.

Apa lagi, jom kita tengok syarat-syaratnya. Jangan risau, mudah je syaratnya.

Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.

Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.
Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.

8 syarat penyerapan yang sangat senang adalah seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback
  2. Follow g+ di SINI.
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  8. Siap.

Segmen berlangsung dari 7 Jun hingga 30 Jun pukul 8 malam. 

Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama tiga bulan. Lama kan... Tapi, kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. 

Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org dan korang sangat digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segmen ni sekarang. So, apa lagi. Jemput join semua. Kita kasi kababooommmm ini segmen. Haha.

Selamat bersegmen korang. Terima kasih kerana menyokong saya! Hihi... 

29 June 2018

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!

June 29, 2018 13 Comments
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! | Assalamualaikum wbt. Actually, sebelum ini boleh dikatakan menjadi rutin raya setiap tahun keluarga cikla ambil gambar kenangan. Biasanya kita orang ambil di kedai gambar biasa je. Pakai baju raya, pergi sana lepas tu ambil gambar. Then, background gambar pilih dalam koleksi diaorang sebelum di frame kan.

Tapi, raya tahun ni lain macam pulak. Nak kan kelainan sikit kata orang. Lagipun, nak simpan memori indah kami sekeluarga di hari raya yang mulia. Ceewaaahhh...

Sebenarnya, kami bergambar ni bukanlah pada hari raya pertama sebab masa tu kami masih lagi di kampung. Seminggu lepas raya kot, baru kami sempat nak ambil gambar ni.

Mulanya cikla ingat, pergi kedai gambar macam biasa kan. Tapi, encik suami cakap apa kata kita ambil gambar di studio pulak.

Cikla kalau dengar studio bagai ni, dalam fikiran ni dah dapat bayangkan macam ambil gambar orang kawin tu. Haha...

SevenTwelve Studio, menjadi pilihan kami! 

Studio ni terletak di pekan Banting. Memang tak jauhlah dari rumah kami. Deal masa dengan diaorang, pukul 4 lebih kami dah terconggok kat sana dah.

Biasalah kan, sebelum berposing wajiblah touch up mana yang patut kan. Tapi, 'bekerja' dengan budak-budak ni, adoii amatlah mencabar kesabaran terutamanya.

Especially, adik Zara... Haha.

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak!
First time photoshot raya, satu family excited bagai nak rak! 

Kalau korang  nak menggunakan khidmat mereka, korang boleh terjah nak tengok Facebook page mereka di SevenTWELVE photography terutama untuk mereka yang mahu melangsungkan perkahwinan. 

Mereka-mereka ini memang sangat professional dalam kerja mereka.

Hasil kerja mereka memang superb!

28 June 2018

Apa? Sardin bercacing?

June 28, 2018 7 Comments
Apa? Sardin bercacing? | Assalamualaikum wbt. Cikla agak isu ni memang dah lama diperkatakan. Tapi, mungkin ada sesetengah orang macam 'eh nak percaya ke, atau tak nak percaya'. Lebih-lebih lagi peminat tegar sardin kan.

Mujurlah, kat rumah cikla ni dah lama sardin tak masuk. Iyelah, sejak cikla kena penyakit tiroid ni memang dah makan sardin dah. So, bila cikla tak makan, memang dah tak beli. Orang rumah kenalah ikut sama, tak payah makan. Hehe...

Lagi produk sardin bercacing di tarik balik! 

Apa? Sardin bercacing?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Selak punya selak akhbar Sinar Harian hari ni, mata tertancap kepada satu berita pasal sardin. Kali ni produk sardin dari China, jenama Raneesa pulak dikatakan mengandungi cacing.


Euwwww... Cacing weh. Cacingnya dah lah jenis halus kecil-kecil tu. Kadang-kadang tak ternampak oleh mata kasar kan..

Meh cikla share sikit petikan cerita dari situ.

"Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan pihak yang berkenaan menarik balik produk ikan sardin dalam tin yang diimport dari China berikutan 3 lagi jenama telah di kesan mengandungi cacing Filum Nematoda..."

Wah, nama cacing pun kemain canggih. Hehe. Tapi sebelum ni pun cikla pernah dengar ada beberapa brand sardin yang telah di tarik balik jugak. Kalau tak silap je nama Cinta, Sea Fresh dengan HS sebab ada cacing jugak.

Kalau korang nak tau info lanjut pasal ni atau info-info yang lain, korang boleh ke laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di http://moh.spab.gov.my atau ke Facebook page Bahagian Keselamatan dan Kuaiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq.

Kesian korang terutama yang memang peminat sardin, tak boleh makan sardin dah kan. Tapi kan, korang boleh je buat sendiri sardin ni kot-kot teringin kan. Korang Google ajelah. Semua ada...

Lagipun, makanan dalam tin ni bukan elok sangat untuk kesihatan...

26 June 2018

Abang Ammar dapat baju cantik habuan menang giveaway anjuran blog CeritaMak.

June 26, 2018 7 Comments
Abang Ammar dapat baju cantik habuan menang giveaway anjuran blog CeritaMak. | Assalamualaikum wbt. Amboi, tajuk bukan main panjang. Haha. Tu dia, nak tunjukkan betapa excited nya cikla nak story dengan korang ni. Hehe...

Kisah gembira ini bermula bila cikla join giveaway anjuran blogger Mak Lin. Nah, dengan tak semena-mena cikla terpilih pulak sebagai salah seorang pemenang giveaway tu.

Link penyertaan di SINI, dan pengumuman pemenang di SINI.

Waduh waduh. Siapa aje yang tak happy dapat hadiah kan. Kecik ke, besar ke.. Itu belakang kira, sebab rezeki kan. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari!

Abang Ammar dapat baju cantik habuan menang giveaway anjuran blog CeritaMak. 

So, hadiahnya adalah Voucher barangan  bernilai RM30 dari DouDou.my. Inilah hasilnya... 

Abang Ammar dapat baju cantik habuan menang giveaway anjuran blog CeritaMak.
Abang Ammar dapat baju cantik habuan menang giveaway anjuran blog CeritaMak. 

Abang Ammar dapat baju cantik habuan menang giveaway anjuran blog CeritaMak.
Abang Ammar dapat baju cantik habuan menang giveaway anjuran blog CeritaMak. 

Abang Ammar dapat baju cantik habuan menang giveaway anjuran blog CeritaMak.
Abang Ammar dapat baju cantik habuan menang giveaway anjuran blog CeritaMak. 

Hensem tak abang Ammar?

Korang pernah dengar tak DouDou.my ni? Kalau korang nak tau, DouDou.my ni adalah salah satu ONLINE BABY SHOP MALAYSIA yang semakin mendapat tempat di kalangan mereka yang gemar membeli-belah secara online. Walaupun begitu, ini kali pertama cikla tau pasal DouDou.my.

Tapi itulah. Rugi tak tau awal.. Memang best shopping kat sini...

Kalau korang nak usha usha dulu or nak beli terus baju-baju cantik dari DouDou.my ni, klik di link berikut :

Facebook : DouDou.my
Instagram : DouDou.my
Website : DouDou.my

Zaman sekarang ni semua senang. Tak payah nak bersesak-sesak kat shopping mall sana tu. Kita shopping online je. Tunggu je abang posmen pin pon pin pon depan pintu rumah korang bawak barangan idaman korang tu... Hihi...

Jangan lupa terjah ye!

25 June 2018

Nak tau kaitan aura warna ikut hari? Jom baca ni.

June 25, 2018 4 Comments
Nak tau kaitan aura warna ikut hari? Jom baca ni. | Assalamualaikum wbt. Perkongsian ini adalah berdasarkan kepada kajian yang berkaitan kajian The Low Of Repeatation of Cronology. Kalau korang nak tau, menurut kajian ni, hari yang berulang-ulang setiap tujuh bilangan akan membawa bersama getaran (visual light) yang mendominasi hari tersebut.

So, pemakaian warna pakaian yang berbeza mengikut hari secara tak langsung akan mempengaruhi mood seseorang. 

Ehhh, macam menarik je kan... 

Nak tau kaitan aura warna ikut hari? Jom baca ni. 

Nak tau kaitan aura warna ikut hari? Jom baca ni.
Gambar ini telah diubahsuai dari carian Google. 

Sebelum korang terus membaca, cikla nak tegaskan sekali lagi yang perkongsian ini adalah berdasarkan kepada kajian sahaja. Segala yang benar dan pasti itu adalah datang dari Allah SWT jua...

Isnin (Aura warna putih). 
Warna putih dikatakan akan merangsang kelenjar pituitari. Warna ini akan diserap oleh saraf jika tubuh dalam keadaan hening. Hari Isnin adalah hari yang paling sesuai untuk menyelesaikan segala masalah yang tertangguh sebab dikatakan lebih kreatif dan efisyen. 

Selasa (Aura warna pink). 
Kalau korang nak tau, pink ialah warna kasih sayang dan ia dikatakan menyamai getaran di bahagian Thalamus iaitu bahagian dalam otak yang berperanan untuk kasih sayang dan panghayatan. 

So, pengidap migrain khasnya akan berasa lega setiap hari Selasa. Selain itu, kalau korang memakai pakaian warna pink pada hari ini, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil akan bertambah kuat. 

Rabu (Aura warna biru). 
Yang ni ni best. Warna biru adalah perangsang kelenjar tiroid. Ini kerana, paras hormon thyroxine yang dirembeskan berada pada tahap optimum menjadikan semua hasrat hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. 

Jadinya, Rabu adalah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata atau bermesyuarat. Penyakit seperti beguk dan penyakit kerongkong mudah pulih jika dirawat pada hari Rabu. #emmm, macam susah nak percaya kan?

Khamis (Aura warna kuning/oren). 
Apa yang korang mungkin tak tau, warna kuning adalah warna rangsangan bagi sistem penghadaman dan kesuburan. Kemuncak warna kuning ialah di sepanjang hari. Pada mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. 

Selain itu, hari Khamis adalah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. #emmm...

Jumaat (Aura warna hijau). 
Warna hijau ialah tahap getaran yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi jantung dan paru-paru. So, pada hari Jumaat aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap paling maksimum. 

Lagipun, hari Jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. 

Selain itu, hari ini juga sesuai untuk mereka yang menjalankan rawatan berkaitan penyakit jantung dan paru-paru kerana paras oksigen berada pada tahap tertinggi. 

Sabtu (Aura warna merah).
Warna merah menyamai getaran bahagian usus, otot, darah, tulang dan saraf.*9 Organ yang berwarna merah dipercayai dapat  menjalankan aktiviti fizikal tubuh. 

Hari Sabtu hari yang paling sesuai untuk bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan aktiviti. Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan organ (merah), pada hari Sabtu pesakit akan merasa kesakitan akan semakin sembuh. 

Ahad (Aura warna hitam). 
Hari Ahad sesuai untuk berehat. Apa yang terbaik, bercutilah pada hari ini. Penyerakan zarah pada hari Ahad adalah stabil dan pakaian berwarna hitam dapat mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing yang memudaratkan. 

Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan asing. #ohhh, patutlah....

Kredit group Telegram Petua dan Kesihatan. 

24 June 2018

Ikan bawal masak 3 rasa paling simple.

June 24, 2018 5 Comments
Ikan bawal masak 3 rasa paling simple. | Assalamualaikum wbt. Hari ni dah Syawal 10 kan. Sekejap je masa berjalan. Korang dah habis raya ke belum? Tapi, cikla agak minggu ni mesti ramai yang pergi rumah terbuka kan. Tak kira kecik ke besar, rezeki jugak kan. Cikla tak pergi mana pun hari ni.

Duk kat rumah je, settle apa yang patut untuk anak-anak yang nak start school esok.

Pagi tadi masa berkira-kira nak masak apa untuk menu lunch *maklumlah tekak dah jemu makan lauk raya, bukan fridge tengok ada ikan bawal. Nak masak kari, memang dah muak dah sebab semalam baru makan kari ayam, so kita masak simple ajelah.

Godek-godek bahan kat dapur, tengok macam ok je kalau nak buat masak 3 rasa. Tapi, resepi ni versi cikla tau. Korang mungkin ada resepi lain yang lebih sedap. Tekak cikla dah ok dah masak macam ni.

Meh cikla share resepi kot-kot ada yang nak cuba...

Ikan bawal masak 3 rasa paling simple. 

Ikan bawal masak 3 rasa paling simple.
Ikan bawal masak 3 rasa paling simple. 

Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal sederhana besar. 
1 labu bawang sederhana besar (hiris halus). 
4 ulas bawang putih (hiris halia). 
1/2 inci halia (hiris halus). 
4 potong nenas di potong kecil/dadu.
1 labu bawang besar (potong bulat). 
2-3 sudu besar cili giling. 
2 sudu besar sos cili. 
2 sudu kecil madu. 

Minyak, serbuk kunyit dan garam.

Cara nak buat : 
  1. Bersihkan ikan (kelar sikit badan ikan), kemudian lumurlan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali (ikut kesesuaian). Bila minyak dah panas, masukkan ikan dan goreng hingga kekuningan dan masak. 
  3. Selepas ikan dah masak, angkat ikan dan ketepikan. 
  4. Kurangkan sedikit minyak, kemudian tumis bahan dihiris sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau. 
  5. Kemudian, masukkan sos cili, garam dan madu dan kacau rata. Sesuaikan rasa. 
  6. Last masukkan nenas dan bawang buat. Gaul rata. Bila dah masak, letakkan sambal yang telah siap itu ke atas ikan bawal yang telah di goreng awal tadi. 
  7. Siap untuk dinikmati....

Krikkkk Krikkkk Krikkkk... Senang je kan. Kita close up lagi bagi clear. Hehe... 

Ikan bawal masak 3 rasa paling simple.
Ikan bawal masak 3 rasa paling simple. 

Ikan bawal masak 3 rasa paling simple.
Ikan bawal masak 3 rasa paling simple. 

Cikla yakin korang pun boleh buat jugak. Kalau korang nak guna ikan lain pun boleh, macam ikan siakap ke. Pun sedap jugak!

Selamat mencuba!

22 June 2018

Penyanyi Haqiem Rusli berhenti menyanyi?

June 22, 2018 4 Comments
Penyanyi Haqiem Rusli berhenti menyanyi? | Assalamualaikum wbt. Cikla suka jugak dengar lagu popular Haqiem Rusli ni. Apa tu tajuk dia, Tergantung Sepi. Tapi, cikla agak mesti peminat penyanyi remaja ni  macam tak percaya kan bila baca pasal ni. Pasal apa tu?

'Haqiem Rusli nak berhenti menyanyi!'

Ehh ehhh, betul ke?

Apa yang cikla baca di sisipan Harian Metro 18 Jun lepas, hal ni tak pasti sama ada benar atau sekadar gimik. Amboi, hal-hal macam ni nak bergimik-gimik bagai dik oii. Marah peminat awak kang.

Kalau korang nak tau, menerusi akaun Instagram penyanyi tersebut, dia memaklumkan keputusan itu pada awal bulan Julai depan.

So, kita tunggu ajelah betul ke tidak kan...

Penyanyi Haqiem Rusli berhenti menyanyi?

Penyanyi Haqiem Rusli berhenti menyanyi?
Penyanyi Haqiem Rusli berhenti menyanyi? Gambar Kredit Google. 

Apa yang mungkin mengejutkan adalah, Haqiem bakal berhenti menyanyi disebabkan oleh masalah depresi yang dialaminya. Tapi, betul atau tidak pasal hal ni, waallahualam.

Bagi cikla, masalah depresi atau kemurungan ni bahaya tau kalau dibiarkan tanpa dirawat. Ia bukan saja mampu menjadikan diri si pengidap itu berubah 100%, malah apa yang ditakuti ia boleh menjadi 'barah' yang sukar untuk dirawat jika dibiarkan.

Walau apa pun, berbalik kepada kisah Haqiem Rusli tu, apa pun keputusan dia, biarkanlah. Mungkin dia lebih tau apa yang berlaku dan kita sokong ajelah apa yang dia lakukan kan...

21 June 2018

Raya, raya, raya 2018!

June 21, 2018 6 Comments
Raya, raya, raya 2018! | Assalamualaikum wbt. Aisey man, dah dekat seminggu raya baru timbul ye kau cikla... Haha. Biasalah kan, since hujung bulan puasa dan awal bulan raya ni memang tutup sementara blog ni. Huhu. Bukan apa, masa memang sangat mencemburui. *amboi, nak salahkan masa pulak kan...

Tapi, seriously memang lately cikla tak cukup masa nak update blog. Memang banyak jugaklah story nak share dengan korang, tapi itulah tak menyempat-nyempat.

So, macam mana raya korang? Still sakan beraya lagi ke? Atau dah stay kat rumah je tunggu orang datang. Haha. Macam cikla, encik suami dah start kerja semalam, memang tak ke manalah. Duduk rumah je. Nak-nak pulak, isnin depan dah bukak sekolah memang banyak benda nak buat. Nak gosok baju lagi, kapur kasut lagi. Macam-macam!

Raya, raya, raya 2018! 

So, sukalah kiranya cikla nak share sedikit moment raya hari tu. Actually, takdelah bergambar banyak sangat, dapat mana yang sempat je. Biasalah kan, bila dah ramai-ramai, handphone lupa terus. Hehe... 

Jom cuci mata mata tengok mak jemah and her family posing. Haha. 

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Yang kat bawah ni #OOTD raya kedua...

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!

Raya, raya, raya 2018!
Raya, raya, raya 2018!


By the way, tak terlambat kot untuk cikla nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk korang semua. MAAF ZAHIR BATIN.

Semoga lebaran ini memberi seribu rahmat dan merapatkan lagi ukhwah sesama saudara dan rakan taulan. Amin!

13 June 2018

Marjerin dengan mentega : Ingat sama, tapi sebenarnya lain tau!

June 13, 2018 5 Comments
Marjerin dengan mentega : Ingat sama, tapi sebenarnya lain tau! | Assalamualaikum wbt. Bila tiba musim nak raya ni, masing-masing sibuk nak buat kuih kan. Betul tak? Itupun pada yang tak belilah. Macam cikla, setiap tahun memang cikla beli je kuih. Bukan tak nak buat, tapi bila mengenangkan terpaksa berperang dengan askar-askar cinonet cikla tu, rasa macam bercinta sangat nak buat.

Cumanya, dulu masa tahun pertama kahwin je semangat lain macam nak buat kuih raya sendiri bersama encik suami. Hehe...

Ok, dah! Stop cerita pasal ni....

Cikla agak, mesti korang tau yang marjerin atau mentega adalah 'watak' utama dalam penghasilan sesuatu kuih atau biskut raya itu. Korang tau tau yang kedua-duanya sebenarnya tak sama!

Iye, bila tengok pada perkataan 'nama' dah terang-terang tak samalah kan. Tapi, dari segi ciri dan sifatnya pun berlainan. Walaupun bila sekali pandang nampak macam sama.

Aduhhhh... Confius sudah!

Marjerin dengan mentega : Ingat sama, tapi sebenarnya lain tau! 

Marjerin dengan mentega : Ingat sama, tapi sebenarnya lain tau!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Macam yang cikla dok bebel-bebelkan sebelum ni, bila korang tengok keduanya sekali zasss, memang nampak macam takde bezanya pun. Tapi, hakikat yang korang kena terima *haha, haaa kau, mereka ini memang mempunyai perbezaan.

So, kalau sesuatu resepi itu menggunakan marjerin, korang tak digalakkan untuk menggantikannya dengan mentega dan begitulah sebaliknya sebab ia akan menghasilkan hasil dan rasa yang sangat tak sama.

Jom tengok apakah yang membezakan marjerin dan mentega, iaitu :

Marjerin.
  1. Dihasilkan daripada kombinasi atau gabungan lemak haiwan dan lemak sayuran. 
  2. Mempunyai warna yang lebih kuning berbanding mentega.
  3. Ia boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa mengalami perubahan teksturnya.
  4. Mengandungi kurang vitamin berbanding mentega.
  5. Boleh disimpan di luar tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Sangat sesuai digabungkan bersama mentega untuk menghasilkan nasi tumis yang enak, membuat biskut, kek-kek tradisional, kuih muih dan lain-lain. 

Mentega (butter)
  1. Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu.
  2. Berwarna lebih pucat jika dibandingkan dengan marjerin.
  3. Mempunyai tekstur yang lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik.
  4. Mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi seperti Vitamin A, E, K yang tidak larut dalam air.
  5. Ia perlu disimpan di dalam peti sejuk .
  6. Sesuai digunakan untuk memasak makanan barat, menumis sup pekat, membuat kek, pastri dan sebagainya.

Ohh... Cikla pun baru tau!

Kredit group Telegram Petua dan Kesihatan. 

12 June 2018

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM.

June 12, 2018 3 Comments
GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM. Assalamualaikum wbt. Join giveaway lagi. Hihi. Manalah tau ada rezeki menang kan. Boleh bergaya dengan sling bag bling bling. Korang nak join. jom klik banner berikut.

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM.
GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM.

Giveaway berlangsung sehingga 24 Jun 2018.Pemilihan pemenang pulak, Sha akan pilih pemenang yang paling nampak paling aktif komen, like gambar kat ig ke ataupun yang bagi komen mengenai blog Sha yang paling best.

Ok Sha, Insha Allah, cikla akan lakukan itu. Hihi...

Komen cikla mengenai blog Sha :

Bagi cikla, blog Sha ni dah ok dah. Tak berserabut sangat, dan yang paling penting blog laju je nak bukak. Tak perlu nak tunggu lama-lama.

Good luck korang. Jangan lupa join tau!


COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH.

June 12, 2018 6 Comments
COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH. Assalamualaikum wbt. Jom join giveaway ni. Nak join? Klik banner di bawah.

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH.
COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH.




Giveaway berlangsung sehingga 7 Julai 2018. So, cikla nak tag mereka-mereka yang comel ini untuk join sama.


Korang yang tak di tag pun boleh join gak. Mana tau dapat bertuah dapat hadiah. Cikla tengok hadiah pun best. Good luck korang!

11 June 2018

Rendang ikan paling simple.

June 11, 2018 3 Comments
Rendang ikan paling simple. | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya, di penghujung Ramadhan ni, nafsu makan pun macam makin merundum je kan. Kalau cikla, time berbuka tu memang cikla tak makan nasi terus. Cikla just makan kurma, sikit kuih, minum air je. Lepas tu, solat Maghrib.

Memang tak dinafikan, sebagai seorang suri rumah sepenuh masa kadang kala blur nak masak apa. Kalau hari-hari lauk ayam pun, jemu jugak kan. Betul tak?

Apa kata korang try resepi ni pulak. Manalah tau kena dengan tekak tu kan. Bolehlah buat lagi. Haha...

Rendang ikan paling simple. 

Rendang ikan paling simple.
Rendang ikan paling simple. 


Bahan-bahan :
3 ekor ikan mambung (dibersihkan dan dipotong dua). 
1 labu bawang besar *
3-4 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
2-3 sudu besar cili lumat *
4-5 batang serai *
1/2 sudu kecil serbuk kunyit *

(Bahan yang bertanda * dikisar sehingga halus).

3-4 sudu kerisik. 
1/2 kotak santan pekat. 
1 keping asam keping (asam gelugor). 
1 helai daun kunyit (dihiris halus). 
1-2 helai daun limau purut (dihiris halus). 
Minyak untuk menumis, garam dan sedikit madu lebah.

Cara nak membuatnya. 

Rendang ikan paling simple.
Rendang ikan paling simple. 

Langkah demi langkah adalah seperti berikut :
  1. Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Selepas itu, goreng ikan tersebut dan ketepikan.
  2. Kurang sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak. 
  3. Selepas itu, masukkan santan dan sedikit air, kemudian biarkan sehingga kuah memekat.
  4. Bila kuah dah nampak pekat, masukkan kerisik, madu, asam gelugor dan garam. Sesuaikan rasa. 
  5. Last sekali, masukkan ikan, daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata. 
  6. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Rendang ikan paling simple.
Rendang ikan paling simple. 

Rendang ikan paling simple.
Rendang ikan paling simple. 

Senang je kan. Caranya sama macam kita masak rendang ayam dan daging tu, tapi cuma kali ni kita tukar selera sikit. Ganti dengan ikan. Hehe...

Ikan tu pulak, korang boleh guna ikan lain yang sesuai dan ikut selera korang lah.

Selamat mencuba!






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.