Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA).

By Cikla Shahril - May 01, 2018

Memang tak dinafikan bas sekolah merupakan pengangkutan popular dan terpenting untuk pelajar sekolah pergi ke sekolah.

Senang cakap, bas sekolah dan pelajar berpisah tiada.

Dulu, cikla ingat lagi. masa cikla sekolah menengah (sekolah rendah tak naik bas sebab sekolah dekat. So, jalan kaki je) seawal jam 6 pagi cikla dah keluar rumah sebab nak tunggu bas sekolahlah punya pasal. Masa tu, tak pakai tiket, tapi pakai pas bulanan untuk pelajar. Walaupun masa tu harga tambang bas masih lagi murah, tapi bayangkanlah kalau ada ramai anak? Sedikit sebanyak ibu dan bapa terasa terbeban jugaklah kan. Tapi, itu dulu.

Cikla percaya zaman sekarang ni harga tambang bas sekolah pun berganda-ganda naiknya kan? Betul tak? Kalau di kampung mungkin ada ampunnya lagi, tapi untuk masyarakat bandar? Sudahlah taraf hidup di bandar pun dah meningkat, so keadaan ini sudah tentu agak membebankan mereka lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai yang turut menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA).
Gambar diubahsuai dari sumber Google.

Korang pernah dengar mengenai PROGRAM BAS SEKOLAH PERCUMA tak? Serius tak pernah tau pun? Adududu... Tak pe tak pe. Meh rapat, meh dekat. Cikla nak cerita pasal program best dan sangat bermanfaat ni. Baca sampai habis tau.

Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA).
Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA). 

Untuk pengetahuan korang, program bas sekolah percuma ini telah pun dilancarkan sejak dari awal tahun 2017 lagi. Dan kini, program ini masih lagi diteruskan berikutan usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan memberikan kemudahan dan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA) melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Memang kita patut puji usaha mereka ni kan!

Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA).
Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA). 

Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA).
Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA). 

Ternyata, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk yang terlibat. Pelaksanaan program bas sekolah percuma ini sebenar memberi beberapa kesan positif secara keseluruhannya iaitu :

  • Dapat menangani masalah isu kemiskinan bandar. 
  • Mampu mengatasi masalah kesesakan trafik jika dilaksanakan dengsn berkesan. 
  • Keselamatan pelajar lebih terjamin sebab tak perlu bercampur dengan penumpang lain. 
  • Mewujudkan persaingan yang sihat antara bas sekolah percuma dengan bas sekolah berbayar. 
  • Mendidik pelajar supaya bertanggungjawab semasa menggunakan pengangkutan awam. 

(Kredit info SINI)

Bak kata pepatah, 'orang mengantuk disorongkan bantal', program ini umpama kecil tapak tangan, padang bola kami tadahkan. Ternyata semua golongan terutamanya ibu bapa dan murid/pelajar menyambut baik pelaksanaan program ini sebab sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban mereka (khasnya ibu bapa) yang terpaksa menyediakan kos untuk pengangkutan anak-anak mereka ke sekolah.

Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA).
Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA). Sumber Google.

Dikhabarkan juga, pelaksanaan program ini juga memperuntukkan sebanyak RM15 juta menerusi bajet DBKL 2018. Selain itu, sebanyak 165 buah bas disediakan untuk program ini yang mana, ia meliputi 74 kawasan PPR dan PA di ibu kota, di samping sejumlah kos RM80 diperuntukkan untuk setiap murid atau pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini. Seramai 8,072 orang anak-anak penghuni akan mendapat manfaat tersebut. Untungnya jadi warga Wilayah kan? Pendek kata, serba serbi di bantu. Alhamdullilah!

Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA).
Syoknya, program bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA). Sumber Google. 

So, rasanya sudah menjadi harapan semua orang terutama yang terlibat supaya program ni dapat diteruskan sampai bila-bila. Memang tak dinafikan, inisiatif ini adalah sangat bagus terutama dalam usaha membantu pelajar atau murid yang kurang berkemampuan di samping memberi dorongan kepada mereka supaya rajin ke sekolah untuk menimba ilmu. Lepas ni, tak hairanlah mereka akan tersenyum lebar dapat naik bas sekolah percuma kan. Dah takde alasan lagi dah lepas ni malas nak pergi sekolah. Belajaq rajin-rajin naaaa!

  • Share:

You Might Also Like

68 Comments

  1. Seronoknya anak-anak kita bila pergi sekolah dengan kawan-kawan naik bas percuma pulak tu. Baguslah, bagi semangat pada anak-anak nak ke sekolah dan dapat pulak ringankan beban yang ditanggung oleh parents

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Apa yg paling bagus, ibu bapa pun dah kurang sikit beban nk keluarkan kos utk tambang bas kan..

      Delete
  2. Alhamdulillah, pelbagai kemudahan untuk rakyat

    ReplyDelete
  3. Anak kita belum sekolah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Bg can orang lain rasa dulu. Hihi

      Delete
  4. Inisiatif yang bagus dan dapat meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan.. Tahniah..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kan. Siapa yg tak suka benda free kan. Betul tak?

      Delete
  6. Banyak jimat bila dapat bas sekolah percuma ni

    ReplyDelete
  7. Bab kurangkan trafic tu setuju. yang kedua mak ayah dah tak payah risau pasal transport, amik hantar depan rumah =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dah tak perlu risau keselamatan anak. Janji kita tunggu je anak balik kt depan pintu. Hehe

      Delete
  8. memang syok betul program ni! :D

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Semoga kemudahan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat. Khasnya yg duduk sekitar KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdullilah Rezeki juga ni..

      Delete
  10. Bagusnya sediakan perkhidmatan macam ni, pernah duduk menyewa di PPR Kepong sebelum ni..insaf terus rasa. Bukan semua orang senang, dapat perkhidmatan macam ni..besar sangat maknanya pada mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bg mereka yg mampu tu mungkin pandang program ni sebelah mata. Tp, bagi mereka yang kurang berkemampuan, mungkin mreka anggap ini rezeki murah buat mereka... Alhamdullilah

      Delete
  11. bagusnya program mcm ni, semoga diteruskan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mrs pip. Mmg bagus sgt ia diteruskan

      Delete
  12. kat kws.perumahan saya mmg dah ada bas sekolah percuma ni..bagus la inisiatif DBKL ni..sbb kws.perumahan sya tu ramai yg kurang kemampuan...kira membantu jugak la dorang utk jimat kos pengangkutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sgt membantu. Tahu ajelah kan kos hidup di bandar mcm mana.

      Delete
  13. bestnyaa kalau kat rumah Sha pun ada perkhidmatan macam ni..jimat sangatlah perbelanjaan bulanan

    ReplyDelete
  14. Syiokkkknya. Beruntungnya anak² Wilayah Persekutuan. Pasni rajin² pi sekolah yaa... Buat Mak Pak nya, ini sangat meringankan bebanan setiap bulan.

    ReplyDelete
  15. Bestnya ada bas percuma maklumlah harga minyak tak tentu sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Dpt jugak membantu mengurangkan beban

      Delete
  16. betul tu..dpt mengurangkan beban ibu bapa juga

    ReplyDelete
  17. perkhidmatan bas ini kalau byr mesti byk pakai duit..bila ada program macam nih jimatlah sikit duit belanja.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. Bantuan yang sangat membantu..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.. Bantuan yang sangat membantu..

    ReplyDelete
  20. syoknya budak2 tuh, kalau malas pergi sekolah lagi tak tahu lah hahaha babab kanggg

    ReplyDelete
  21. baru tau yang ada program bas percuma ni. alhamdulillah rezeki dorang

    ReplyDelete
  22. bestnya ada bas percuma, warna bas ceria pulak tu

    ReplyDelete
  23. selain dr naik bas free, keselamatan terjaga, itu yg ptg tu..

    ReplyDelete
  24. tak tau pula ada bas sekolah percuma, kalau ada dulu takde baik berhimpit dengan bangla dan indon bila naik bas awam kena tabah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Untunglah mereka. Manfaatkan sebaiknya...

      Delete
  25. Bestnyaaa sekarang ada bas percuma.

    ReplyDelete
  26. Bagus sgt andai dpat diperluaskan ke daerah lain ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Sebaiknya bagi semua merasa. .

      Delete
  27. Kita layak ke tak eh.

    ReplyDelete
  28. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Semoga memberi manfaat

      Delete
  29. cik en pun zaman sek rendha je naik bas sekolah ini. lani mahal dah rupanya.. dlu murah je.. rm25 sebulan. sekrang dekat rm300.. harap dengan bantuan ini dapat bantu mereka #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Dulu skng mmg berbeza sgt... Alhamdullilah ini membantu

      Delete
  30. Inisiatif yang mengurangkan beban ibu ayah.

    ReplyDelete
  31. Macam ni anak anak pun pasti ke sekolah hari2

    ReplyDelete
  32. bagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak.

    ReplyDelete
  33. Parents pasti tersenyum gembira sbb dpt mengurangkan kos pengangkutan, anak pon ceria semangat nak p sekolah.

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah seronok warga PPR dan PA, dapat juga mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah.. Masih ada yg prihatin.

      Delete