Bulan Ramadan tiba lagi. Selamat menjalani ibadah puasa semua!

By Cikla Shahril - May 17, 2018

'Ramadan, Bbulan yang suci. Nikmat yang indah dari Illahi.'

Alhamdullilah, kini tiba lagi bulan yang penuh berkat. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Bulan apa? Sudah semestinya bulan Ramadan. Syukurlah sebab kita semua masih diberi peluang menjalani ibadah puasa oleh Yang Maha Esa.

Bulan Ramadan tiba lagi. Selamat menjalani ibadah puasa semua!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

30 menu lazat sepanjang Ramadan.

  1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang. 
  2. Solat Terawih minima 8 rakaat setiap malam. 
  3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam. 
  4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari. 
  5. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari. 
  6. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat. 
  7. Sunat Dhuha setiap pagi. 
  8. Sedekah setiap hari minimum seringgit. 
  9. Pastikan sahur setiap hari. 
  10. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit. 
  11. Tadarus Al-Quran sambil berusaha memahami maksudnya. 
  12. Ziarah orang yang kurang bernasib baik. 
  13. Kurangkan ziarah ke bazaar-bazaar Ramadan. 
  14. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian. 
  15. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik. 
  16. Jauhkan aktiviti yang lagha. 
  17. Zikir harian dan banyakkan berdoa. 
  18. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari. 
  19. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah. 
  20. Mudah memohon maaf, memberi maaf dan menjaga hubungan silaturrahim sesama kita. 
  21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna. 
  22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran dan hati dari perkara-perkara yang dilarang. 
  23. Tidak berlebih-lebihan maupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka. 
  24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat, solat sunat rawatib. 
  25. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami dan anak-anak lelaki). 
  26. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar. 
  27. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah. 
  28. Menjaga ikhtilat iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan. 
  29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan. 
  30. Ikhlaskan hati kerana Allah. Hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita.
Bulan Ramadan tiba lagi. Selamat menjalani ibadah puasa semua!
Bulan Ramadan tiba lagi. Selamat menjalani ibadah puasa semua! Sumber Google. 

Bulan Ramadan tiba lagi. Selamat menjalani ibadah puasa semua!
Bulan Ramadan tiba lagi. Selamat menjalani ibadah puasa semua! Sumber Google. 

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh tawaduk dan sabar. Semoga puasa kita diterima olehNya. Jom rebut peluang  kumpul pahala banyak-banyak!

Kredit WhatsApp Group.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. salam ramadhan.. semoga kita mendapat keberkatan darinya

    ReplyDelete