17 May 2018

Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat!

Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat! | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Puasa ke tidak tu? Dah fikir menu apa nak masak (or beli) untuk berbuka nanti. Macam cikla, hari pertama puasa dah blur nak masak apa. 

Tapi, kalau cikla untuk berbuka tak ambil makanan yang berat-berat terus. Berbukan dengan kurma dan air. Lepas tu makan bubur sikit. Solat maghrib dulu, lepas tu sambung makan balik. Hehe. 

Disebabkan korang blur nak masak apa kan, meh cikla share dengan korang resepi senang cepat dan semestinya sedap. 

Apa resepinya tu? Inilah dia, Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat! Jom tengok bahan-bahannya. 

Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat! 

Bahan-bahan :     1 ekor ayam dipotong sederhana besar dan dibersihkan.   1 labu bawang besar dihiris.  4-5 ulas bawang putih dihiris.   1/2 inci halia dihiris.   1 senduk cili giling. (ikut kepedasan yang korang suka).   1 sudu besar serbuk lada hitam.   1 sudu besar serbuk rempah kari.   Beberapa helai daun limau purut.   Sedikit minyak untuk menumis, garam, gula dan perasa (kalau perlu).
Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat! 

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong sederhana besar dan dibersihkan. 
1 labu bawang besar dihiris.
4-5 ulas bawang putih dihiris. 
1/2 inci halia dihiris. 
1 senduk cili giling. (ikut kepedasan yang korang suka). 
1 sudu besar serbuk lada hitam. 
1 sudu besar serbuk rempah kari. 
1-2 biji bawang besar/bawang Holland dibelah 6. 
1 cawan air asam jawa. 
Beberapa helai daun limau purut. 
Sedikit minyak untuk menumis, garam, gula dan perasa (kalau perlu). 

Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat!
Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat! 

Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat!
Asam pedas ayam lada hitam pedas menyengat! 

Cara nak buat.
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang dihiris sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan cili giling dan sedikit air. Masak sehingga cili masak. 
  3. Masukkan serbuk rempah kari dan sedikit air. Kacau sekejap. 
  4. Masukkan ayam dan air asam jawa. Biarkan sampai ayam masak. 
  5. Last, masukkan daun limau purut, bawang yang dipotong 6, garam, gula dan perasa. 
  6. Gaul rata dan biarkan kuah kering sedikit (tapi kalau korang nak berkuah pun boleh). 
  7. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. 

Senang je kan? Lauk ni makan dengan nasi impit pun sedap. 

Selamat mencuba! 

1 comment:

  1. terkenang makan asam pedas lada hitam kat bkt cina.
    ya Allah. pedas teramat.
    hingga ikan nyer pun aida x boleh makan :)
    terpaksa oder telur dadar utk anak-anak makan. hadoi lah...

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.