Asam pedas ayam daun kesum.

By Cikla Shahril - May 08, 2018

Masakan asam pedas memang kegemaran cikla. Korang hidanglah menu asam pedas kat depan cikla ni haa. Tak kiralah asam pedas ikan ke, ayam ke, cikla tak tolak punya. Silap-silap haribulan mau tambah nasi berpinggan-pinggan. Haha. Hari ni menu asam pedas lagi. Tapi, kali ni asam pedas ayam pulak. Actually  resepi ni lain sikit dari resepi mak cikla. Resepi lebih kurang macam asam pedas ikan sebab kalau masak asam pedas, memang cikla suka letak jintan-jintan.

Asam pedas ayam daun kesum.

Tapi, asam pedas yang cikla makan dekat kedai lain sikit, yang sama diaorang letak daum kesum. Pada yang nak cuba jom cikla share resepi asam pedas ayam daun kesum yang senang dan semestinya sedap ni.

Bahan-bahan.

1/2 ekor ayam (dibersihkan dan diperap sekejap dengan garam dan kunyit). 
1/2 biji bawang besar (dimayang halus). 
2-3 ulas bawang putih (dimayang halus). 
1/2 inci halia (dimayang halus). 
3-4 sudu besar cili giling. 
1 sudu kecil serbuk ketumbar. 
1 sudu kecil serbuk jintan manis. 
1 sudu kecil serbuk jintan putih. 
2 tangkai daun kari. 
1/2 cawan air asam jawa. 
Segenggam daun kesum (atau lebih ikut suka).
Optional : Bendi dan tomato. Tomato dibelah 4. Minyak untuk menumis, garam dan perasa (ikut suka nak letak ke tak. Tapi, cikla tak guna perasa).

Asam pedas ayam daun kesum.
Asam pedas ayam daun kesum. 

Asam pedas ayam daun kesum.
Asam pedas ayam daun kesum. 

Cara memasaknya.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dimayang halus sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling bersama daun kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Tambahkan air asam jawa, dan tumis sehingga cili garing, masak dan naik bau. 

Selepas itu, masukkan ayam dan biarkan ayam kecut sekejap. Bila ayam dan kecut, masukkan air. Ikut suka korang nak kuah banyak ke sikit. Biarkan kuah sehingga menggelegak. Bila kuah dah menggelegak, masukkan bendi, garam dan serbuk perasa. Bila bendi dah lembut, masukkan daun kesum dan tomato. Biar kejap, sebab tomato mudah lembik. Siap, dan sedia untuk dihidang! 

Asam pedas ayam daun kesum.
Asam pedas ayam daun kesum. 

Asam pedas ayam daun kesum.
Asam pedas ayam daun kesum. 

Macam mana? Senang je kan. Cikla rasa semua orang boleh buat. Mudah dan ringkas je. 


Selamat mencuba! 

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. sedapnyer asam pedas ayam...lapar plk tetiba

    ReplyDelete
  2. selalu sgt masak ni.
    feveret!
    aida x boleh masak asam pedas without daun kesom tau.
    wajib!
    sedap bau nyer. sedap juga makan nyer.

    ReplyDelete