Anda peniaga online? Elak 5 kesilapan ini.

By Cikla Shahril - May 25, 2018

Dari pengamatan cikla, memang  terlalu banyak peniaga dalam talian yang wujud sekarang ni bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Berceritip oiii! 

Tapi, bagus jugaklah kan, asalkan ia melibatkan saingan yang sihat dan saling mendorong untuk terus maju dalam bisnes masing-masing.

Lagipun, hal ni dapat memberi peluang kepada golongan muda khususnya untuk belajar selok-belok perniagaan, walaupun hanya dijalankan di alam maya sebab kebanyakan dari peniaga online ni terdiri dari golongan muda.

Kerancakan bisnes online ni pulak didorong oleh kewujudan media sosial seperti Facebook dan Instagram yang mana kedua-duanya totally membantu dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan. Inilah kuasa media sosial! 

Memang korang tak akan rasa pelik kalau ada di antara mereka yang sanggup ‘melepaskan’ kerja hakiki mereka kerana merasakan hasil dari kerja part time melalui bisnes online ni lebih lumayan. 

Jangan terkejut ada di antara mereka mampu meraih pendapatan mencegah empat hingga lima angkat sebulan. Best kan!

Itu cerita mereka dah expert dan lama berkecimpung dalam dunia bisnes online. 

Selain dari strategi pemasaran, mereka jugak dah faham cara macam mana nak tackle hati pelanggan kan. 

Tapi, bagaimana pulak dengan mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam ‘dunia’ bisnes yang penuh pancaroba ni terutama cara macam mana nak memenangi hati customer? Ececeh, ayat kemain! Customer is the king! 

Bak kata orang putih, ehehehe.

Selalu orang share tip yang kita kena praktikkan kan? Kali ni cikla nak share kesilapan yang korang, si peniaga online kena elakkan terutama dalam ‘usaha’ memikat hati pelanggan supaya melekat dengan korang. Hihi.

-1- Tak arif mengenai produk yang dijual.
Biasalah kan. Orang kalau nak beli produk atau barang, mesti akan tanya macam-macam kan sampailah hatinya puas dengan jawapan yang diberi oleh si penjual. 

So, si penjual kenalah tahu malah expert mengenai produk korang tu termasuklah fungsi produk, cara nak guna, kekurangan, kelebihan dan sebagainya. Korang jangan pandang ringan pasal ni terutama korang yang menjual barangan berbentuk makanan atau produk kesihatan.

Bukan apa, produk-produk sebegini dikhuatiri akan memberi kesan tak baik pada pembeli tu nanti. Benda masuk dalam perut kan. Kenalah kisah, betul tak? Haha. 

Apa cara terbaik? Dalam laman jualan korang tu, up sekali informasi penting produk berkenaan dengan gambar sekali supaya customer boleh baca terus mengenai produk tersebut. 

So, bila mereka baca ini akan membuatkan mereka lebih confident nak beli produk korang. Tak payah nak pm pm tepi bagai. Lambat!

-2- Bila customer tanya, jawabnya macam acuh tak acuh je.
Cuba letakkan diri korang sebagai customer, mesti korang nak tau banyak perkara pasal barang yang korang nak beli tu kan. Tak kan main beli je. Betul tak? 

Sebagai penjual, korang kena sentiasa bersedia dengan apa jugak bentuk soalan yang mungkin diajukan oleh customer

Apa yang korang kena elakkan adalah bersikap dingin dan jawab acuh tak acuh sebab diaorang bertanya just for confirmation je. 

Maklumlah, urus niaga yang melibatkan wang ni perlulah diteliti dengan sebaiknya sebelum wang dikeluarkan. 

-3- Terlalu berkira sangat.
Walaupun tujuan berniaga itu adalah untuk mendapatkan untung, tapi tak salah kot sekali sekali korang ‘belanja’lah customer kan. 

Bagilah diskaun atau promosi terutama untuk mereka yang setia membeli dengan korang. Pelanggan setia gitu! Orang cakap reward untuk mereka yang terus menerus menyokong bisnes korang tu. 

Bak kata orang putih, no customer no business. Hihi. Kalau customer baru pulak, apa salahnya korang tawarkan harga yang wow untuk mereka. Kot-kot mereka mintak diskaun, korang bagilah 'muka' sikit. Pertimbangan permintaan mereka.

Anda peniaga online? Elak 5 kesilapan ini...
Anda peniaga online? Elak 5 kesilapan ini...Sumber Google.

-4- Memaksa pelanggan.

Aik, dahlah tak bagi diskaun. Lepas tu, main paksa-paksa pulak. Ishhh, elok-elok orang tu nak beli, langsung tak jadi. Siapa yang rugi? Huhu. 

Elakkan dari memaksa customer ok. Bagi mereka masa fikir sebelum membuat keputusan untuk membeli produk korang tu.

-5- Tak ucap TERIMA KASIH!
Haaa, bagi cikla ni penting sangat untuk diambil kira walaupun ia nampak macam remeh je kan. 

Bukan apa, mungkin ada customer yang kecil hati dengan perbuatan korang tu. Hati manusia kan, manalah kita tau.

So. lepas ni biasakan diri korang untuk say 'thank you' pada customer korang sebaik saja selesai berurus niaga. Biar mereka rasa mereka dihargai.

Lagipun, ini adalah tanda yang kita ini orang yang tau adab dan tata susila kepada orang lain. Barulah ramai orang nak membeli dengan korang nanti!

Kredit Ruangan Gen.Y, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Info yang menarik cik la

    ReplyDelete
  2. Good info. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. banyak kali jugak jumpa yang layan acuh tak acuh ni sudahnya cancel beli

    ReplyDelete
  4. aida ni pembeli online tegarrrrr.
    tips no 2 tu elok la di share reramai.
    aida cukup meluat kalau dpt seller yg acuh tak acuh.
    kita plak bertanya satu demi satu demi satu.
    dia jwb simple jer.
    yg dia nak tahu, kita nak ke tak dan payment. hmmmmm...

    ReplyDelete