10 laluan bagi seorang insan!

By Cikla Shahril - May 05, 2018

Jom baca perkongsian yang bermanfaat ini. Semoga ia dapat menjentik sedikit hati kita untuk berubah menjadi lebih baik.

10 laluan bagi insan...

LALUAN MENUJU KE KUBUR. Bagaimana memudahkannya?

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji. 
b. Hindarkan perasaan iri hati (benci). 
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia. 
d. Sucikan qadha’ hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil).

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL. Bagaimana memudahkannya?

a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa. 
b. Gembirakan hati orang Mu’min. 
c. Bayar semula qadha/ganti (solat dan puasa) yang tertinggal. 
d. Kasih sepenuh hati kepada Allah SWT.

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR. Bagaimana memudahkannya?

a. Mengucap dua kalimah syahadat. 
b. Suka memberi sedekah. 
c. Berkata benar dan tidak berdusta. 
d. Bersihkan dan perbaiki hati.

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN. Bagaimana memudahkannya?

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat. 
b. Sucikan perkataan dan pakaian. 
c. Bersyukur dengan yang sedikit. 
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah.

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN. Bagaimana memudahkannya?

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia.
b. Pendekkan cita-cita dunia.
c. Banyakkan puji-pujian kepada Allah SWT. 
d. Banyakkan sedekah dan khairat.

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM. Bagaimana memudahkannya?

a. Kasihilah aulia Allah S.W.T.
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa. 
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syarak.
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk.

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA. Bagaimana memudahkannya?

a. Banyakkan membaca Al-Quran.
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat. pada Allah dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat. 
d. Jauhkan segala yang haram.

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA.  Bagaimana memudahkannya?

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh. 
b. Kasihi orang yang soleh. 
c. Kerjakan segala suruh-suruhan Allah. 
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk Allah.

LALUAN BERJUMPA DENGAN RASULULLAH S.A.W. Bagaimana memudahkannya?

a. Kasihilah Nabi Allah. 
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W. 
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah SWT. 
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. 

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH. Bagaimana memudahkannya?

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah SWT. 
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada Allah SWT. 
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada Allah SWT. 
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan.

Kredit : Ustaz Yunan A. Samad @islamitu_indah

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments