31 May 2018

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway.

May 31, 2018 26 Comments
Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway.  *this is sticky post until 11.59 pm on 31 May 2018. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

Assalamualaikum wbt. Bulan Mei (3/5/2010) adalah birthday month anak cikla yang sulung, kakak Batrisyia. Pengalaman semasa melahirkan dia 8 tahun lalu, memang kenangan yang cikla tak boleh lupakan. Cikla mengandungkan kakak Batrisyia lebih hari. Senang cakap, over due. So, apa lagi kena induce lah. Dah lah masa tu memang tak pernah tau apa itu induce dan macam mana caranya. Memang serah diri ajelah time tu. Redha! 

Hampir 4 jam jugaklah cikla menahan sakit kontraksi selepas di induce sebelum melahirkan kakak Batrisyia. 3.6 kg kau... Kus semangat!

So, sempena dengan hari jadi kakak Batrisyia, cikla nak lancarkan satu giveaway iaitu Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway. Sebelum tu, jom kita tengok apa syarat-syaratnya. Jangan risau, cikla guarantee syarat semestinya senang dan kacang goreng je. Hihi...

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway. 

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut;

  1. Peserta mestilah mempunyai blog dan bermastautin di MALAYSIA. 
  2. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback.  
  3. Follow g+ di SINI
  4. Follow twitter di SINI. (jika ada).
  5. Follow Instagram di SINI. (jika ada). 
  6. Like fb page di SINI
  7. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway.
  8. Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  9. Dalam entri korang tu, ceritakan seringkas yang mungkin tentang pengalaman bersalin yang tak boleh korang lupakan. Tak kiralah gembira atau sebaliknya. Kalau peserta lelaki, cerita pengalaman isteri atau anda sendiri saat-saat menanti detik-detik bersejarah itu. Bagi yang berpengalamanlah. Kalau takde, skip syarat ni. 
  10. Siap.

Segmen bermula dari 3 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018 jam 8 malam. So,  cikla akan pilih seorang peserta yang akan menerima hadiah best dari cikla. Tapi, kalau penyertaan sangat menggalakkan cikla akan tambah seorang lagi pemenang untuk menerima hadiah misteri. Tapi kalau peserta kurang dari 10 orang, automatik giveaway ini terbatal.

Pemilihan pemenang akan menggunakan cara pick up by myself. Senang cakap, guna cara pilih dan menanglah. Bukan gores dan menang tau. Hihi... 

Hadiah yang akan diberikan kepada pemenang giveaway yang bertuah! 

Inilah dia hadiah yang tak seberapanya ini yang cikla nak berikan nanti. Handbag ini adalah antara koleksi peribadi kesayangan cikla tau. Disebabkan cikla dah beli handbag baru, so cikla nak bagi dekat mereka yang bertuah dan sudi menerimanya. Hihi. Lagipun, cikla pun jarang pakai handbag ni. Adalah 2 kali kot. Lepas tu simpan. Hihi. Itu sebab kondisinya masih bagus sih... 

So, siapakah yang bertuah itu? Jeng jeng jeng... Kita tengok siapa yang kena nanti ya...

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway.
Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway. 

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway.
Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway. 

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway.
Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway. 

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway.
Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway. 

Cantik kan handbag nya. Boleh buat handbag raya tau. Kalau korang menang nanti, dah jimat dah, tak payah beli. Hehe... 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway ni sekarang. So, apa lagi. Jemput join semua. Support cikla.

Terima kasih daun keladi, semoga korang terpilih nanti. Happy giveaway and good luck!

30 May 2018

3 tip mudah yang boleh dipraktikkan untuk mengambil gambar yang cantik.

May 30, 2018 1 Comments
3 tip mudah yang boleh dipraktikkan untuk mengambil gambar yang cantik. | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya, kebanyakan blogger pasti mahukan gambar atau foto yang memukau untuk dimulakan di dalam blog mereka. Bukan apa, bagi cikla foto yang cantik adalah salah satu trik untuk menarik pembaca stay lebih lama di blog kita. Dan lepas ni, mereka akan sentiasa singgah di blog kita untuk mencuci mata. Hehe.

Walaupun wujud peranti pintar dengan kesan bokeh bagi menghasilkan gambar yang lebih cantik dan berkualiti, namun ada sesetengah tak mahir menggunakannya.

Alah, macam mana ni. Ada tip tak?

3 tip mudah yang boleh dipraktikkan untuk mengambil gambar yang cantik.

3 tip mudah yang boleh dipraktikkan untuk mengambil gambar yang cantik.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 


Pastikan jarak yang betul antara subjek dan background.

Untuk pengetahuan korang, hal yang terpenting adalah semasa korang mahu mengambil gambar pastikan peranti korang itu dipegang dengan betul dan selesa.

Bagi jarak yang ideal dan terbaik, pastikan korang berada pada jarak antara 50 ke 200 meter dari subjek. Jarak ini berbeza malah mungkin lebih besar untuk telefon pintar yang lain seperti Galaxy Note 8 dan iPhone 8 Plus.

Gunakan background yang sesuai. 
Elakkan dari meletakkan subjek foto di hadapan background yang kelabu. Adalah sangat tak cantik, bila background nampak sama kalau subjek nampak blur.

Apa yang terbaik, carilah background dengan pencahayaan yang sesuai.

Bingkai atau framing.
Kalau korang menggunakan mod potret, korang tak digalakkan untuk meletakkan individu tersebut secara langsung di tengah gambar.

Seeloknya, letak kan individu tersebut di sisi bingkai kamera. Gunakan rule of third untuk mendapatkan kualiti gambar yang lebih memuaskan.

Kredit Ruangan Tip & Trik, IT@METRO.

6 tip penjagaan komputer riba atau laptop yang perlu korang tahu.

May 30, 2018 1 Comments
6 tip penjagaan komputer riba atau laptop yang perlu korang tahu. | Assalamualaikum wbt. Cikla agak, pada zaman moden dan berteknologi ni pasti semua orang memiliki at least sebuah laptop selain dari gajet lain seperti telefon pintar dan sebagainya. Betul tak? 

Begitu jugak dengan cikla. Cikla jugak mempunyai sebuah laptop yang menjadi teman di kala cikla gigih menaip entri untuk dimuatkan dalam blog tersayang.

Tapi, cikla mengaku yang cikla agak kurang arif dalam hal-hal yang melibatkan laptop ni selain dari tip penjagaan yang basic.

Korang macam mana pulak? Adakah korang jugak macam cikla, zero mengenai hal ni atau korang ada jugaklah ambil tahu serba sedikit mengenai penjagaan laptop secara keseluruhannya? 

6 tip penjagaan komputer riba atau laptop yang perlu korang tahu. 

Secara umumnya, penjagaan laptop adalah melibatkan 6 perkara penting iaitu bateri, keyboard (papan kekunci), skrin LCD, haba panas, surge protector dan port.

6 tip penjagaan komputer riba atau laptop yang perlu korang tahu.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Bateri.
Untuk menjadi bateri yang lebih tahan lama, elakkan dari menggunakan bateri dengan berlebihan. Apa yang terbaik, gunakanlah kuasa direct dari punca elektrik. *alamak, cikla selalu buat ni sebab malas nak pasang plug laptop. Tak boleh rupanya.

Ini kerana, laptop akan lebih sejuk tanpa haba dari bateri dan kalau bateri sudah habis dicas, korang digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.

Apa yang paling penting, sila pastikan bateri berada di bawah 10% sebelum dicas semula sebab kalau laptop selalu sangat dicas, ia menyebabkan bateri akan hilang keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50%.

Keyboard atau papan kekunci.
Kalau korang tak menggunakan laptop, apa yang disarankan adalah dengan meletakkan sekeping kertas A4 di atas keyboard untuk menghindarkan keyboard dimasuki habuk.

Wah, boleh dipraktikkan ni...

Selain itu, laplah keyboard laptop korang tu sekali sekala secara perlahan-lahan. Jangan kasar sangat sebab kekasaran korang tu akan menyebabkan butang kekunci rosak.

Apa yang terbaik, gunalah keyboard dan mouse yang berasingan supaya kita tak terlalu kerap menggunakan keyboard laptop kita.

Skrin LCD.
Penjagaan skrin jugak penting. Korang sangat digalakkan mengelap skrin laptop sebab ia sangat mudah dimasuki habuk.

Jangan lupa guna skrin saver dan setkan power management pada keadaan 'Turn Off monitor in... minutes'.

Jangan sesekali menyentuh skrin dengan jari sebab kesan jari yang berminyak akan menjadikan pembersihan skrin jadi sukar selain ia akan menyebabkan 'Dead pixel'.

Haba panas. 
Korang mestilah memastikan laptop korang mempunyai ruang untuk menyingkirkan haba panas dan perlu juga diingat yang mana laptop mempunyai ruang simpanan yang kecil.

Surge protector. 
Surge protector? Haaa, yang ni cikla baru tau. Hehe. Untuk pengetahuan korang dan cikla jugak, fungsi surge protector adalah untuk menjaga perisian atau software dan perkakasan daripada rosak.

So, korang sangat digalakkan untuk menggunakannya bagi menjaga perkakasan dalaman laptop korang. Selain itu, surge protector jugak penting untuk menjaga pemacu cakera keras (HDD) termasuklah punca kuasa (power supply).

Port.
Penjagaan port jugak penting dengan membersihkannya selalu sebab ia sangat mudah dimasuki habuk.

Guna berus yang sesuai, contohnya berus gigi lama.

Apa yang penting, korang kena pastikan suis di off terlebih dahulu semasa proses pembersihan dilakukan.

Kang tak pasal-pasal kena short circuit pulak kang!

Kredit HM 1klassifields.

4 trik pemakaian stoking yang perlu diberi perhatian.

May 30, 2018 0 Comments
4 trik pemakaian stoking yang perlu diberi perhatian. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, memang tak boleh dinafikan pemakaian stoking adalah menjadi perkara wajib bagi sesetengah orang terutama mereka yang bersekolah dan juga sebagai pelengkap gaya seharian.

Walaupun kita fikir, 'alah stoking je pun, tak payah nak bertip-tip bagai sangatlah...', ternyata tanggapan itu salah ye kawan-kawan.

Apa yang korang tak tau, sebenarnya pemakaian stoking juga perlu diberi perhatian dan tak boleh dipakai secara hentam kromo. Ada cara tau untuk menggayakannya!

4 trik pemakaian stoking yang perlu diberi perhatian. 

4 trik pemakaian stoking yang perlu diberi perhatian.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pastikan stoking yang dipakai itu sepadan. 

Kadang-kadang, dalam keadaan kelam-kabut terutama lambat nak ke tempat kerja, kita main capai ye mana yang sempat je kan. Sampai tak perasan stoking yang diambil itu tak sama padannya.

Apa yang selalu berlaku adalah sebelah kecik, sebelah besar. Haha.. Betul tak?

Sebenarnya ini adalah penting, terutama kalau ia melibatkan majlis formal sebab ini akan menunjukkan korang itu seorang yang professional selain ia akan menunjukkan keseragaman.

Lainlah kalau korang memang nak cari perhatian kan. Haha!

Pilih warna yang bersesuaian. 
Selain dari saiz yang sepadan, faktor warna jugak tak kurang pentingnya. Untuk pengetahuan korang, pemilihan warna stoking penting sebab ia akan turut sama mempengaruhi penampilan korang.

Apa yang terbaik adalah pilihlah warna stoking yang sama atau senada dengan warna seluar melainkan kalau korang memang nak nampak kontra.

Tip ini penting kalau korang nak menghadiri majlis formal kerana biasanya korang kena follow etika pemakaian yang telah ditetapkan.

Lainlah kalau korang nak ke acara santai atau kasual, ok aje!

Elakkan dari memakai stoking berlubang.
Fungsi stoking adalah untuk melindungi kaki korang kan? So, korang kena pastikan yang stoking korang pakai tu mestilah dalam keadaan baik.

Jangan pulak korang pakai stoking yang dah berlubang pulak ye... Hehe.

Pilih stoking yang lebih panjang. 
Kalau korang nak tau, pemilihan stoking yang lebih panjang adalah terbaik sebab ia akan menutup buku lali korang terutama semasa korang duduk.

Selain ia memberi keselesaan, tapi kalau korang menggunakan kasut jenis loafer, takpelah kalau tak nak pakai stoking panjang sebab ia memang tak sesuai pun.

So, pakailah mengikut kesesuaian tempat, dan yang paling penting fesyen yang kita gayakan.

Kredit Ruangan Gen.Y, Harian Metro.

29 May 2018

5 tip mudah elak gastrik semasa berpuasa.

May 29, 2018 1 Comments
5 tip mudah elak gastrik semasa berpuasa. | Assalamualaikum wbt. Bila tiba bulan puasa, satu 'masalah' biasa yang kita selalu dengar adalah sakit gastrik. Betul tak? Kadang-kadang, mereka yang takde sakit gastrik pun mengaku yang mereka gastrik semata-mata tak mahu berpuasa.

Aduhai, tolonglah berubah...

Umur tu pun tak berapa nak muda lagi. Lagipun, setahun sekali kan kita bertemu dengan bulan puasa ni. Memang rugi kalau kita lepaskan begitu aje.

Apa yang korang mungkin tak tau, sebenarnya sakit gastrik ni boleh je kita elak even dalam bulan puasa pun. So, lepas ni no more excuses lagilah ye...

5 tip mudah elak gastrik semasa berpuasa

Menurut Dr. Kwan Keat Leong, seorang Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Perubatan Tropicana, mereka yang mengalami penyakit gastrik sepatutnya boleh je nak berpuasa kalau mereka mengamalkan kaedah pemakanan yang disarankan oleh doktor.

5 tip yang disarankan adalah seperti di bawah.

5 tip mudah elak gastrik semasa berpuasa.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Makan secara sederhana. 
Biasa kita dengar orang mengadu sakit perut semasa lapar kan sebab ia menandakan asid hidroklorik banyak sangat dalam perut tu. Tapi, kalau kita sakit perut walaupun sudah makan, maybe itu adalah petanda kepada masalah ulser perut disebabkan lapisan mukosa yang lemah.

So, apa yang terbaik makanlah secara sederhana dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu korang. Korang kena ingat jugak, berhenti makan sebelum kenyang!

Berbuka dengan menu yang ringan. 
Ada kalanya, tabiat makan kita semasa berbuka jugak boleh menjadi penyebab kepada sakit perut yang dialami. Seorang pengidap gastrik digalakkan untuk makan sedikit demi sedikit supaya perut yang 'berehat' seharian tu takdelah shock.

Berbukalah dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, sup rendah lemak dan buah-buahan. Kemudian, pergilah sembahyang Maghrib dulu, selepas itu bolehlah sambung makan dengan menu yang lebih berat.

Elak mengambil minuman berkafein semasa berbuka.
Untuk pengetahuan korang, minuman berkafein akan menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut jadi lebih aktif. Tapi, kalau korang jenis memang kafein addict, bolehlah nak ambil tapi selepas solat Tarawih.

Ambil makanan yang mengandungi sulfur. 
Mungkin sebelum ni ramai yang anggap, gastrik berlaku terutama di bulan puasa disebabkan oleh takde makanan so keasidan asid dalam perut bertambah. 

Kalau korang nak tau, kurang tepat tau anggapan korang tu sebab semasa berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita akan berehat, so ini bermakna aktiviti rembesan asid hidroklorik dalam perut kita turut menurun.

Jadinya, masalah senak atau sakit perut tak akan timbul kononnya disebabkan oleh tahap keasidan yang tinggi. Apa yang terbaik, banyakkan memakan makanan yang mengandungi sulfur seperti kubis, brokoli dan bawang putih.

Elak makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. 
Kalau korang nak tau, makanan kompleks seperti makanan berlemak, pedas, madam, berempah, berminyak dan bergoreng boleh mendatangkan kerengsaan pada perut kerana ia boleh menjejaskan kelancaran sistem pencernaan kita.

Apa yang terbaik, ambil makanan atau menu yang lebih rendah lemak.

27 May 2018

Kari kepala ikan gerut-gerut.

May 27, 2018 3 Comments
Kari kepala ikan gerut-gerut. | Assalamualaikum wbt. Siapa kat sini suka makan lauk kari? Tak kiralah kari ayam ke, kari daging ke, kari udang ke, kari ikan ke, atau kari sotong. Pendek kata, macam-macam kari ada.

Tapi kali ni cikla nak share dengan korang kari kepala ikan gerut-gerut. Korang kenal tak ikan gerut-gerut tu macam mana rupanya? Alah, macam ikanlah. Haha... 

Cikla agak, ikan gerut-gerut ni biasanya jenis ikan yang bersaiz besar. Kalau korang tak percaya, tengok ajelah kepala dia besar mana. Hehe...

Ikan ni jugak adalah dari spesis ikan air masin...

Kari kepala ikan gerut-gerut.

Kari kepala ikan gerut-gerut.
Kari kepala ikan gerut-gerut.


Bahan-bahan: 

1 ekor ikan gerut-gerut sederhana besar. (dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit). 
1 biji bawang besar (hiris). 
2-3 ulas bawang putih (hiris). 
1/2 inci halia (hiris). 
1 sudu kecil halba. 
2 tangkai daun kari. 
1 peket kecil rempah kari ikan BABAS. 
1 kotak kecil santan M&S. 
2 biji tomato (belah 4).
6 biji sayur bendi. 
1 keping asam keping. 
Sedikit minyak untuk menumis, garam dan perasa (jika perlu).

Kari kepala ikan gerut-gerut.
Kari kepala ikan gerut-gerut.


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan dihiris bersama halba. Kacau hingga kekuningan. 
  2. Selepas itu, masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Masukkan daun kari. 
  3. Kemudian, masukkan santan dan air. Sesuaikan kuantiti kuah yang dikehendaki. 
  4. Bila kuah dah menggelegak, masukkan ikan, asam keping, tomato bendi, garam dan perasa (jika perlu). 
  5. Biarkan sekejap, tutup api dan bolehlah dihidang. 


Selamat mencuba!

25 May 2018

Isu pengambilan ubat bagi pesakit yang perlu mengambil ubat sepanjang berpuasa.

May 25, 2018 1 Comments
Isu pengambilan ubat bagi pesakit yang perlu mengambil ubat sepanjang berpuasa. | Assalamualaikum wbt. Sebagai umat Islam, kita adalah wajib untuk menunaikan puasa di bulan Ramadan selama sebulan tak kiralah kira ‘sakit’ tapi masih mampu berpuasa. Bagi mereka yang perlu mengambil ubat setiap hari, mungkin keadaan ni kadang-kadang boleh menyebabkan mereka confuse tentang bagaimanakah kita perlu mengubati rutin mengambil ubat semasa berpuasa. 

Apa yang terbaik, berbincanglah dengan doktor masing-masing untuk saranan terbaik!

Untuk pengetahuan korang, pesakit yang beragama Islam memang akan diberi kelonggaran dalam menunaikan kewajipan yang satu ini sama ada dia memang tak mampu atau memang tak digalakkan langsung untuk berpuasa demi kesihatan. 

Isu pengambilan ubat bagi pesakit yang perlu mengambil ubat sepanjang berpuasa. 

Kalau korang nak tau, biasanya ada dua isu yang biasanya wujud iaitu mengenai perubahan masa pengambilan ubat termasuklah dos ubat tersebut, di samping pengambilan sesetengah jenis ubat yang dikhuatiri boleh menyebabkan puasa terbatal atau dibenarkan semasa berpuasa.

Jom check satu persatu... 



Isu pengambilan ubat bagi pesakit yang perlu mengambil ubat sepanjang berpuasa.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Sebelum atau selepas makan.
Bagi ubat yang perlu diambil SEBELUM makan, waktu terbaik yang digalakkan adalah 1 JAM sebelum bersahur, sebelum mengambil makanan utama semasa berbuka atau 2 JAM selepas berbuka. Manakala, bagi ubat yang diambil selepas makan, bolehlah diambil selepas bersahur dan berbuka.

Sekali sehari.
Macam cikla, cikla perlu mengambil thyroxine setiap hari walaupun di bulan puasa. Kalau tak memang lesu, lemah, longlailah badan ni di tambah pulak keletihan semasa berpuasa kan. So, cikla ambil ubat 2 jam sebelum bersahur. Cikla bersahur dalam pukul 5 gitu, so untuk mengambil ubat pukul 3 cikla dah bangun. 

Ada orang yang mengambil thyroxine 1/2 jam atau 1 jam sebelum makanan pertama masuk dalam perut, tapi cikla memang dah biasa ambil 2 jam. Ikut masing-masing punya badanlah ye... 

Tapi korang jugak boleh ambil ubat sewaktu berbuka jugak. Apa yang penting korang kena pastikan waktu pengambilan ubat tersebut mestilah konsisten.

Dua kali sehari.
Bagi mereka yang mengambil ubat dua kali sehari, sebaiknya korang mengambilnya sewaktu berbuka dan bersahur. Tolong jangan sambal lewa tentang arahan pengambilan sebelum atau selepas makan. Ikut aturan yang telah dijelaskan.

Tiga kali sehari.
Untuk mereka yang perlu mengambil ubat 3 kali sehari, masa yang dicadangkan adalah semasa bersahur, semasa berbuka dan sebelum tidur. Jelas?

Empat kali sehari.
Bagi mereka yang perlu mengambil ubatan seperti ini, apa yang terbaik berbincanglah dengan doktor dan ahli farmasi yang berkenaan. Bukan apa, korang mungkin dinasihatkan untuk tak berpuasa demi kesihatan. Apa yang penting jangan ubah dos ubat sendiri! Please alert!


Jenis ubat yang boleh membatalkan puasa. 

  1. Ubat jenis makan dan minum. 
  2. Pesari yang dimasukkan ke dalam faraj.
  3. Eneme atau suppository yang dimasukkan ke dalam dubur.
  4. Bius penuh yang mana ia akan menyebabkan pesakit tak sedar.

Jenis ubat yang tak membatalkan puasa. 

  1. Ubat jenis titis mata dan telinga, tapi dengan syarat ia tak sampai ke gegendang telinga.
  2. Tablet sublingual (di letak di bawah lidah).
  3. Suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.
  4. Ubat sapu.
  5. Ubat kumur.
  6. Ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut.
  7. Bius sama ada setempat atau separuh.
  8. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

Nota kaki : Isu berkaitan dengan penggunaan inhaler semasa berpuasa. Korang boleh baca hujah lengkap mengenai isu ini di SINI

Kredit Fahmi Hassan, Pegawai Farmasi

Anda peniaga online? Elak 5 kesilapan ini...

May 25, 2018 5 Comments
Anda peniaga online? Elak 5 kesilapan ini... | Assalamualaikum wbt. Dari pengamatan cikla, memang  terlalu banyak peniaga dalam talian yang wujud sekarang ni bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Berceritip oiii! Tapi, bagus jugaklah kan, asalkan ia melibatkan saingan yang sihat dan saling mendorong untuk terus maju dalam bisnes masing-masing. Lagipun, hal ni dapat memberi peluang kepada golongan muda khususnya untuk belajar selok-belok perniagaan, walaupun hanya dijalankan di alam maya sebab kebanyakan dari peniaga online ni terdiri dari golongan muda.

Kerancakan bisnes online ni pulak didorong oleh kewujudan media sosial seperti Facebook dan Instagram yang mana kedua-duanya totally membantu dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan. 

Inilah kuasa media sosial!

So, memang korang tak akan rasa pelik kalau ada di antara mereka yang sanggup ‘melepaskan’ kerja hakiki mereka kerana merasakan hasil dari kerja part time melalui bisnes online ni lebih lumayan. Jangan terkejut ada di antara mereka mampu meraih pendapatan mencegah empat hingga lima angkat sebulan. Best kan!

Anda peniaga online? Elak 5 kesilapan ini...
Anda peniaga online? Elak 5 kesilapan ini... Sumber Google.

Itu cerita mereka dah expert dan lama berkecimpung dalam dunia bisnes online. Selain dari strategi pemasaran, mereka jugak dah faham cara macam mana nak tackle hati pelanggan kan. Tapi, bagaimana pulak dengan mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam ‘dunia’ bisnes yang penuh pancaroba ni terutama cara macam mana nak memenangi hati customer? Ececeh... ayat kemain!!!

Customer is the king! Bak kata orang putih... ehehehe... 

5 kesilapan yang perlu dielakkan oleh peniaga online terutama yang newbie. 

Selalu orang share tip yang kita kena praktikkan kan? Kali ni cikla nak share kesilapan yang korang, si peniaga online kena elakkan terutama dalam ‘usaha’ memikat hati pelanggan supaya melekat dengan korang. Hihi...

-1- Tak arif mengenai produk yang dijual.
Biasalah kan. Orang kalau nak beli produk atau barang, mesti akan tanya macam-macam kan sampailah hatinya puas dengan jawapan yang diberi oleh si penjual. So, si penjual kenalah tahu malah expert mengenai produk korang tu termasuklah fungsi produk, cara nak guna, kekurangan, kelebihan dan sebagainya. 

So, korang pandang ringan pasal ni terutama korang yang menjual barangan berbentuk makanan atau produk kesihatan. Bukan apa, produk-produk sebegini dikhuatiri akan memberi kesan tak baik pada pembeli tu nanti. Benda masuk dalam perut kan. Kenalah kisah, betul tak? Haha.

Apa cara terbaik? Dalam laman jualan korang tu, up sekali informasi penting produk berkenaan dengan gambar sekali supaya customer boleh baca terus mengenai produk tersebut. So, bila mereka baca ini akan membuatkan mereka lebih confident nak beli produk korang. So, tak payah nak pm pm tepi bagai. Lambat!

-2- Bila customer tanya, jawabnya macam acuh tak acuh je.
Cuba letakkan diri korang sebagai customer, mesti korang nak tau banyak perkara pasal barang yang korang nak beli tu kan. Tak kan main beli je. Betul tak? So sebagai penjual, korang kena sentiasa bersedia dengan apa jugak bentuk soalan yang mungkin diajukan oleh customer

Apa yang korang kena elakkan adalah bersikap dingin dan jawab acuh tak acuh sebab diaorang bertanya just for confirmation je. Maklumlah, urus niaga yang melibatkan wang ni perlulah diteliti dengan sebaiknya sebelum wang dikeluarkan. 

-3- Terlalu berkira sangat.
Walaupun tujuan berniaga itu adalah untuk mendapatkan untung, tapi tak salah kot sekali sekali korang ‘belanja’lah customer kan. Bagilah diskaun atau promosi terutama untuk mereka yang setia membeli dengan korang. Pelanggan setia gitu! 

Orang cakap reward untuk mereka yang terus menerus menyokong bisnes korang tu. Bak kata orang putih, no customer no business. Hihi. 

Kalau customer baru pulak, apa salahnya korang tawarkan harga yang wow untuk mereka. Kot-kot mereka mintak diskaun, korang bagilah 'muka' sikit. Pertimbangan permintaan mereka.

Anda peniaga online? Elak 5 kesilapan ini...
Anda peniaga online? Elak 5 kesilapan ini...Sumber Google.

-4- Memaksa pelanggan.

Aik, dahlah tak bagi diskaun. Lepas tu, main paksa-paksa pulak. Ishhh... Elok-elok orang tu nak beli, langsung tak jadi. Siapa yang rugi? Huhu. So, elakkan dari memaksa customer ok. Bagi mereka masa fikir sebelum membuat keputusan untuk membeli produk korang tu.

-5- Tak ucap TERIMA KASIH!
Haaa... bagi cikla ni penting sangat untuk diambil kira walaupun ia nampak macam remeh je kan. Bukan apa, mungkin ada customer yang kecil hati dengan perbuatan korang tu. Hati manusia kan, manalah kita tau.

So. lepas ni biasakan diri korang untuk say 'thank you' pada customer korang sebaik saja selesai berurus niaga. Biar mereka rasa mereka dihargai. Lagipun, ini adalah tanda yang kita ini orang yang tau adab dan tata susila kepada orang lain...

Barulah ramai orang nak membeli dengan korang nanti!

Kredit Ruangan Gen.Y, Harian Metro.






24 May 2018

7 tip mudah menyediakan makanan berkhasiat.

May 24, 2018 2 Comments
7 tip mudah menyediakan makanan berkhasiat. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, untuk mendapatkan kesihatan yang baik haruslah bermula dari apa yang kita makan. Ini termasuklah cara bagaimana kita menyediakan makanan tersebut dari awal sampailah ia masuk ke dalam mulut kita.

Jom check 7 tip mudah macam mana kita menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga kita.

7 tip mudah menyediakan makanan berkhasiat.

7 tip mudah menyediakan makanan berkhasiat.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pertama : Lemak pada daging dan kulit ayam sebaiknya dibuang. 
Memang tak dinafikan ada orang yang mengelak dari memakan ayam disebabkan anggapan adanya banyak lemak pada daging ayam tersebut. Sebenarnya, ia boleh dihindarkan dengan cara membuang lemak pada kulit dan daging. Selain itu, cara merebus dan memanggang jugak dapat membantu mengurangkan lemak.

Kedua : Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum di makan. 
Kalau sebelum ni kita selalu merendam buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan atau di masak, so lepas ni sebaiknya elakkan ye. Apa yang bagus, gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan sebab bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar disebabkan bakteria dan bahan kimia berbahaya.

Ketiga : Elakkan dari memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Untuk pengetahuan korang, perbuatan ini akan menyebabkan sayur tersebut cepat masak dan ini menyebabkan  khasiat makanan itu hilang dengan cepat.

Keempat : Masak ubi kentang atau ubi-ubian bersama kulitnya. 
Wah, yang ni cikla baru dengar ni. Masak dengan kulitnya sekali, sebab ia dapat mengekalkan dan menjamin khasiatnya. Tapi pastikan korang membasuhnya dengan bersih sebelum memasak.

Kelima : Pastikan air yang dimasak untuk merebus makanan tu betul-betul mendidih atau minyak betul-betul panas. 
Kalau korang nak tau, sebelum korang memasukkan makanan pastikan minyak yang digunakan untuk mengoreng atau air untuk merebus telah betul-betul panas. Kalau korang memasak sayuran hijau dengan menggunakan air atau minyak yang tak terlalu panas, ia akan mengubah warna dan bentuk sayuran itu. Macam tak percaya kan? Tapi, itulah hakikatnya.

Selain itu, korang juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta dan sekaligus ia akan menghentikan proses sayur itu menjadi overcooked, malah nanti sayur akan jadi lebih rangup rasanya.

Keenam : Mengurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam makanan. 
Kalau yang ni, memang cikla praktikkan sekarang. Maklumlah, since dah berpenyakit ni, baru nak sedar diri. Huhu... Walau apapun, alhamdullilah. Memang sekarang ni cikla kalau masak guna garam bukit tu je, without perasa lain macam cukup rasa, pasti sedap, wow sedap, amboi sedap ke tu.. Hehe. Selain tu, cikla akan guna madu sebagai pengganti gula.

Macam arwah mak mertua cikla, based pada kak ipar cikla cerita *cikla tak sempat pun nak jumpa mak mertua sebab masa berkawan dengan encik suami maknya dah meninggal. Al fatihah untuk mak mertuaku, dia akan tumbuk sedikit ikan bilis sebagai pengganti serbuk perasa macam sekarang ni.

Ada jugak orang menambah bahan semulajadi lain seperti rempah ratus dan  sayur-sayuran seperti lobak untuk menambah rasa masakan. Idea ni memang bagus kan sebab ia lebih selamat sekaligus baik untuk kesihatan.

Ketujuh : Elakkan dari menggunakan minyak masak berulang kali. 
Macam cikla sendiri, memang minyak masak tu cikla guna dua kali je, lepas tu buang. Kalau korang nak tau, minyak masak yang digunakan secara berulang kali mengandungi tahap kelikatan hidrokarbon yang tinggi. Keadaan ini akan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan  kerosakan hati.

Kredit Majalah Mingguan Wanita.

5 tip pilih tablet yang sesuai demi kepuasan semasa menggunakannya.

May 24, 2018 3 Comments
5 tip pilih tablet yang sesuai demi kepuasan semasa menggunakannya. | Assalamualaikum wbt. Bagi mereka yang suka menonton movie menerusi tablet atau gajet mereka, pasti mereka akan mencari yang sesuai terutamanya dari segi saiz skrin yang besar untuk tontonan yang lebih puas dan memuaskan. Betul tak?

So, ada 5 tip yang korang boleh praktikkan semasa membeli tablet yang diidamkan.

5 tip pilih tablet yang sesuai demi kepuasan semasa menggunakannya. 

5 tip pilih tablet yang sesuai demi kepuasan semasa menggunakannya.
Gambar diubah suai dari carian Google. 

Saiz skrin yang besar. Macam yang cikla nyatakan sebelum ni, saiz skrin yang besar akan membuatkan kita rasa puas semasa menonton cerita sebab lebih jelas dan terang. Bak kata orang, boleh nampak semua. Haha.

Resolusi skrin. Masih lagi berkisar pasal skrin, selain dari saiznya resolusi skrin jugak tak kurang pentingnya. Ini kerana, resolusi skrin yang lebih besar akan mampu memberikan pengalaman menonton yang lebih awesome kepada korang. 

Ciri audio teater. Bagi cikla, kalau kita nak tengok movie, faktor audio memang cikla titikberatkan. Bukan apa, ciri ini akan membuatkan kita seperti menonton di panggung wayang. *feel tu penting ye. Hihi. So, tablet Lenovo Tab 3 pilihan terbaik.

Paparan skrin. Selain dari saiz dan resolusi yang sangat penting, paparan skrin jugak perlu diambil kira. Paparan skrin terbaik akan menjamin keseronokan kita semasa menonton. So, jangan lupa tau ciri yang satu ini... 

Ketahanan bateri. Dalam memilih apa jugak bentuk tablet termasuklah telefon pintar, ketahanan bateri memang sangat penting. Iyelah kan, nanti baru tengok separuh movie bateri dah kong  pulak. Tak syok pulak kan. Betul tak? Contoh gajet yang mempunyai sokongan bateri terbaik adalah Apple IPad Air 2. 

Kredit Ruangan IT@Metro.

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures.

May 24, 2018 5 Comments
Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures. | Assalamualaikum wbt. Jom join giveaway ni. Nak join, klik di banner berikut.

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures.
Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures. 

Giveaway berlangsung dari 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. Wah, lama tu kan. 2 bulan, kalau tak sempat nak join sekarang, bookmark dulu then join kemudian.

Happy giveaway korang. Kita support kawan-kawan...

Good luck! 

23 May 2018

Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan.

May 23, 2018 7 Comments
Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap, menu sahur tak perlu yang terlalu kompleks pembuatannya. Senang cakap, menu yang ringkas tapi mengenyangkan. Nak dijadikan cerita, pagi tadi cikla bangun sahur terlewat sikit dari jam yang cikla dah set. Biasanya cikla bangun pukul 3 untuk makan ubat thyroxine, then cikla landing kejap sementara nak bangun balik untuk masak sahur dalam pukul 4 gitu.

Entah kenapa, jam tak bunyi. Sedar-sedar dah pukul 4 suku. Memang bingkas bangunlah. Tapi, apa-apa hal makan ubat dulu. Hehe...

Dalam pada tu, dalam kepala ni terus ligat berfikir nak masak apalah untuk sahur ni. Disebabkan malam tadi pak mertua dah request telur dadar untuk buat lauk sahur, cikla fikir bagus jugak kalau buat nasi goreng kan.

Lagipun, asyik ayam ikan, ayam ikan macam jemu jugak. So, terhasillah nasi goreng kampung yang disedapkan lagi dengan perencah nasi goreng kampung keluaran ADABI.

Biasa kita tengok kalau nasi goreng kampung apa yang kena ada ikan bilis dengan kangkung kan. Tapi, disebabkan menu bidan terjun, gunakan ajelah apa yang ada kat dapur nuuu...

Nak resepi? Jom check resepi nasi goreng kampung versi cikla. Hihi...

Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan. 

Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan.
Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan. 

Bahan-bahan :
1 mangkuk sederhana besar nasi. 
1 biji bawang besar (hiris halus). 
2-3 ulas bawang putih (hiris halus). 
1 genggam ikan bilis jepun. 
2 biji telur.
1/2 peket perencah nasi goreng kampung ADABI. 
Sedikit daun sup/ daun bawang/bawang goreng untuk hiasan, minyak untuk menumis dan  garam.

(kalau korang nak tambah sayur macam kubis, sawi dan kangkung, boleh je).

Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan.
Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan. 

Cara-cara : 
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan ikan bilis yang telah dicuci bersih. Goreng sehingga garing dan kekuningan. 
  2. Selepas itu, masukkan bahan yang dihiris dan goreng sampai kekuningan dan naik bau. 
  3. Bila dah kekuningan, taburkan perencah nasi goreng ADABI, sebelum dipecahkan telur dan dimasukkan nasi. Gaul rata. 
  4. Masukkan sayur (optional), dan sedikit garam. Perencah nasi goreng kampung ADABI tu dah masin, so sesuaikan rasa dia tau. Then, gaul nasi sehingga sayur layu. 
  5. Angkat nasi goreng yang telah siap tu dalam mangkuk yang bersesuaian dan taburkan daun sup/daun bawang. Kalau korang nak tukar bawang goreng pun boleh. 
  6. Sedia untuk dinikmati.

Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan.
Nasi goreng kampung ADABI, menu sahur yang mengenyangkan. 

Senang je kan. Cikla rasa semua orang mesti tau masak punyalah. Kalau nak sedap lagi, makan nasi goreng dengan beberapa hirisan timun jepun dan telur dadar. Waduh... Terangkat beb!

Lagipun, nasi goreng kampung ni tak pedas pun. Budak-budak boleh makan! 

Selamat mencuba!

22 May 2018

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume!

May 22, 2018 7 Comments
Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! | Assalamualaikum wbt. Mencari wangian yang tahan lama dengan harum semerbak bunga mewangi sememangnya didambakan oleh semua orang terutamanya orang perempuan.

Betul tak?

Bagi cikla, di pasaran sekarang ni pun terlalu banyak brand minyak wangi yang dijual, dari brand yang biasa-biasa harganya sampailah ke brand mahal berdengung. Huhu. So, cikla nak rekomen korang dengan satu perfume yang bagi cikla memang wangi dan yang paling penting harganya sangat berpatutan. 

Nak tau apakah itu? Jom baca tanpa mengerlipkan mata ok. Hehe... 

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! 

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume!
Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! 

'Lebih wangi, lebih fresh, lebih jimat, lebih untung! " 

Bagi cikla, memang kena dan dah sesuai sangat dah tagline dengan perfume yang cikla nak share dengan korang ni. FreshLah Body Perfume, mungkin ada yang tak pernah dengar pun sebelum ni.

Tapi, korang jangan tak percaya yang minyak wangi ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. 

Untuk pengetahuan korang, FreshLah Body Perfume ni terdiri dari 20 jenis wangian yang diinspirasikan dari jenama antarabangsa. Ia sudah tentu menjadikan korang tampil dengan lebih yakin dan ceria sebab lepas ni dah tak payah risau kot-kot 'bau badan' korang akan mengganggu mereka yang berada di sekeliling korang. 

Haha. Amboi ayat kau! 

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume!
Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! 

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume!
Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! 

5 sebab kenapa korang perlu memiliki FreshLah Body Perfume ni sebagai koleksi wangian korang. 

  1. Rekabentuk dan packaging FreshLah Body Perfume adalah sangat menarik dan sesuai sangat dijadikan hadiah untuk ala jua acara termasuk harijadi, ulang tahun perkahwinan, dan hadiah hari guru. 
  2. Bau dan kualitinya adalah sama level atau setaraf dengan jenama antarabangsa serta bersifat long lasting. So, bagi mereka yang nak pakai perfume yang branded tapi wangnya tak berapa nak ada, nahh.. FreshLah Body Perfume ni mampu merealisasikan impian korang tu. Tak perlu berbelanja lebih dah! 
  3. Harga jualan yang sangat mampu milik serta terendah di pasaran. So, kat sini dah boleh berjimat dah. 
  4. Boleh dibawa sembahyang dan mudah dibawa ke mana sana disebabkan rekabentuknya yang easy going. Masuk dalam poket pun boleh. Hihi. 
  5. Apa yang bestnya, terdapat koleksi untuk perempuan (For Her) dengan 13 koleksi dan tak lupa jugak untuk si jejaka (For Him) 7 koleksi wangian yang memukau. 

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume!
Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! 

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume!
Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! 

Koleksi For Her adalah seperti berikut :

Gucci - By Gucci Flora. 
Victoria Secret - Bombshell. 
Dolce And Gabanna - Rose The One.
Ralph Lauren - Collection 2 For Her. 
Britney Spears - Fantasy. 
Dkny - Be Delicious For Women. 
Bulgari - Rose Essentielle. 
Paris Hilton - Heiress.
Juicy Couture - Viva LacJuicy. 
Burberry - My Burberry. 
Versace - Vanitas. 
Lancome - Miracle. 
Chanel - Coco Mademoiselle. 

Koleksi For Him pulak adalah seperti berikut : 

Paco Rabanne - One Million. 
Gucci - Gucci Guilty For Man. 
Paco Rabanne - Invictus.
Issey Miyake - Leau D'issey Homme Sport. 
Dunhill - Desire Blue. 
Armani - Acqua Di Gio Men. 
Hugo Boss - Boss Boitled. 

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume!
Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! 

Yang cikla punya ni macam dekat dalam gambar ni adalah dari wangian Victoria Secret Bombshell. Kalau yang ni 30ml punya. Memang wangi dan aummm bau dia.

Apa yang best, bau wanginya tu memang tahan lama. 

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume!
Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! 

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume!
Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! 

Gambar yang kat atas ni pulak adalah FreshLah Body Perfume dari koleksi Paris Hilton Heiress. Bau yang ni wangi jugak. 

Kalau korang nak tau, yang dalam gambar kat atas tu (untuk 10 ml) adalah packaging lama. So, bila cikla usha FB page diaorang, rupanya yang 10ml tu sudah ditukar packaging baharu.

Dengan berwajah baru ni, ia nampak lebih hipster, funky dan exclusive. Memang sesuai sangatlah kot-kot korang nak hadihkan perfume ni kepada yang tersayang. Gambar kat bawah tu packaging baru! 

Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume!
Jom berwangi-wangian dengan FreshLah Body Perfume! Kredit gambar FB : FreshLah Perfume. 

Untuk melihat promosi, contest atau apa saja berkaitan dengan FreshLah Body Perfume, korang boleh terjah link berikut. Kalau korang berminat nak jadi ejen jualan/dropship pun boleh.

Untuk pertanyaan lanjut pasal ni, korang boleh pm mereka yang berkenaan ye! 


Psstt... Korang yang duduk area Kuala Selangor, termasuklah kawasan sekitar dan berhampiran (Sungai Buloh Jeram, Sungai Sembilang, Kapar, Meru dan Klang) boleh contact no berikut untuk membeli.

Izwan 013-2800187 (call dan WhatsApp).

So, jangan lepaskan peluang memiliki at least sebotol FreshLah Body Perfume sekarang. Jangan risau, ia sememangnya berbaloi dan tak rugi jika korang membelinya... 

'Harum sepanjang hari dengan beberapa semburan'

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com.

May 22, 2018 17 Comments
Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Assalamualaikum wbt. Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Korang cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog korang dengan cara copy-paste template coding yang AS bagi tu, ke dalam new post blog korang dalam mod HTML.

parenting blogger malaysia
Giveaway akan tamat pada 31 Mei 2018.

Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! Tudia, tatabahasa kelaut!.hahaha

Korang dibenarkan teka seberapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri. 

Bermakna jika korang teka tiga tarikh yang berlainan, maka korang akan ada 3 entri giveaway ni kat blog korang.

Jelas?

Bagus. 

Ok. Untuk pemilihan pemenang.

AS akan pilih berdasarkan jawapan paling tepat dan paling hampir.

Pemenang akan dimumkan pada 1 Jun 2018 nanti.

So selamat berjaya ye korang!

  • Soalan : AS menyambut uangtahun perkahwinan yang ke?         
  • Jawapan : ke 7 pada 26 Mei 2018.

Jangan lupa tinggalkan link entri korang kat ruangan komen ye?! Kalau rajin, korang follow la sekali blog ni. Takde lah nanti korang terlepas update pasal pemenang giveaway ni  ^_^

Surat berantai : Bagaimana nak mengenalinya?

May 22, 2018 7 Comments
Surat berantai : Bagaimana nak mengenalinya? | Assalamualaikum wbt. Kalau tak salah cikla isu surat berantai ni dah lama. Seingat cikla, dulu cikla pernah jugak dapat mesej berantai ni. Tapi, bila dah tau perbuatan memanjang-manjangkan mesej ni tak baik, kalau dapat mesej macam ni memang terus delete...

Rupanya, mesej berantai atau surat berantai ni hukumnya HARAM. Mesej sebegini adalah SYIRIK kerana ia seolah-olah manusia yang berkuasa menentukan QADA' DAN QADAR  yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Macam mana bentuk surat atau mesej berantai tu? 

Surat berantai : Bagaimana nak mengenalinya?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Kalau korang nak tau, contoh mesej atau surat berantai diakhiri dengan ayat berikut :

  1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglah. 
  2. Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah.
  3. Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda. 
  4. Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang. 
  5. Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah.
  6. Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam.

Itu sebahagian saja tau. Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bentuk  seperti yang di atas yang perlu kita abai dan dihentikan segera.

Senang cakap, mesej berantai ni adalah berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri. Mana boleh macam kan. Siapa kita nak melawan kuasa Allah!

Manusia memang tak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu.

Cara lain nak kenal mesej atau surat berantai.

  1. Mesej berantai mungkin mengandungi :
  2. Wajib baca.
  3. Wajib sebar.
  4. Rezeki melimpah dalam masa 24jam.
  5. Tidak sebar bukan Islam.
  6. Tidak sebar rezeki tersekat.
  7. Mesej panjang jemu untuk dibaca iaitu berstatuskan hadis palsu.
  8. Mesej berantai kaitkan nama Allah dan Rasul supaya orang sebarkan.
  9. Kirimkan jika sayang Islam.

Sesuai dengan firman Allah SWT, yang bermaksud :

"Wahai org2 yg beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini  dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga ia menjadikan kamu menyesal apa yang telah kamu lakukan". (Surah Al-Hujurat: 6)

Kredit : @ImanQowiyy






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.