DIY

Senarai jus yang patut diamalkan untuk kesihatan dan kecantikan diri. Jom buat sendiri!

By Cikla Shahril - April 15, 2018

Bagi cikla, meminum jus yang dibuat sendiri adalah lebih baik dari yang kita beli di dalam kotak. Selain dari kita boleh tahu  kandungan apa yang ada di dalam jus yang kita buat tu, ia jugak lebih fresh. 

Sebenarnya, jus buah ini sangat bermanfaat kepada badan kita seperti menguatkan sistem imunasiasi badan, selain dari ia jugak berfungsi mencegah selesema sekali menjadikan kulit bersinar sebab ia bermanfaat untuk kesihatan kulit.

Jus ini jugak merupakan sumber detox badan kita yang mana ia  memberikan kesan pembersihan pada seluruh tubuh. Sebagaimana yang kita tahu, buah sememangnya kaya dengan vitamin C, yang mana ia sangat baik untuk penyembuhan luka dan kulit yang tercedera.

Senarai jus yang patut diamalkan untuk kesihatan dan kecantikan diri. Jom buat sendiri!
Senarai jus yang patut diamalkan untuk kesihatan dan kecantikan diri. Jom buat sendiri! Gambar diubahsuai dari carian Google.

Jus menurunkan kolesterol.

Jus ini dihasilkan daripada campuran epal dan timun. Kedua-dua bahan ini dikatakan dapat memberi manfaat untuk melawan kanser, sekaligus mengurangkan paras kolesterol. Selain itu, jus ini juga dikatakan boleh mengurangkan gangguan perut dan sakit kepala. 

Apa yang disarankan adalah, pengambilan jus ni mula amalkan bila usia kita memasuki lewat 30-an. Apa yang penting, kalau korang mengamalkan meminum jus ini setiap hari, korang tak perlu bimbang dengan masalah peningkatan tahap kolesterol.

Jus untuk menurunkan suhu badan.

Jus campuran peria dan epal ini sebaiknya diambil ketika suhu badan meningkat atau ketika demam. Ini kerana, jus ini akan bertindak menurunkan suhu badan dan membuat kita berasa lebih selesa. Selain itu, jus ini juga bagus untuk mengatasi masalah bau mulut dan sangat sedap diminum semasa musim panas.

Jus sihat dan segar

Kombinasi 2 biji buah epal, 1/2 biji nanas dan sedikit hirisan buah tembikai bertindak memberi kesegaran kepada mulut kita selain ia jugak baik untuk kesihatan buah pinggang. Di samping itu, jus ini juga dikatakan mampu menghilangkan lebihan garam pada tubuh.

Jus vitamin.

Campuran buah limau, anggur hitam, nanas dan susu menjadikan jus ini kaya dengan vitamin iaitu vitamin C dan B2. Kanak-kanak pun suka minum jugak, mungkin sebab ada susu kot. Kelebihan jus ini adalah, ia dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.

Berikut merupakan beberapa resepi jus buah serta manfaatnya yang patut korang cuba di rumah.

  1. Lobak merah + halia + epal - Sebagai booster dan membersihkan sistem dalaman badan.
  2. Epal + timun + saderi - Dikatakan boleh mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan merawat sakit perut dan sakit kepala.
  3. Tomato + lobak merah + epal - Dapat meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.
  4. Peria + epal + Susu - Mengelakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalam badan.
  5. Oren + halia + timun - Membantu meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan serta mengurangkan panas badan.
  6. Nanas + epal + tembikai - Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.
  7. Epal + timun + kiwi - Membantu mencerahkan warna dan tona kulit. 
  8. Pear + pisang - Mengawal kandungan gula.
  9. Lobak Merah + epal + pear + mangga - Membantu meredakan panas badan, nyah toksik, menurunkan tekanan darah dan melawan pengoksidaan serta awet muda. 
  10. Tembikai susu (honeydew) + anggur + tembikai + susu - Ia kaya dengan vitamin C dan Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan sistem imuniti badan. 
  11. Betik + nanas + susu - Kaya dengan vitamin C dan E serta zat besi. Membantu mencerahkan warna kulit dan metabolisme.
  12. Pisang + nanas + susu - Ia kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit. 

Kredit : SINI 

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Ahhh !Sedapnya !Boleh buat sendiri je plk tu

    ReplyDelete
  2. Makan buah-buahan atau jusnya memang banyak manfaat kesihatan dan khasiatnya

    ReplyDelete