14 April 2018

Korang nak cantik tak? Guna tomato je...

Korang nak cantik tak? Guna tomato je... | Assalamualaikum wbt. Sejak menjadi pesakit tiroid ni, memang tomato menjadi bahan wajib ada dalam setiap masakan cikla. Boleh dikatakan mesti adalah. Memang sejak dulu lagi cikla suka makan tomato, lebih-lebih lagi tomato ceri yang kecik-kecik tu. Cikla suka ratah mentah je gitu. Tapi, sejak cikla terbaca yang tomato ni sebenarnya elok dimakan bila di masak, dah kurang dah ratah mentah. Alasannya, sebab kita hanya boleh dapat zat dari tomato bila dia di masak je. Kalau mentah, takde zat sangat.

Walaubagaimanapun, khasiat tomato sebenarnya banyak je, tak kira untuk kesihatan dan kecantikan. Macam-macam petua yang kita boleh praktikkan dengan menggunakan tomato ni.

10 cara mudah menggunakan tomato untuk cantik.

Korang nak cantik tak? Guna tomato je...

Masker tomato untuk mengatasi masalah jerawat. Untuk pengetahuan korang, tomato dikatakan  berfungsi menyejukksn kulit dan dan menyerap lebihan minyak pada muka korang. Caranya sangat mudah, iaitu lenyekkan beberapa biji tomato (ikut keperluan masing-masing) sehingga lumat. Kemudian, sapukan hasil lenyekan tadi pada seluruh muka korang terutama pada bahagian yang bermasalah. Biarkan ia kering seketika kira-kira setengah jam gitu sebelum dibilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik, buatlah rutin ini secara konsisten 2 kali seminggu. InshaAllah, hasilnya pasti tak mengecewakan korang. Jerawat di muka korang akan mengecut, sekaligus menjadikan kulit lebih licin dan fresh.


Hirisan tomato membantu merawat dan memudarkan bintik hitam pada muka. Caranya adalah, potong tomato kepada dua bahagian dan ambil setengah daripadanya, kemudian sapukan pada kulit muka bermasalah. Lakukan secara konsisten, InshaAllah bintik gelap di muka korang akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.
Masker tomato dan putih telur untuk mengecilkan liang pori kulit muka. Dengan cara yang senang iaitu mencampurkan putih telur dengan sedikit air perahan tomato, kemudian oleskan campuran tersebut pada muka dan biarkan ia kering sendiri. Selepas itu, cuci mima dengan jus lemon atau jus limau nipis sebelum dibilas bersih dengan menggunakan air suam.

Korang nak cantik tak? Guna tomato je...
Korang nak cantik tak? Guna tomato je... Sumber Google. 

Campurkan air perahan tomato dan yogurt asli, kemudian jadikan ia seperti pupur. Sapuka  secara rata ke muka kemudian biarkan ia kering kira-kira 30init sebelum dibilas dengan air suam. Petua ini dikatakan dapat membantu kulit menjadi lebih lembap, berseri dan nampak bermaya.

Bagi mereka yang mempunyai masalah ton kulit tak sekata, apa kata korang try petua ni iaitu campuran jus tomato dan madu. Hanya dengan menyapu campuran ini secara rata ke muka dan biarkan kering sebelum dicuci bersih dengan air suam yang dicampur dengan jus limau nipis. Hasilnya, kulit muka akan menjadi lebih cerah dan sekata.

Korang nak cantik tak? Guna tomato je...
Korang nak cantik tak? Guna tomato je... Sumber Google. 

Minum jus tomato untuk menurunkan berat badan, di samping memakan buah tomato pada waktu pagi untuk menyingkirkan lemak di dalam badan. Untuk jus tomato, minumlah jus ini 15 minit sebelum makan, kerana ia membuatkan kita rasa berasa kenyang sokmo. So nanti, makan pun kurangkan. 

Kalau korang mempunyai masalah kulit bersisik terutamanya, lumurkan tomato yang telah dilenyek ke seluruh badan semasa mandi lebih-lebih lagi kawasan  bermasalah untuk mengembalikan kelembapan kulit. Selepas itu, biarkan ia kering, sebelum dibilas dengan air bersih. Buat seminggu sekali untuk hasil yang bagus.

Korang nak cantik tak? Guna tomato je...
Korang nak cantik tak? Guna tomato je... Sumber Google  

Manfaat tomato bukan hanya untuk kecantikan muka, tapi untuk kesihatan rambut juga. Bagi mereka yang mengalami masalah rambut kering dan bercabang, lenyekkan buah tomato sampai keluar jusnya. Kemudian, lumurkan lumur jus tersebut pada rambut, kemudian balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Hasilnya, rambut akan menjadi rambut sihat dan bersinar. Untuk masalah kelemumur pula, lenyek tomato dan sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 15 hingga 20 minit, sebelum dibilas dengan air bersih.

Masalah lingkaran hitam di bawah mata atau panda eyes jugak boleh diatasi dengan tomato. Caranya mudah je, hiriskan tomato kemudian rendamkan dengan yogurt asli sebelum dilekapkan pada mata yang bermasalah. InshaAllah, Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang 'disalut' dengan yogurt asli pada mata. Ia mengurangkan kesan gelap di bawah mata, malah ia akan menjadikan kulit lebih cerah.

Selamat mencuba!

Kredit Akhbar Harian Metro.

1 comment:

  1. Banyak kebaikan tomato kan. Siqah tak makan tomato. maybe boleh beli untuk buat petua ini :D TQ for sharing CIk La.

    Btw, jemput join Giveaway Siqah ye :) LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.