Kisah cinta tiga segi dan pengorbanan dalam drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.

By Cikla Shahril - April 27, 2018

Waduh waduh, drama baru lagi. Korang tengok tak drama ni? Cikla tengok jugak kadang-kadang. Tapi takdelah hari-hari, ada jugak miss. Drama ni pun dah start ditayangkan pada 13 April lepas, 27 episod semuanya. 

Untuk pengetahuan korang, drama ini jugak adalah olahan dari adaptasi novel yang telah diubahsuai skripnya menjadi lebih mantap. 

Keistimewaan drama ini yang membezakan ia dari drama adaptasi novel yang lain adalah, kita tak akan dapat mengagak apakah yang akan berlaku seterusnya. 

Barisan pelakon pun memang mantap-mantap semuanya, gandingan pelakon lama dan baru. Memang kababooommm lah drama ni.

Kalau adaptasi novel kan, kita boleh baca novel asal untuk tahu what the next. Tapi, tidak dengan drama ini. 

Apa kata korang baca sinopsis drama ini secara ringkas, so that dapatlah gambaran sikit kan lebih-lebih pada mereka yang tak pernah mengikuti drama ini.

Kisah cinta tiga segi dan pengorbanan dalam drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Kisah cinta tiga segi dan pengorbanan dalam drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. Sumber Google. 

Drama : Cinta Fatamorgana (27 episod).
Pengarah : Heykal Hanifah.
Pelakon : Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Shahz Jaszle, Nazeera Sardi, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza dan Linda Rafar.
Waktu siaran : Setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam. 
Lagu tema : Fatamorgana Cinta (Asfan) utnuk intro, dan Mengejar Rindu (Hyper Act) untuk closing.

Sinopsis drama :

Drama ini mengisahkan tentang cinta tiga segi antara 3 sahabat baik iaitu Rifqi (Aeril Zafrel), Huzair (Syazuwan Hassan) dan Wildad (Azar Azmi). 

Hubungan Rifqi dan Huzair sangat rapat kerana keluarga Huzair telah menjaganya sejak kematian kedua orang tuanya. 

So, Rifqi merasa sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (Norman Hakim) dan Puan Habibah (Linda Rafar) yang menganggap dia seperti anak sendiri. 

Konflik bermula apabila dalam diam Rifqi dan Wildad saling jatuh cinta tapi cinta mereka terhalang kerana Huzair pun turut sama menyintai Wildad. 

Tapi, dek kerana sikap Rifqi yang terlalu 'menjaga hati' Huzair membuatkan Wildad sering berjauh hati dan merasa tiada siapa peduli dengan perasaannya. 

Walau begitu, Rifqi tetap berasa cemburu setiap kali melihat Huzair bersama Wildad tapi rasa tu hanya dipendamnya saja demi menjaga persahabatannya dengan Huzair. 

Apakah kesudahan kisah cinta terhalang ini? Korang kenalah tengok sampai episod terakhir, barulah tau apa ending nya.

Selamat menonton!

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments